PKP Musim Orang Buat Anak?! Katanya Ada Fakta Statistik Lampau Yang Menyokong.

PKP Musim Orang Buat Anak?! Katanya Ada Fakta Statistik Lampau Yang Menyokong khabar angin ni? Betul ke disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ni, kita berkemungkinan berdepan dengan kadar kelahiran bayi yang tinggi secara drastik dan luar biasa pada tahun hadapan? Apa hujah yang boleh dikaitkan dengan pelaksanaan PKP ni, peratusan untuk dapat menimang cahaya mata itu meningkat? Pada Syu, secara peribadi, jumlah anak tu kita yang rancang dan tentukan mengikut tahun. Katakan pasangan tersebut memang bercadang nak TTC (trying to conceive) tahun 2020 ini, so insyaAllah dia akan dapat baby tahun 2021 nanti. So apa masalahnya? Ok la tu kan?

bayi-2021-kelahiran-bayi-covid-kelahiran-bayi-corona-tahun-2021


Gurauan di media sosial

Ok sekarang I faham. Semuanya bermula dengan gurauan para netizen masa mula-mula PKP ini diumumkan. Memang tak salah bergurau, tapi sedar tak sedar mungkin perkara yang kita anggap jenaka itu sebenarnya langsung tak kelakar bagi insan-insan tertentu. 

Lepas-pkp-semua-pakat-bunting

Contohnya, bagi pasangan yang sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tanggan namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebab secara logiknya, adakah masa kita kuarantin atau duduk rumah ni, aktiviti kita hanya di atas katil romancing je tak sudah? Mesti tak kan? So PKP bukan faktor utama jumlah kelahiran akan meningkat, tapi awareness dalam perancangan keluarga itu yang memain peranan.

Sejarah kelahiran mengejut selepas tempoh berkurung

Sumber dari Berita Harian, katanya susulan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu dan telah dilanjutkan hingga 28 April ini, situasi pertambahan luar biasa kelahiran bayi pada Januari 2021 berkemungkinan akan berlaku.  

Dr Hamizah Mohd Hassan, Ketua Unit Kesihatan Reproduktif LPPKN berkata, PKP boleh mempengaruhi kadar kelahiran penduduk di Malaysia menjelang awal tahun depan.

Beliau menambah, situasi pertambahan jumlah kelahiran ini pernah terjadi di luar negara seperti Maine dan New Hampshire Amerika Syarikat berikutan bandar tersebut ditutup beberapa minggu kerana faktor cuaca ribut salji yang buruk pada tahun 1998.

Menurut laporan seorang wartawan, Patrick Whittle yang melaporkan bandar yang terlibat dengan ribut salji yang buruk tersebut, selepas sembilan bulan terjadi kelahiran yang luar biasa. Dan dengan sebab itu, Hamizah berkata, perkara yang sama mungkin boleh berlaku di Malaysia juga. Tambahan pula tempoh PKP ini berlanjutan selama lebih empat minggu.

Langkah perancangan keluarga patut dititikberat

Macam Syu kata mula-mula tadi, kalau pasangan yang memang merancang keluarga dan tahun ini mereka merancang untuk menambah anak, there is no problem. Jangan la takut pulak dengan momokan netizen yang wad maternity bakal sendat atau penuh start Januari 2021 nanti. Nonono. Just carry on je dengan plan korang, okay! Semoga dipermudahkan~

Yang menjadi masalah adalah, pasangan yang tak pernah merancang. "Terpulang pada rezeki" katanya. Dah Allah nak bagi, kita terima, kita redho. huhu.

Elak Kehamilan luar jangka

Yang dikatakan termengandung tapi tidak dirancang ini lah yang menjadi penyumbang kepada pertambahan kelahiran yang drastik tahun depan. Jadi, kalau dah tahu diri tu subur, pantang 'kena' mesti 'lekat', you all kena pandai-pandai lah guna kaedah pencegahan kehamilan. 

Dr Hamizah berkata sebaiknya setiap keluarga mengamalkan perancangan keluarga yang boleh diambil melalui kaedah tertentu seperti penggunaan k_ndom bagi mencegah kehamilan. Harapnya setiap pasangan suami isteri lebih bijak mengawal nafsu semasa tempoh PKP ini dan tahu merancang kehamilan supaya lebih bersedia untuk menerima kelahiran bayi di tahun hadapan, tambahnya lagi.

Ye paham. Syu paham sangat gais! Dalam banyak-banyak kaedah pencegah hamil ni, ada 2jenis yang biasanya laki tak suka. Pertama penggunaan k*ndom, kedua, kaedah lepas kat luar. So nak taknak, isteri-isteri lah yang kena buat inisiatif. Antaranya:

Suntikan Depo
Memasang IUCD 
Memasang Implanon
Pil kontraseptif

Kalau yang memilih untuk memakan pil tu, Syu ada menulis review tentang pil Yasmin yang Syu dah guna sejak lepas beranak anak first tahun 2013 dulu. Boleh baca di sini : Review Pil Perancang Yasmin (Drospirenone/ethinylestradiol)

Kalau ada di antara mommies out there yang tak suka dengan hormon-hormon ini semua bagi mencegah kelahiran bayi secara mengejut di tahun depan, mommies boleh cuba teknik melakukan hubungan intim yang dapat mengelak persenyawaan benih.

Bersama ketika di luar waktu subur

Ya. Ini merupakan kaedah merancang paling selamat tanpa kesan sampingan hormon. Tapi 'selamat' dari hamil itu, belum pasti. Peratus untuk berlaku unexpected pregnancy tetap ada melalui kaedah ini. So, macam mana nak tahu waktu subur seorang wanita? Senang je, sekarang ni dah banyak apps yang boleh bantu kita trace waktu subur. 

Aplikasi kesuburan di telefon bimbit

Search je dekat google play store tu dengan perkataan "fertility" atau "ovulation", nanti dia akan keluar bermacam-macam apps. Kalau Syu pulak, Syu guna Fertility Friend Ovulation App. Syu suka sebab dia ringkas dan tak memeningkan kepala. Pun, apps dia tak berat sangat macam app lain. So, dari app ni, kita boleh tahu waktu subur kita. Jadi elakkan hubungan badan dalam tempoh tersebut. Senang kachiang kan! 

Perhatikan perubahan yang berlaku pada badan

Secara teknikalnya, app memang meudahkan. tapi itu untuk orang yang mempunyai period cycle yang tetap. Jadi, untuk wanita yang period nya tidak teratur, macam mana nak tentukan waktu subur? Ok, perhatikan saja discharge atau lendiran yang keluar dari faraj. Biasanya kalau dalam waktu subur, cecair discharge tu akan lebih pekat. Dan waktu untuk check adalah awal pagi sebaik selepas bangun dari tidur.


Semoga perkongsian Syu ini sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan buat spouses yang merancang untuk menambah anak tahun depan. Jangan risau dengan omongan warga net yang mengundang ketakutan dan panik tu. Hospital berlambak kat Malaysia ni kan. So why bother? Ahaks~ macam ayat diva pulak.

3 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. adakah syu salah seorang darinya? ok tu sbb muda lagi kann

    ReplyDelete
  2. Baguslah kan.... bertambah besar saiz keluarga baru meriah

    ReplyDelete
  3. Semoga Ada rezeki bg sesiapa.yg nak anak tu inilah masanya heee

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.