Haram jika jadikan wanita itu kekasih tapi tiada niat untuk nikahinya



Memetik pesanan dari Ustaz Azhar Idrus kepada kaum lelaki bahawa
"Haram jika jadikan wanita itu kekasih tapi tiada niat untuk nikahinya."


Tapi malangnya.. kini sudah menjadi trend masyarakat melayu (Islam), berkasih-kasih dan bercinta hanya berpaksikan pada dorongan kehendak hati yang menginginkan keseronokan hidup berpasangan semata-mata. 

Justeru tak hairanlah kalau gejala remaja sekolah terjebak dengan permasalahan cinta ini menjadi suatu perkara normal dalam masyarakat. 

Biasalah tu, standard arr..cinta monyet aje pon.. 😏

 Yer.mungkin ramai yang berpendapat bahawa ini bukanlah suatu permasalahan yang serius. Malahan ia amat remeh untuk dibangkitkan apatah lagi untuk dibincangkan.

Jom Xu nak bawak anda semua mendalami isu ni dengan lebih mendalam agar anda dapat nampak dengan jelas.


Hukum Harus Berkahwin


Kita diharuskan berkahwin apabila sudah mempunyai kemampuan dan lahir keinginan untuk berkahwin. Tapi apakah kemampuan bagi seorang remaja yang masih lagi menuntut di bangku sekolah, yang membolehkan mereka mencari calon kekasih?

Kemampuan untuk bertanggungjawab?

Memberi nafkah?

 Jauh sekali...

Sedangkan belanja petrol motorsikal dia pon masih mengharapkan ihsan dari saku ibu ayah, bagaimana nak betanggungjawab, dan memberi nafkah?!







Jadi apa kemampuan sebenar mereka? 

Tiada??

Betul kah tiada? Fikirkan semula... 

Apakah kamu masih memikirkan mereka tiada apa-apa kemampuan?

Ya?
Tidak? 

Mereka sesungguhnya ada satu kemampuan!
Di mana setiap lelaki baligh mempunyai kemampuan yang sama.

Kemampuan apa?
Ya..kemampuan dalam memberikan cinta berupa layanan batin.

Nah. Jadi, for me, orientasi para couple-couple muda ini leads nowhere melainkan menuju ke arah penzinaan. Sudah berkasih, mestilah nak merasai nikmat berkasih itu, bukan.

Nak berkahwin, al-maklum saja la kan, ibu bapa mana lah yang nak izinkan, tambahan lagi, diri sendiri pon tak mampu.

Jangankan menyara isteri, nak keluarkan wang untuk belanja mas kahwin pon belum tentu ada duit. Maka inilah yang berlaku:

- Rekod tertinggi tahun 2009. Seramai 17,303 anak haram dilahirkan. Menjadikan satu hari, bersamaan dengan 45 orang. Atau 2 orang bagi setiap satu jam.
-Rekod sepanjang 5 tahun. 472 kes pembuangan bayi dilaporkan, dan 258 kes ditemui mati.
(Sumber Utusan Malaysia 17/8/10)

Jadi, adik-adik yang tengah mengaji / menuntut lagi kat luar sana, teguhkan pendirian. Tak perlu kejar jodoh masa di bangku sekolah, sebab ianya akan datang bila tiba masanya.

Dan jangan risau, Xu juga pernah melalui satu fasa di mana, Xu rasa diri ni tak cantik, tak laku, tak hot sebab tidak pernah ada pengalaman bercinta semasa di sekolah.

Ada jugak kadang kala, terfikir yang Xu akan jadi anak dara tua sebab kawan-kawan lain masing-masing dah berkepit dengan boyfriend ke sana kemari sejak form 4 (tahun honeymoon katanya) sedangkan diri ini, hanya berseorangan.

Pun, sekarang I tak #foreverAlone or anak dara tua pun what? I tunang umur 24 dan nikah masa I berumur 25.

Hey girls, look.
Jodoh kita semua dah pon di tetapkan. Jadi tak perlu lah gusar. Kalau tak, masakan orang yang paling hodoh, wearing all black everyday, selebet dan lone-ranger di sekolah (yeah that's me) pun boleh berumah tangga dan berkeluarga?

My dear, Itu JODOH namanya.

Fikir-fikirkan.

Jumaat 28 September 2018
18 Muharam 1440H


Xu says: Hakak ni dik, dah berkahwin 6 tahun dik! Anak dah 3 dik. Tapi suami hakak ni dik, hakak nikah dengan dia selepas diperkenalkan selama 3 bulan je dik. Pastu terus tunang. Tempoh tunang dalam 5 bulan gitu je dik. Pastu terus akad nikah. Takde pula bercinta sejak di bangku sekolah pun dik.

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Betul3...kadang2 tak faham kenapa kena bercinta lama2 ni.. Bercinta lepas kahwin kan sweet.. Hehehe

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.