Muslimah Tidak Dibenarkan Memakai wangi-wangian?

11:42 AM

Muslimah Tidak Dibenarkan Memakai wangi-wangian?

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kita sering melihat ramai wanita muslimah yang mungkin secara penampilannya lebih jelas mengikut syariat. Contohnya betudung labuh), kurang memberikan perhatian dan mengambil berat tentang penampilan diri.

Tampil cantik dan rapi dianggap sebagai sesuatu perkara yang dianggap terlarang.

Lantaran kekeliruan yang dialami, mereka tampil dengan tidak sewajarnya dan menyebabkan orang sekeliling memandang sinis terhadap mereka. Mereka tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum. Yang Xu maksudkan secara minimum itu adalah berhias secara tidak berlebihan.

Cukuplah seseorang muslimah itu tampil dengan wajah yang segar, normal, tidak berminyak,  tidak layu sayu atau kelihatan murung seperti dilanda kesedihan yang mendalam.
Seseorang muslimah sepatutnya menampilkan wajah yang ceria dan selalu berseri – seri.
Kategori minimum juga termasuk tidak membiarkan tubuh mengeluarkan bau tidak menyenangkan, sehingga menggangu orang sekeliling. 
Tudung juga tidak sepatutnya dibiarkan berkedut seribu, lusuh dan tidak rapi dan dipakai secara berulang – ulang tanpa dibasuh. So macam mana orang lain nak menerima kita kalau penampilan kita comot dan berbau busuk? 
Berhias adalah dibenarkan, tetapi hendaklah tidak sampai kepada hiasan yang tabarruj, iaitu Berlebihan dalam berdandan, menampakkan bentuk sanggul, dan bermekap secara berlebihan.
Ramai juga muslimah yang salah faham bahawa memakai minyak wangi adalah dilarang.
Memakai wangi-wangian adalah dibolehkan sekadar untuk menutup bau badan, tetapi tidak boleh berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang di sekitar kita. Sukatan berlebih-lebihan itu umpama, awak berjalan dari hujung blok kira-kira 100 meter dari kita, tapi kita yang di sini sudah boleh mencium bau wangian awak.

Berwangi-wangian untuk suami

Para isteri yang solehah tidak seharusnya membiarkan dirinya tidak terjaga dan terurus apabila di rumah dan dihadapan suaminya. Suami berhak mendapatkan penampilan terbaik yang terdaya mereka zahirkan berdasarkan apa yang mereka mampu.
Paras ayu yang menggetarkan kalbu. Mata yang cantik yang tidak akan terusik. Indah dan selalu mempesona pandangan mata suami yang dicintai. Dan kalau isteri-isteri nak tampil berbau FRESH dan PURE, anda mungkin akan menyukai minyak wangi 100% buatan Poland ini.



Friday Footnotes
Jumaat 12 Oktober 2018
3 Safar 1440H
Sumber: Ustaz Burhan

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. i plak mmg jenis xsuka pakai perfume nasib lah badan jenis berbau....sejenis alergik camtu bila bau yg kena dgn hidung je mmg bersin2 jd nya

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.