#9 Kisah Nabi Ishak

5/09/2020
Nabi Ishak ‘Alaihissalam

kisah nabi ishak


Did you know?

1) Nabi Ishak dilahirkan di Palestin dan dibesarkan oleh ibu bapanya, nabi Ibrahim dan Siti Sarah.

2) Kelahiran Nabi Ishak merupakan keajaiban Allah kerana baginda lahir ketika ibu bapanya sudah sangat tua (Nabi Ibrahim berusia 120 tahun dan Siti Sarah 90-an) dan Siti Sarah merupakan wanita yang tidak boleh melahirkan zuriat.

3) Ketika Allah menghantar tiga malaikat kepada nabi Ibrahim untuk menyampaikan bahawa mereka diutuskan untuk membinasakan kaum Luth, kemudian tiga malaikat tersebut turut menyampaikan berita gembira bahawa Siti Sarah sedang mengandungkan nabi Ishak. Ishak atau Isaac bermaksud “yang membawa gelak tawa” sempena gelak tawa Siti Sarah tadi.

4) Seperti nabi Ismail, nabi Ishak menjadi penyambung legasi bapa mereka dalam menyebarkan kebaikan melalui agama Islam. Nabi Ishak menyerahkan seluruh hidupnya sebagai seorang nabi yang memperjuangkan agama Allah.

5) Nabi Ismail melahirkan keturunan kacukan arab sehingga lahirnya nabi Muhammad. Manakala nabi Ishak pula melahirkan nabi Yaakub yang melahirkan 12 orang anak (termasuk nabi Yusuf) yang membentuk 12 bani Israel. Daripada bani Israel lahirlah kebanyakan nabi seperti nabi Musa, Isa, Harun, Daud dan Sulaiman.

6) Nabi Ishak wafat di Khaleel, Palestin seperti bapanya.




Sumber : Facebook kisah para anbiya', kisah nabi, kisah 25 rasul,

No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.