Susulan Kes Tragik Adik Qaisarah | Ketahui "First Aid" untuk Luka Tertusuk Objek Tajam

Insiden kanak-kanak maut tertusuk pisau berlaku pada seorang anak kecil berusia 2 tahun, Nur Qaisarah Medina Sufian, di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau Perak, Ahad 17 Februari lepas benar-benar memberi kesan terhadap mood dan emosi Xu beberapa hari ni. iskss..

Dari pembacaan Xu di laman Astro Awani, ibu ibu kepada mangsa iaitu Hana Mazlan 27 memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, dia sedang tidurkan anak bongsunya sebelum mangsa datang minta susu.

"Saya memohon agar dia menunggu sekejap sementara saya menidurkan adik."

"Namun Nur Qaisarah meluru pergi ke arah neneknya lalu terpijak pinggan yang berada di atas lantai."

"Setelah itu, mangsa terjatuh atas pinggan dan pisau yang berada di atas pinggan itu tertusuk di kiri perut nya." ~ Allahu!




Sejurus melihat kejadian tersebut, Hana segera memangku mangsa dan menyedari pisau sepanjang 15cm itu telah tertusuk di perut.

Qaisarah yang di dalam pangkuan Hana pada ketika itu menangis kesakitan namun, selepas pisau itu ditarik keluar oleh ibu mertuanya, Qaisarah terus tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun kita tak boleh bersikap meneka-neka apatahlagi nak membawang memandangkan kes masih lagi dalam siasatan dan sedang menunggu laporan penuh dari pegawai penyiasat. 

Daripada membawang, tuduh-menuduh dan saling menyalahkan pihak ibu mangsa, adalah lebih baik kita as parents ambil kes ini sebagai iktibar dan pengajaran.

Mudah-mudahan peristiwa berdarah begini tidak akan kita dengari berlaku lagi di Malaysia ni, khususnya bila melibatkan kanak-kanak.

Jom ketahui rawatan kecemasan / rawatan awal (first aids) sekiranya anak anda tercedera akibat tertusuk benda tajam seperti pisau, paku, bilah gunting, besi, kaca, mata pen dan pensel and everything in between. Apa nak buat?


Mesti Tahu Protokol Rawatan Awal atau "First Aid" untuk Kecederaan / Luka Tertusuk Objek Tajam


Punca / Sumber Hazard yang Terdapat di Sekitar Rumah

—Pisau dapur
—Pisau pensel/pisau lipat
—Gunting 
—Pen/pensel
—Pemutar skru
—Serpihan kaca / pasu bunga
—Paku payung / skru atap 
—Jubin lantai yang pecah
—Serpihan zink / tin aluminium
—Mata cangkul / sabit / penyodok
—Pancang (diperbuat dari buluh runcing untuk menyokong pokok bunga)


Body Part Yang Berisiko Tercedera

Anggota tubuh badan yang sering terdedah kepada kecederaan jenis ini adalah seperti bahagian abdomen (perut), belakang badan, peha, punggung, tapak kaki, tangan dan muka.


Tanda Fizikal Akibat Tertusuk Objek Tajam

— Lebam
— Bengkak
— Pendarahan
— Kebiruan atau pucat
— Lemah (fatigue)
— Lumpuh sebahagian/keseluruhan badan.
— Pitam / tak sedarkan diri
— Kesakitan di bahagian terlibat


Komplikasi Yang Bakal Berlaku

Disebabkan luka yang dalam, ia mungkin mencederakan organ dalaman dan boleh mengancam nyawa.

Kehilangan darah yang banyak juga boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan kematian.


Rawatan Kecemasan Ke Atas Mangsa Tertusuk Objek Tajam


PENTING AT LEAST SEORANG DALAM 1 KELUARGA PERLU TAHU STEP-STEP FIRST AID UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KEMATIAN.

Rawatan awal boleh dilakukan mangsa sendiri atau orang sekeliling. 

Paling penting!
Mesti tenangkan mangsa, pastikan dia dalam keadaan relaks. Mangsa yang banyak bergerak dan cemas hanya akan menerukkan pendarahan yang dialaminya.

JANGAN CABUT OBJEK yang tertusuk itu!
Cukup sekadar membalut sekeliling objek berkenaan dengan kain bersih. Terus ke HOSPITAL dengan segera!

Apa Perlu Buat Sekiranya Objek Sudah Tercabut Dari Anggota Terbabit?

1– Cuci luka dengan air bersih jika ada. Tekan pada lokasi luka dengan kain bersih supaya darah tak terlalu banyak keluar.

2– Lakukan tekanan yang berterusan pada nadi untuk menahan darah dari keluar dengan banyak. Ia boleh dilakukan tidak melebihi 10 minit.
 
3– Jangan ikat anggota tercedera kerana boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak dapat bekalan darah yang secukupnya.

4–Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung bagi mengurangkan darah mengalir keluar.

5– Call 999 atau dapatkan bantuan di klinik / hospital secepat mungkin.


Sejurus Tiba di Hospital

—Suntikan anti- tetanus diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi. 

—Ubat tahan sakit dan antibiotik.

—Jahitan pada bahagian luka

—Blood transfusion jika perlu.


Langkah Mencegah Kecelakaan Di Rumah

—Cakna terhadap sebarang kerosakan perabot/perkakasan rumah yang boleh menjadi salah satu sumber ancaman hazard.

—Sentiasa peka/sensitif dengan keadaan persekitaran dan sekeliling anak-anak.

—Simpan objek berbahaya di tempat yang selamat, jauh dan lebih tinggi daripada capaian kanak-kanak.

—Memakai kasut tapak tebal jika berjalan di tempat berisiko dan berbahaya.

1 comment:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Allahu..sebak jg ms dgr berita ni..
    bnda nk jdi kan..samada btul atau x..mereka dan Allah je yg tahu.
    kita yg dah tau pkra mcm ni elakkan sgla kmgkinan yg bole blaku didalam rumah..lebih2 lagi jika ada ank kcil ni..kena lebih hati2

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.