Pemandu Memandu Melawan Arus Di Susur Keluar Nilai Merempuh Empat Kenderaan Sekaligus, 4 cedera, seorang maut

Semalam, terjadi sekali lagi kemalangan membabitkan pemandu mabuk di Nilai yang menyebabkan kematian orang lain yang tidak berdosa. Sudah terlalu banyak kemalangan sebegini sejak kebelakangan ini.

Sumber : Bernama
Pemandu mabuk kemalangan susur keluar nilai 16 februari 2020


Menurut kajian dari Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), 23.3% pemandu dalam kemalangan maut telah diuji positif untuk alkohol. Pemandu yang mabuk adalah 13 kali lebih kemungkinan akan menyebabkan kemalangan berbanding dengan orang yang tidak di bawah pengaruh alkohol.


Apakah kesan alkohol apabila memandu?


1. Otak mengambil masa lebih lama untuk menerima mesej dari mata

2. Pemprosesan maklumat yang diterima menjadi lebih sukar

3. Arahan kepada otot badan tertunda, menyebabkan masa reaksi yang lebih perlahan

4. Penglihatan menjadi kabur dan berganda, yang mempengaruhi keupayaan untuk melihat sesuatu dengan jelas

5. Lebih cenderung mengambil risiko yang berbahaya kerana keupayaan untuk membuat keputusan menjadi terhad.


Siapakah yang merana disebabkan pemandu mabuk?


SEMUA ORANG ! Kamu yang mabuk, orang lain yang susah. Kamu yang mabuk, orang lain yang mati. Anak dan isteri si mati pun sama merana. Bayangkan keluarga yang kehilangan ibu-bapa. Bayangkan keluarga yang kehilangan anak. Bayangkan anda kehilangan insan yang anda paling sayangi. Kematian yang disebabkan orang lain, sangat menyakitkan.

Apakah kerajaan boleh buat untuk membenteras gejala pemandu mabuk?


Kerajaan harus tangani masalah ini dengan seberapa segera. Masalah pemandu mabuk ini tidak mendapat perhatian yang mencukupi dari kerajaan. Berhentilah berpolitik sebentar dan fokus dalam berkhidmat untuk rakyat.

Kami undi kamu bukan untuk kamu berbalah siang malam pagi petang. Buatlah sesuatu. Yakinkan rakyat yang kami masih ada kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan bukan untuk tekak sendiri.

Kepada peminum-peminum arak, sebelum kamu mabuk, rancang dahulu apa yang kamu patut buat selepas itu, rancang siapa yang akan memandu kamu pulang. Apabila kamu mabuk, kepala hotak kamu tidak boleh dipercayai. Itu sebab perancangan perlu ada sebelum dan bukannya selepas kamu mabuk. Faham?

Takziah buat semua yang terlibat di dalam kemalangan disebabkan oleh pemandu mabuk ini. Pemandu mabuk perlu bertanggungjawab dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan. Ini adalah waktu yang genting, jika kita tidak tangani masalah ini sekarang, ia akan menjadi lebih buruk lagi.

Apa pendapat korang mengenai masalah pemandu mabuk ni? Adakah kerajaan dah buat apa yang patut atau tidak?

Sumber : Bernama

1 comment:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. penat dah dengar pasal pemandu mabuk langgar orangni haih kesian orang yang tak bersalah :')

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.