Diet Bagi Ibu Yang Sedang Merancang Untuk Hamil

Diet Bagi Yang Sedang Merancang Untuk Hamil | Selain dari sebab rasa kasih, matlamat kita berkahwin adalah untuk mendapatkan anak. Tapi sebaik-baiknya, kalo nak menambah bilangan ummat manusia ke bumi ni, biarlah semuanya berkualiti kelas A+, ye tak? Untuk menghasilkan zuriat yang berkualiti kita perlu seimbangkan dua aspek ini iaitu nature dan nurture. Mengikut Theory of Human Behavioral, nature dan nurture merupakan faktor utama dalam pembentukan peribadi seseorang.

Diet Bagi Yang Sedang Merancang Untuk Hamil
Diet Bagi Yang Sedang Merancang Untuk Hamil


Nature dan nurture

Nature menjurus kepada genetik semulajadi manusia yang terbentuk semasa dari dalam perut ibu lagi. Manakala nurture menjurus kepada pengaruh persekitaran seperti asuhan ibu bapa ataupun pengaruh rakan-rakan di mana ianya hanya akan berlaku SELEPAS anak itu dilahirkan.

Jadi untuk membentuk nature yang baik, persediaan perlu bermula seawal 3 bulan merancang untuk hamil.

Dalam tempoh tiga bulan ni adalah saat paling ideal dalam mempersiapkan badan kita untuk hamil. Persediaan untuk hamil adalah penting dalam pembentukan nature anak yang bakal kita lahirkan nanti.


Baca juga : 10 Tips anak pintar sejak dari dalam kandungan



Oke..taknak panang meleret.  Kita terus jump into point form!



Dapatkan berat badan ideal. [Semak BMI]

  • terlalu gemuk atau terlalu kurus menyukarkan kehamilan
  • wanita obese mempunyai risiko mengalami komplikasi semasa bersalin
  • turunkan berat badan maksimum 1KG seminggu. Pengurangan berat badan ekstrem boleh menyebabkan penyusutan nutrien-simpanan dalam badan.
  • Elak tabiat merokok, tabiat snacking dan memakan fast food.
  • Kajian menunjukkan tabiat dia atas boleh memberi kesan kepada pertumbuhan bayi.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Hadkan kepada secawan kopi sahaja sehari.
  • Mengamalkan meminum susu sekurang-kurangnya segelas sehari.
  • paling baik, minum susu rumusan khas macam EnfaMama atau Anmum.


Mengambil makanan tambahan (supplement)

Folic Acid (folate)
  1. penting untuk perkembangan saraf dan otak.
  2. terbukti mengurangkan risiko spina bifida.
  3. sumber lain: barli, beras perang, bayam, buah kurma, gandum, keju.
 
Fish oil supplement
  1. Mengandungi kandungan DHA yang tinggi.
  2. DHA penting dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.
  3. Bayi dalam kandungan bergantung pada DHA simpanan dalam badan ibu. Jadi penting untuk kita mencapai kandungan DHA yang disyorkan sebagai persediaan untuk hamil.
  4. kajian Journal of Paediatrics Psychiatry: Ibu yang mengambil supplement DHA, anaknya dapat mencapai kepintaran psychomotor seawal 2 setengah tahun. (kebolehan menyusun atur, memegang sudu/pensil)
Sumber lain: Tuna, ikan bilis, sardin, makerel, salmon.
Alternatif bagi yang vegetarian: DHA supplement dari alga laut. [life'sDHA™]


Zat besi (ferrous)
  1. mengurangkan risiko anemic (sindrom kekurangan darah merah) baik pada ibu dan juga anak.
  2. Ibu yang rendah kandungan darah merah dan haemoglobin boleh menyebabkan pertumbuhan bayi dalam perut terencat. 

Baca juga : Cara Pantas Naikkan Haemoglobin ketika hamil



FAKTA nature bayi

Untuk melihat layanan anak mu pada masa hadapan, lihatlah layanan dirimu terhadap ibu bapa mu pada hari ini...

Sampai sini dulu untuk kali ni. Nasihat I, berikhtiarlah untuk mencapai cita-cita walaupun hakikatnya Allah lah yang berkuasa menentukan segalanya. 

Mudah-mudahan kita dikurniakan zuriat yang mewarisi nature pintar, berhati terang, sihat dan tinggi tahap kesabarannya...serta lain-lain sifat baik yang ada pada diri kita.
Aminn
Diet Bagi Yang Sedang Merancang Untuk Hamil

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. wah boleh share ni ke adek ipar, sekarang dia tengah mengandung anak sulung.. thanks for sharing

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.