Macam Mana Nak Kenal Gejala Selesema Biasa Dengan Gejala Coronavirus?

4/01/2020
Perhatian mommies! Macam Mana Nak Kenal Gejala Selesema Biasa Dengan Gejala Coronavirus? | Melalui pembacaan Syu di laman Public Health Malaysia, Syu perasan yang simptom penyakit Coronavirus atau Covid-19 ni lebih kurang sama je dengan simptom selsema biasa. I sebagai salah seorang ahli persatuan mak-mak se-Malaysia ni tak boleh lari dari perasaan panik dan paranoid terhadap senario semasa penularan wabak di sini. Naluri overprotective seorang mak ni ada di mana-mana haha

Okay, rasanya you guys mommies yang prihatin dah study pasal COVID-19 ni kan. I percaya almost all mommy dah study but I doubt about team daddy? errr biasalah lelaki..they normally just don't care. Sorry dads ahaks

gejala covid-19 dengan selsema biasa


Nama Penyakit Coronavirus

As you all know, Covid-19 ni merupakan nama bagi penyakit sindrom pernafasan akut yang parah atau severe acute respiratory syndrome (SARS). Dan pada 11 Februari 2020, WHO telah mengumumkan nama penyakit ini sebagai Coronavirus Disease 2019 dengan singkatan Covid-19. So why 19? Ok 19 itu merujuk kepada kes pertama virus ini dijumpai dalam badan manusia, iaitu pada Disember 2019 di China.


Nama Virus penyebab Covid-19

Kemudian, nama bagi virus penyebab kepada Covid-19 pula adalah SARS-CoV-2 yang membawa maksud Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2. Sebelum ni virus ni dipanggil sebagai novel coronavirus-2 tapi sejak 11 Februari, kita dah tak panggil coronavirus dah. Sebaliknya WHO menyarankan agar hanya 'nama penyakit' sahaja disebut di hadapan umum, iaitu Covid-19. Bukan coronavirus.


Perbezaan gejala Covid-19 dengan selsema biasa

Covid-19 mempunyai gejala serupa dengan selsema biasa, antaranya adalah seperti demam tinggi, batuk, keletihan, kesukaran bernafas dan cirit-birit. Gejala macam ni terlalu common dan kita akan mudah keliru dengan demam selsema biasa.

Berikut merupakan beberapa gejala penting yang perlu diberi perhatian

1 Gejala Covid-19


Antara gejala paling obvious yang boleh nampak pada pesakit yang menderita panyakit Covid-19 adalah batuk kering, demam dan sesak nafas. Batuk kering ni biasanya disebabkan oleh inflamasi di dalam tekak membuatkan tekak berasa perit dan gatal hingga terbatuk-batuk. Gejala sesak nafas berlaku disebabkan oleh kerosakan sel paru-paru akibat jangkitan virus Covid-19.

Hasil dari jangkitan virus ini, seseorang boleh mendapat demam. Oleh sebab itu, individu yang mengalami selsema perlu disiasat pada skala yang lebih luas.



2. Gejala selsema

Siapa yang tak pernah dijangkiti selsema? Biasanya bila kita terkena selsema, pgejala pertama yang muncul adalah gatal tekak, hidung berair, dan sakit kepala. Kemudian diikuti dengan batuk, demam dan sakit otot. Tapi setakat ini, dilaporkan pesakit Covid-19 tidak ramai yang menunjukkan gejala hidung berair atau batuk berkahak.


3. Sakit tekak

Previously, masa minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni diumumkan, Syu telah ke Pulau Pangkor dan sekembalinya dari sana, Syu kena sakit tekak yang agak teruk. Perit yang amat! Bila nak telan air pun rasa macam telan putik durian, aduss! Masa tu serius takut, so I kuarantin diri sendiri dalam rumah, and suruh husband bawa anak-anak semua tidur rumah mak.

Tapi bila check, rupanya it's influenza A. Lega sikit hati, biarpun influenza A pun bukan penyakit yang boleh buat main jugak! It's hihgly contagious jugak! cuma I lega yang ianya bukan Covid-19 huhu~

So kalau you all ada gejala sakit tekak, nasihat I, jangan terlalu paranoid. Stay calm, kekalkan jarak sosial (social distancing) dan berehat saja di dalam rumah. Sebab either awak kena Covid atau tak, awak takkan tahu dalam tempoh 5 hari pertama.

Iya. Gejala Covid ni akan show up within 14 days, ada yang cepat dan ada yang hari ke-14 tu baru menunjukkan simptom sakit. So, ianya sangat penting untuk melakukan self-quarantine kalau you all suspect diri you positif atau you sendiri sedar diri, yang you sebelum ni pernah travel ke tempat yang terjejas Covid.

Ini bukan cerita buat-buat, ini cerita betul. Laporan dari kluster perhimpunan tabligh dikatakan kebanyakan dari mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa diri mereka sudah dijangkiti coronavirus. Dan kerana ini jugalah diorang ni dah banyak menyebarkan virus tanpa sengaja kepada lebih ramai orang dan membuatkan bilangan orang yang dijangkiti meningkat mendadak.


Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Setakat hari artikel ini ditulis (1 April 2020), seramai 142 telah disahkan positif Covid dan menjadikan angka keseluruhan kes menjadi 2,908. Manakala hari ini bertambah 2 kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 45 orang. Takziah kepada keluarga mangsa.


Jadi jom kita! Sama-sama berbakti dengan cara kita. Mommies daddies, kawal anak-anak supaya patuh dengan PKP yang dah memasuki cycle kedua dah pun ni. Teruskan social distancing dan keluar hanya bila ada keperluan yang sangat penting sahaja. 



Amalkan langkah berjaga-jaga

Selain langkah untuk duduk rumah atau #StayAtHome , kita as parents juga boleh melatih anak-anak untuk mengamalkan budaya hidup bersih, dan kerap membasuh tangan dengan betul. Penting untuk ajar mereka cara membasuh tangan yang betul. 

Jom tengok langkah 7 mencuci tangan yang disarankan oleh KKM ini:

cara basuh tangan cegah covid

  1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
  2. Gosok tapak tangan
  3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
  4. Gosok kuku pada tapak tangan
  5. Gosok belakang tangan
  6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
  7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan.


Bila perlu basuh tangan?

– Cuci tangan selepas batuk atau bersin. Jika boleh gunakan tisu untuk menutup mulut ketika bersin.

– Amalkan ccuci tangan sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan kepada keluarga

– Cuci tangan dengan bersih sebelum makan

– Cuci tangan sebaik mendapati tangan kelihatan kotor dan perlu dicuci.

– Selepas mengendalikan haiwan, cuci tangan dengan sabun sampai bersih dan yakin kotoran telah pun hilang.







Sumber: PHM cara basuh tangan dengan betul, cegah penularan wabak covid-19, SARS-CoV-2, coronavirus, severe acute respiratory syndrome coronavirus 2, novel coronavirus,











No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.