Review Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Mamaway

Setakat 8 tahun menulis blog ni, Syu belum pernah lagi buat review bengkung bersalin. I ingat lagi dua tahun lepas, my cousin pernah cerita pasal bengkung czer KPJ yang dia dapat semasa bersalin kat sana. Katanya memang tak sakit dekat luka czer tu bila nak batuk atau bersin. Just nice je dia 'pegang' otot dan lelemak perut tu. Tak terlalu longgar, tak terlalu ketat.

Dari apa yang dia kata, material nano bamboo pada bengkung tersebut membuatkan ia kemas elok, terbalut je. Tak menekan luka czer . Terpesona dengan cerita dia, maka dari situ lah Syu mula buat carian google 'postnatal belly band' da 'nano bamboo postnatal recovery belly band' di internet. And! Tadaa! Syu jumpa Mamaway Belly Band Malaysia!

Bengkung mamaway


Melalui apa Syu baca dekat internet, kebanyakan testimoni mengatakan Mamaway adalah jenama bengkung terbaik. Ada yang kata bengkung ni terbaik sebab sifat elastiknya yang tinggi. Ada juga yang suka sebab katanya bengkung Mamaway ni tak berlipat walaupun semasa duduk. Well itu kata mereka. 

Nak tahu tak pengalaman Syu memakai bengkung express ni macam mana pula?

Ok jom go through satu-persatu kriteria yang Syu suka tentang bengkung corset Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Mamaway ni. Ok basically ia terdiri daripada 5 kriteria utama iaitu :

1. Rekabentuk 
2. Kesesuaian saiz
3. Material
4. Ergonomik
5. Teknikal


Review Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Mamaway

Kalau cakap pasal pengalaman pakai bengkung selepas bersalin, macam-macam jenis bengkung Syu dah try. Tapi dalam banyak-banyak bengkung, ada satu masalah besar yang membuatkan I susah nak disiplinkan diri berbengkung selepas bersalin.

Ya, rasa lemas dan 'sesak' tu. Sumpah aku tak tahan.

Bengkung atau corset biasa dicipta untuk memperkemaskan semula otot perut dan kembalikan uterus (rahim) ke saiz asal. Jadi setiap bengkung akan dipakai dengan ketat untuk memberikan pressure terhadap abdomen dan pelvis.

Haa tekanan yang diberikan oleh bengkung tu la yang I tak tahan tu. Dalam 30 minit pertama, dia akan datang rasa memusing macam nak pitam, mata pula nampak bintang-bintang hijau kuning. 

Lepastu naik rasa mual dan berlaku asid refluks, atau orang kampung sebut 'angin mempedu' seakan-akan gastrik. 

Huii tak tahan mak!

Tapi itu al-kisah once upon a time, long long time ago tau, masa I bersalin kan si Araa dolu-dolu. Masa tu Syu belum kenal lagi support belly band Mamaway.

Berbeza dengan sekarang, I dah jumpa bengkung yang serasi dengan I. Dan I yakin ia juga akan serasi dengan you all too!

Tak percaya?
Ha baca ni sampai habis.


1. Rekabentuk bengkung Mamaway

Disebabkan Syu mengalami tumpah darah yang teruk semasa prosedur D&C itu hari, so Syu jadi takut nak berbengkung, sebab risau pening dan jatuh pitam. Awas ya.

Bagi ibu yang banyak hilang darah semasa proses kelahiran, kalian cenderung untuk mengalami gejala anemia seperti gelap mata, sukar bernafas, dan nafas jadi pendek-pendek. Dan bila memakai bengkung, ia bukan saja menekan abdomen dan pelvis, malah turut menekan rusuk yang boleh memburukkan lagi pernafasan kalian.

Tapi lepas cuba Mamaway Support Belly Band, Syu dapati yang ia merupakan bengkung moden pertama yang tak menyebabkan Syu pening kepala bila pakai. Walaupun Syu pakai bengkung ni bawa ke tidur malam pun, tiada masalah apa-apa.

Bengkung bersalin


2.Kesesuaian Saiz Bengkung

Ramai yang tanya bila waktu sesuai pakai bengkung selepas bersalin caesarean. Well untuk bengkung Mamaway, ia boleh dipakai seawal hari kedua selepas pembedahan. Yang penting, sebelum memilih bengkung bersalin, kena lah periksa carta panduan saiz yang diberikan.

Memilih saiz bengkung yang tepat adalah kunci kepada keselesaan kita semasa berbengkung.

Pasal bab ini you all jangan risau sebab dekat laman web rasmi Mamaway, akan ada carta saiz. Tengok je situ. Tapi kalau nak senang, mommies DM je dekat instagram @mamawayMy dan diorang akan cadangkan saiz untuk you all. 

