Vaksin MMR Punca Berlakunya Autism Di Kalangan Kanak-kanak?

Kontroversi vaksin MMR dan autism bermula pada tahun 1998 apabila hasil kajian Dr Andrew Wakefield, seorang pakar bedah British disiarkan dalam jurnal perubatan, The Lancet. Bagaimanapun, The Lancet kemudiannya telah bertindak menarikbalik artikel yang disiarkan setelah mendapati bahawa Wakefield telah memutarbelitkan fakta dan kajian yang dilakukan melanggar etika. Sejak kontroversi Wakefield, banyak kajian dilakukan oleh ahli perubatan untuk melihat kaitan antara vaksin MMR dengan autism . Hasil kajian-kajian ini mendapati vaksin MMR sememangnya selamat dan tidak langsung menyebabkan masalah autism seperti yang didakwa oleh Wakefield. 


Kesan sampingan vaksin mmr Demam selepas vaksin mmr Bengkak selepas suntikan vaksin cucuk mmr 9 bulan ruam seakan campak MMR autism wakefield


Sidang Akhbar Andrew Wakefield mencetus khabar angin keburukkan Vaksin

Pada 1998, ketakutan masyarakat kepada vaksin bermula apabila Dr Andrew Wakefield membuat sidang akhbar berkenaan kajian yang dilakukan oleh pasukan dia. Pada akhir sidang akhbar tersebut dengan jelasnya Andrew mencadangkan kepada ibubapa untuk mengelakkan vaksin 3 serangkai yang mungkin menyebabkan masalah perkembangan. Disamping itu, dia juga mencadangkan penggunaan vaksin yang mempunyai satu virus sahaja (monovalent vaccine).

Pada saat itulah, ketakutan pada vaksin mula menular dalam masyarakat. Media menyebarkan berita ini keseluruh pelusuk eropah pada ketika itu dan membuatkan kadar pemvaksinan menjunam turun drpd 90% kepada 80%. Ini menyebabkan wabak measles meningkat di eropah!

Kenapa perlu Dr Andrew mencadangkan monovalent measles vacccine?

Sebelum Dr Andrew menjalankan kajian berkenaan vaksin 3 serangkai pada tahun 1998, dia telah mencipta satu vaksin measles (monovalent) dan mempatentkan vaksin tersebut. Tidak dapat tidak, ini menunjukkan bahawa Dr Andrew Wakefield mempunyai konflik berkepentingan (Conflict of interest) yang sangat besar. Iaitu setelah kajian tersebut dan sidang akhbar dijalankan, dia ada mencadangkan penggunaan monovalent measles vaccine iaitu vaksin yang dia sendiri cipta.

Sangat jelas tujuannya untuk mengaut keuntungan daripada kajian yang dijalankan. Tetapi malangnya kajian tersebut sangat lemah dan tidak boleh diterima pakai

Jepun memulaukan vaksin 3 serangkai namun kadar kes Autism tetap menaik

Salah satu negara yang telah memulaukan vaksin 3 serangkai adalah Jepun dan mereka menggantikannya kepada single measles vaksin. Setelah beberapa tahun Jepun tidak menggunakan vaksin 3 serangkai MMR, data diambil untuk melihat kadar penambahan pesakit autism. Daripada kajian tersebut ia menunjukkan pesakit autism semakin bertambah walaupun vaksin yang diberi itu bukanlah vaksin MMR.

Kesimpulannya, tiada kaitan yang signifikan antara vaksin MMR dengan penyakit autism


Kesan sampingan vaksin mmr Demam selepas vaksin mmr Bengkak selepas suntikan vaksin cucuk mmr 9 bulan ruam seakan campak MMR autism wakefield
Kajian di Yokohama menunjukkan bahawa, kadar kes autism meningkat walaupun mereka telah memulaukan penggunaan vaksin 3 serangkai


Banyak kajian telah menunjukkan tiada kaitan antara penyakit autism dengan vaksin

Sudah banyak kajian yang menggunakan data yang relevan, jumlah sample yang banyak, serta sampel yg rawak menunjukkan bahawa tiadanya kaitan antara vaksin dengan autism.

Sebagai contoh dalam kajian |INI| Sila klik.


Kesan sampingan vaksin mmr Demam selepas vaksin mmr Bengkak selepas suntikan vaksin cucuk mmr 9 bulan ruam seakan campak MMR autism wakefield
Ini adalah isi utama yang ingin diketengahkan daripada kajian tersebut


Jumlah sample ataupun peserta yang menyertai kajian ini adalah melebih 1 juta orang. Jika hendak dibandingkan dengan kajian Dr Andrew Wakefield (yang menggunakan hanya 12 sampel kajian) , sudah tentu kajian ini lebih relevan dan mempunyai tahap pembuktian yang lebih tinggi.
Kesan sampingan vaksin mmr Demam selepas vaksin mmr Bengkak selepas suntikan vaksin cucuk mmr 9 bulan ruam seakan campak MMR autism wakefield



Kesimpulan yang kami buat adalah sama seperti para pengkaji diluar sana iaitu vaksin tidak terbukti menyebabkan penyakit autism seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka yang menolak vaksin.

Sumber penuliasan asal : Root Of Science Kesan sampingan vaksin mmr Demam selepas vaksin mmr Bengkak selepas suntikan vaksin cucuk mmr 9 bulan ruam seakan campak MMR autism wakefield

Catat Ulasan

0 Ulasan