Make up Natural dengan S+Recover Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Make up Natural dengan S+Recover Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature | Seorang mak beranak tiga dan semuanya masih kecil-kecil semacam Xu ni memang selalu sahaja keluar rumah dalam keadaan muka tanpa secalit makeup pun. Ala yang budak-budak instafamous selalu guna sebagai hashtag #BareFace dan #NoMakeup di IG tu. Itulah maksudnya.

Trend keluar rumah tanpa makeup ini semakin popular sejak-sejak rangkaian produk K-Beauty memasuki pasaran Malaysia. Tapi aku tak makeup bukan sebab nak ikut trend. Aku memang a very busy mom setiap hari.ahaks! Aku tak makeup bukan sebab muka aku flawless dan tak memerlukan sebarang solekan, tapi sebab masa. Time constraints you know?

Jadi hari ini aku nak bagi tips sikit buat mak-mak yang berkerja dan dalam masa yang sama sibuk menguruskan anak-anak supaya dapat tampil segar bermaya lagi berseri hanya dalam masa 5 minit!

Memperkenalkan satu lagi produk K-Beauty yang tengah meletops dan trending sekarang ni, iaitu  Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, specially fly direct from Korea.

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature,
S+Recover CC Cream from Hansaegee Nature | Rangkaian produk berkualiti, original Buatan dari Korea


Actually aku sendiri dah guna cream ni lebih seminggu dah pun. So far, alhamdulillah tak menyebabkan liang pori tersumbat dan masalah jerawat. Pheww~

Dan seingat aku, tiada lagi rasanya walau satu hari aku alami kesukaran menanggalkan makeup ni. Mudah sangat nak dicuci. Setiap kali nak berwuduk, aku cuma wipe dengan wet tissue sahaja untuk menanggalkan cream ni dari muka.

Memang tekstur cream ni light sangat. Dia duduk di muka sehari suntuk pun tiada rasa gatal-gatal. Selain tu, jom tengok apa lagi yang aku suka tentang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini ->


Mudah untuk digunakan. Sapu guna jari sahaja.

Xu picit cream ini cuma sebesar biji kacang hijau je ke atas jari dan ratakan ke muka. Tak perlu span atau foam. Sapu dengan dua jari je sampai sekata seluruh muka. Simple sangat. 

Aku memang suka kosmetik yang tak menyusahkan macam ni. Sebab cream macam ni kita selalu gunakan untuk kegunaan harian je, jadi tak sesuai lah aku rasa nak apply menggunakan berbagai jenis tools macam makeup artist guna tu.


Cepat blend in dengan warna asal kulit (camouflage makeup effect)

Pertama kali mencuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni, Xu terkejut dengan warna krim nya yang putih?!

Alamak! Seriously CC Cream ni warna putih?

Kulit aku dah la sawo matang. Apa akan jadi kalau aku apply krim ni ke muka?

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature,
Warna asal CC Cream | Putih

Rasa muka aku bakal nampak berselemoih dan bertapung-tapung. Ya Rabbi! Dah macam kuih tepung gomak!

Tiba-tiba terasa seram pulak bila aku cuba membayangkan wajah sendiri yang sudah seakan-akan pemain pentas Chinese Opera ohh~


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature,
CC Cream di 'blend' supaya micro capsule (biji-biji halus dalam cream ni) bercampur dan sebati

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature,
Krim yang asalnya berwarna putih tadi dah berubah kepada warna ala-ala pink gittew~

Namun, lepas Xu sapu rata ke atas muka, Xu dapati ianya berubah warna kepada warna seakan-akan pink gitu.

Tak sangka ianya betul-betul camouflage!

Muka Xu yang tadinya seakan-akan "tepung gomak" tu perlahan-lahan pudar dan beralih kepada tona asal kulit Xu. Auchh!

Kulit muka Xu nampak lebih segar bermaya rasanya sebab kesan dari warna kemerah-merahan CC cream ni. Pastu nampak lebih  glowing (baca : berseri) dan tona kulit yang amat sekata, tanpa penampakkan 'mata panda' yang ketara.

