Respon Pihak Gardenia Isu Roti Dicemari Najis Tikus

Respon Pihak Gardenia Isu Roti Dicemari Najis Tikus | Kecoh! Viral di media sosial seperti Facebook, Instagram dan aplikasi teks mesej seperti Whatsapp akan beberapa keping gambar yang menunjukkan Roti Gardenia yang dikatakan dicemari najis tikus. 
Roti gardenia najis tikus, roti gardenia taik tikus, ada tahi tikus di roti gardenia, Respon Pihak Gardenia Isu Roti Dicemari Najis Tikus

Pantas bertindak terhadap isu yang timbul, maka pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah mengambil tindakan yang sepatutnya.

Berikut adalah maklumbalas rasmi dari pihak terbabit terhadap isu ini. 


ROTI GARDENIA DENGAN ‘NAJIS TIKUS’

Gambar seperti di atas telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook mendakwa bahawa terdapat najis tikus pada roti Gardenia Original Classic Jumbo yang dibelinya.

Gambar tersebut juga telah tular di media sosial seperti Facebook, Instagram dan aplikasi teks mesej seperti Whatsapp.

Kami ingin mengambil peluang ini untuk menyatakan bahawa ia merupakan dasar dan polisi Gardenia untuk memberikan yang terbaik dari segi kualiti perkhidmatan dan produk.

Kami telah berkembang dengan mengamalkan dasar ini sebaik mungkin dan bertekad untuk terus berbuat demikian.

Oleh itu, beberapa langkah telah diambil dan kami ingin berkongsi perkembangan tentang perkara ini.

Setelah kami perolehi produk yang didakwa terdapat najis tikus itu daripada pengadu, keputusan awal hasil daripada siasatan oleh pakar dalaman syarikat mengesahkan bahawa bendasing tersebut bukan najis tikus dan ianya merupakan serpihan doh yang telah melalui dua kali proses pembakaran.

Kami juga telah mengambil langkah menghantar sebahagian daripada sampel yang tercemar itu ke SIRIM dan Pakar Kawalan Serangga Perosak untuk ujian kenalpasti dan untuk mengesahkan bahawa bendasing itu bukan najis tikus dengan persetujuan daripada pengadu.

Selain daripada itu, kami juga telah menjemput pengadu untuk datang melawat ke kilang Gardenia untuk melihat dengan sendiri kilang dan proses pembuatan roti dijalankan. Pihak kami sedang menunggu pengesahan tarikh lawatan tersebut daripada beliau.

Dengan ini, kami ingin menyeru kepada semua netizen untuk mengambil masa dan menilai keadaan/fakta untuk diri mereka sendiri. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berkongsi mengenai roti viral ini di laman sosial.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi wakil Jabatan Pemasaran di talian 03-5542 3228 ( Lavinia Anthony/ Mok Siew Lin/ Norhayati Md Zain)

Terima kasih.

Daripada,
Pihak Pengurusan
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

————————————————

Roti gardenia najis tikus, roti gardenia taik tikus, ada tahi tikus di roti gardenia, Respon Pihak Gardenia Isu Roti Dicemari Najis Tikus

No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.