Segmen khas "PASCA PRU14" dilancarkan di Blog AnnurSyuhadah[dot]com

5:09 PM


Segmen atau lebih sesuai dipanggil edisi khas Blog annursyuhadah.com ini aku lancarkan, sengaja nak bikin hot je ahaha. 

             Cis, perangai picisan sangat kau ni AS!
             Sakai pun lebih mulia dari kau hokey!? bhahaha

pasca pru14
Suasana media akhbar pasca pru14 meriah!

Ekceli, Edisi Pasca Pru14 ni aku buatkan khas untuk mengulas manifesto atau janji-janji Pakatan harapan semasa Pra Pru14 ni dari sudut pandang aku sendiri.

Tidaklah ingin acah-acah bijak. Tapi, percayalah. dalam usaha PH nak merealisasikan intipati utama manifesto mereka iaitu "Meringankan Beban Rakyat" tu, ada juga sikit-sikit "sumbing" yang perlu ditampung.

Mereka yang berada di "atas" sana takkan perasan sumbing tu kat mana kalau tak ada orang yang di "bawah" ini nak pointing out sumbing itu. Setuju?

                    Tak setuju, berenang pi Pulau Jeju sana nuh!

Kedua, bila apa yang dijanjikan tu terlaksana, aku akan tulis dengan penuh ikhlas dan genuine sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara nya sangat-sangat. 

Kadang-kadang, bila sesuatu "tawaran hebat" itu tak diketahui umum dek kerana kurangnya publisiti, maka ketika itulah awok-awok yang kuat semangat nepotism itu mengambil peluang grab semua "tawaran hebat" tu sesama kaum kerabat dan anak-beranak dia je.

Uhuk-uhuk!.ehem..perangai kronisme ni dah 61 tahun kot duk berakar menjalar habis sampai ke ceruk nau sana.ehem! Ramai juga dalam PH yang asalnya migrasi dari "kapal" seberang. Ehem! batuk lagi! Risau kot ada yang mewarisi.ehhemm!)
                                                                                                                                 ..sambung

Kita yang betul-betul layak dan berhak ni, pandang dengan mata putih je la. Apa boleh buat, kuota peruntukan untuk "tawaran hebat" tu dah habis. Kalau nak, kau tunggu lah penggal depan

                 Kata serius nak mansuhkan style pemerintahan kronisme dan nepotisme?!

So, benda-benda macam ni lah kalau boleh kita nak elak dengan cara memberikan publisiti meluas tentang sesuatu kemudahan, dasar, dan pape je lah yang baik-baik, supaya masyarakat tahu!

Dan di situ lah relevan nya blogger dalam spread awareness dalam masyarakat. Yelah, trend masyarakat sekarang nak cari info pape, diorang akan Google je kan..betul tak?!

Bila di google, yang akan keluar dari carian tu adalah maklumat-maklumat yang para blogger tulis la..haa gittew dong.

Udah faham ya?

Maka,

..dengan rendah hati hari ini bersamaan dengan 10 Mei 2018, Hari Khamis (cuti umum yeayy!) aku melancarkan segmen PASCA PRU14 di blog ini.





NOTA : Sebarang bentuk komen berbaur kecaman akan aku terima dengan hati yang terbuka.

We're in democratic country remember? Kbai.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.