Beratus habis shopping barang MR.DIY kat Shopee 10.10 Festival

MR.DIY shopee mall 10.10 festival

Siapa sedar, tahu-tahu sudah genap setahun MR DIY bekerjasama dan menyertai portal beli-belah Shopee selaku salah sebuah Shopee Mall di portal berkenaan.

Jadi bersempena dengan sambutan ulangtahun pertamanya berada di Shopee, MR.DIY menawarkan baucar potongan harga sebanyak RM5 dengan setiap pembelian melebihi RM35. dengan kod MRDIYOCT.

MR DIY juga akan menghantar free gift bagi setiap pembelian RM50 ke atas dalam setiap resit transaksi.

MR.DIY shopee mall 10.10 festival


Bagi aku, memang bijak strategi MR DIY joined Shopee kerana Shopee merupakan lama e-commerce paling pesat berkembang dalam tempoh beberapa tahun ini. Shopee juga telah muncul sebagai pusat online shopping kegemaran pelanggan di Malaysia dan rantau ini.

Xu dah tengok, memang banyak tawaran menarik MR DIY dekat Shopee. Nak-nak pulak sekarang ni tengah berlangsung Festival Shopee 10.10. Memang bertambah meriahlah sambutan pelanggan Mall MR DIY nanti, pakat membeli-belah.
Festival Shopee 10.10 ni banyak menawarkan promosi menarik sejak hari Isnin lagi (8 Okt) sampailah hari ini, 10 Oktober 2018. Naik juling mata aku oii menunggu jualan kilat Shocking Sale kat Shopee hari ini! hakhak. Pulak tu, ada extra baucar free shipping kot harini. 

Saje je kan Shopee ni, nak suruh kita berbelanja lebih haha. Macam tahu-tahu je Xu baru dapat payment Adsense hujung bulan lepas. 

Well, tak apa lah.
Anggap je ini sebagai self reward atas penat lelah menulis blog.ahaks. (penat ke?)

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.