3. Material (jenis fabrik)

Material bengkung moden Mamaway Nano Bamboo Postnatal Support Belly Band ini memang selesa walaupun Syu pakai direct to my skin. Permukaan fiber nano bamboo yang berliang dan lembut ni memudahkan kulit Syu bernafas, sekaligus dapat mengelakkan berlakunya iritasi kulit serta gatal-gatal.

Yelah kan. Bila kulit bebas bernafas dan tak berkuap, automatik akan rasa selesa je. Ditambah pula ciri antibakteria jaringan bamboo charcoal pada bengkunh ni dapat membantu merencat bakteria daripada tumbuh membiak kat kulit kita.

Bengkung tak panas


4. Ergonomik

Ciri bengkung wrap yang ergonomik adalah ia takkan mengganggu postur badan natural kita si pemakai. Tekanannya sedang-sedang elok je, namun ia cukup kemas untuk memperbetulkan kedudukan rahim dan menguatkan semula lantai pelvis.

Dan Syu dapat manfaat-manfaat tu semua tanpa perlu jadi kaku macam mumia, apatahlagi berjalan macam robot! That's what we call ergonomic. Malah kalau duduk pun bengkung ni tak bergulung-gulung atau berlipat. Elok behave je dia diam-diam kat situ.haha

Bengkung corset terbaik


5. Teknikal

Secara teknikalnya amalan memakai bengkung ini merupakan cara kecutkan rahim selepas bersalin caesar mahupun normal. Bagi Syu yang mengalami keguguran pada usia kandungan 22 minggu ni, pemakaian bengkung dapat membantu menyingkirkan saki-baki darah beku atau sisa yang melekat pada dinding uterin dengan lebih berkesan.

Buktinya, ada di gambar bawah ini.

Disebabkan imej ini agak disturbing dan boleh trigger anxiety orang yang melihatnya, so Syu censored siap²

Ianya isi (macam perut ikan) yang turun bersama darah tepat 2jam selepas I pakai bengkung dan trimming balm. Makna kata, pressure bengkung ni memang membantu sungguh la proses pengecutan rahim.

Baik. Sambung balik cerita kita bab teknik ya.

Teknik pemakaian yang simple, yang hanya memerlukan 3 step je untuk pakai, memang amat memudahkan Syu yang berpantang sendiri ni. Nak ke tandas pun cepat je boleh tanggalkan. Zap, zup, zap...dah boleh selesaikan hajat. ahaks~

Jadi cukup lah 5 point tentang apa yang Syu suka pada bengkung corset Mamaway. Jom beralih kepada point yang Syu tak suka pulak pasal bengkung nih.


1. Syu Benci Pasal Bengkung Mamaway
Tak suka..tak suka! Disebabkan bengkung ni terlampau mudah nak guna, dan fit untuk 4-5 saiz pinggang, maka ramai lah pakat nak cuba try test kita punya bengkung!! huwaa! 

Ada la sorang hamba Allah tu kan. Asal nak pergi kayuh basikal je, dia nak pinjam pakai bengkung kita. Kalau kita tak bagi, dia curi ambil. hahaha if you read this, then you know who you are.

The last but not least, jom tengok video cara pakai bengkung moden bersalin czer yang dibawakan khas oleh Mamaway.




Ohh ya. Kalau mommies berminat nak dapatkan Belly Band macam yang Syu pakai ni, boleh terus buat pembelian dekat laman web rasmi Mamaway Malaysia. Just klik di link berikut

9 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. IQ pun ada bengkung mamaway ni, Ya Allah, mudah sangat nak guna kan? memang akan pakai selalu sebab mudah jer nak guna

    ReplyDelete
  2. mudah nampaknya nak pakai bengkung ni, nampak kemas je selepas di pakai

    ReplyDelete
  3. Suka betul bengkung modern macam ni..nak g toilet pon xyah pk banyak kali..haha

    ReplyDelete
  4. insya allah kalau ada rezeki mengandung dan melahirkan anak lagi, saya nak try juga lah bengkung ni. dah banyak bengkuk saya guna, semua rasa tak best.

    ReplyDelete
  5. Bengkung ni nampak selesa sekali... tapi tulah sayangnya tiada size plussize untuk badan berisi mcm saya

    ReplyDelete
  6. selepas bersalin nak 2nd takut nak pakai bengkung, sebab czer, xda pengalaman kan. Tapi bengkung ni nampak best la

    ReplyDelete
  7. bestnya bengkung nie.. tak bersalin anak pun boleh je pakai.. npk ramping je

    ReplyDelete
  8. kebanyakan bengkung bila duduk dia berlipat..terus rasa nyampah takmo pakai dah..ok lah kalau yang ni statik je..nampak selesa je tu.

    ReplyDelete
  9. senangnya bengkung mcm ni kaaan.... zmn kak azni dulu jenuh hahahahah..

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.