*Yeah! Itu yang paling penting. Urghh! Tak suka mata panda a.k.a mata zombie!! *

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature,
Sebelum sapu CC Cream memang jelas parut-parut jerawat dan dark circle bawah mata. *Maluu~*
Tona kulit pun nampak pucat macam orang sakit dan kusam, tiada 'nur' hahaha.



Berkesan Melitupi Lingkaran Gelap bawah Mata 

Aku sangat amazed dengan keupayaan Gold Nano CC Cream ni 'memadam' lebam bawah mata aku yang sekian lama membelenggu hidup aku ni hanya dalam sekelip mata. Concealer pun kalah oii!

Salah satu faktor aku malas bersolek pergi kerja adalah sebab mata panda ini lah. Step untuk cover dia saja dah memakan masa hampir 10 minit. huh!

Taknak cakap banyak, jom tengok video ni. Dalam rakaman ini, aku dedahkan muslihat magis yang boleh menghilangkan panda eyes sepantas 5 minit.





Melindungi kulit dari UV yang menyebabkan penuaan awal

CC Cream ni diformulasikan khas untuk kulit orang Asia, yang secara umumnya terkenal dengan tahap sensitivitinya yang tinggi terhadap panas dan cahaya UV. 

Cuaca kita di Malaysia pun sekarang tidak menentu. Ada kalanya terlalu panas Ya Rabbi! Rasa macam "tak nak pergi kerja hari ni boleh tak?" gittew!

Boleh ke? Mengelak keluar dari rumah macam tu? Opkos la mustahil right? Walaubagaimanapun urusan harian kita perlu tetap berjalan seperti biasa. Apa yang kita boleh buat adalah lindungi diri kita dari bahaya UV.

Luckily Gold Nano CC Cream ini bukan sahaja untuk kecantikan, ia juga boleh berfungsi sebagai UV protection, as it has SPF 30. 


SPF 30? Seriously SPF boleh setinggi ini?

Tapi ada kalanya kita akan dengar cakap-cakap orang yang mempertikaikan adakah kadar perlindungan UV / SPF 30 ini munasabah? SPF 15 itu biasa kita dengar. Betul tak? 

Well, kaedah pengukuran SPF untuk CC Cream ini ditentukan melalui method pengukuran yang dicadangkan oleh Kementerian Pemakanan dan Keselamatan Ubatan (Ministry of Food and Drug Safety of Korea) sendiri. 

So, aku rasa this point shouldn't be disputed anymore.

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature,




Tekstur ringan dan tak melekit walaupun berada di tengah panas

Paling Xu suka dengan CC Cream ni adalah teksturnya yang ringan dan tak rasa berleming. Well 'berleming' ni merupakan slang Terengganu yang membawa maksud, berminyak, berlengas, melekit dan everything in between yang semaksud dengannya.

Bila pakai cream ni, aku perasan aku lah paling lawa dan anggun walaupun tengah berpeluh-peluh di tengah panas.hahaha. Sebab masa berpeluh ni lah kau boleh tengok muka dengan makeup masing-masing mencair dan jadi lagu mana rupa haha.



Harga?

Ohho. Harga nya agak kompetitif dan setanding dengan harga produk-produk K-Beauty yang lain. Tapi memandangkan penggunaannya yang sangat jimat, cuma sekali pam sahaja dah cukup untuk coverage seluruh muka, jadi bagi aku ianya berbaloi.

Yeah! Of course berbaloi sebab ia akan lambat habis.


Adakah produk CC Cream ini recommended?

Aku dah pun memberikan kawan-kawan terdekat mencuba cream aku ni, dan mereka memang sukakannya!

So yes! Aku recommend anda di luar sana juga untuk mencuba 'magis' kosmetik Korea ini, dan dapatkannya segera di pasaran.


Mana nak dapatkan CC Cream ini?

Anda boleh dapatkannya dari laman web rasmi mereka di :

Hansaegee Nature


---------------------------------------------------------------

Hansaegee Nature CC Cream work like magic!


1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.