Resepi Begedil Daging NESTUM®

Resepi begedil daging

Panduan untuk membuat Begedil Daging NESTUM®

Ramuan

Hiaskan

Arahan

Langkah 1

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah sehingga berwarna keperangan dan angkat.

Langkah 2

Potong kentang dalam kepingan tebal dan goreng sehingga masak.

Langkah 3

Lenyekkan kentang yang telah digoreng, sambil meninggalkan beberapa ketulan kasar untuk tekstur.

Langkah 4

Masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup (atau daun ketumbar). Perisakan dengan garam dan lada sulah. Campur sebati.

Langkah 5

Bentuk kentang lenyek menjadi 20g bebola.

Langkah 6

Tekan untuk lenyekkan bebola tersebut agar ia menjadi kepingan.

Langkah 7

Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng dalam kepanasan sederhana.

Langkah 8

Pukul telur dalam mangkuk.

Langkah 9

Celupkan begedil ke dalam telur yang dipukul, satu demi satu.

Langkah 10

Salut begedil dengan NESTUM® Original.

Langkah 11

Goreng begedil sehingga perang keemasan.

Langkah 12

Tos dan hiaskan dengan pasli cincang sebelum dihidangkan.

Credit : Nestum.com.my

No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.