Mengenang kembali sejarah semasa mengandungkan Naufal.

Anonymous
0
Sempena 100 hari kelahiran Naufal, Mamy Syu nak mengenang kembali pengalaman Syu mengandungkan Naufal. Ujian yang bertimpa-timpa, seakan tidak mengizinkan mamy untuk bersama Naufal permata hati mamy.. Tapi berkat kesabaran dan idak putus-putus berdoa, akhirnya mamy mendapat sebuah "anugerah" dimana banyak perkara-perkara ajaib yang berlaku pada Naufal, sehinggakan doktor sendiri terpinga melihat kelebihan anak juara ini.

Ikutilah..

Bayi-pramatang-atau-premature-baby
Runtun hati sang ibu setiap kali menatap gambar ni

2 Minggu kandungan.
Sakit di bahagian bawah ari-ari yang amat sangat. Diikuti dengan turun darah. Ketika tu, ibu awak sedih sangat, ingatkan dah tak ada rezeki dah nak lahirkan dan besarkan Naufal. Selepas menyerah diri ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), ibu awak ni diberikan buku pink, dan dalam buku pink tu, semua nya ditanda dengan pen merah. Beerti, banyak masalah!! 

Antara masalah nya, Turun darah, memungkinkan bahawa rahim tak kuat. Blood pressure rendah. Dan Hb extremely rendah 6.4. Hb atau hemoglobin count ibu awak terlalu rendah Naufal. Doktor beritahu siap-siap supaya bersedia dari segi mental bahawa kandungan sebegini mungkin akan berlaku miscarriage. Namun Alhamdulillah. Ibu awak masih gigih meneruskan kehamilan.

2 Bulan 
Ibu awak mengalami alah yang teruk dan anemia yang kritikal sehingga kerap pitam dan terpaksa meninggalkan puasa selama 20 hari pada bulan Ramadhan.  Ya Allah, aku bersyukur diuji sebegini. Aku yakin Engkau menyayangi aku dan bayi ini, kerana itulah Engkau menguji kami. ~isk

3 Bulan
Ibu awak diuji sekali lagi bila berlaku masalah antara ibu dan Ayah. Masalah ini terlalu peribadi untuk diceritakan kepada awak Naufal, tetapi, apa yang boleh ibu cakap adalah, ibu awak ini telah menjadi seorang hamba yang tidak bersyukur akibat daripada perselisihan antara ibu dan ayah. Ibu menjadi orang yang bodoh dan nyaris melalkukan perkara bodho juga, tapi mujurlah ibu cepat sedar, menyesal dan bertaubat, Bertekad tidak akan bertindak mengikut perasaan dan tak akan ikut dorongan bisikan syaitan lagi. Ternyata Allah masih sayangkan kita Naufal!

4-6 ½ Bulan
Ibu awak ini sekali lagi diuji ketabahan dan kesabaran oleh Tuhan. Kali ini ibu awak terpaksa berjauhan dari ayah selama tempoh ini. Bila ayah tiada, barulah ibu sedar betapa ibu perlukan dia. Memang tepat lah kata orang, bila kita kehilangan sesuatu, barulah kita tahu menghargai dan bersyukur akan sesuatu itu. Ibu hidup dengan tabah, berdiri di atas kaki sendiri dan semua perkara ibu lakukan sendiri. Ibu sangat rindukan ayah. Ketika itulah terasa kasih ibu dan ayah semakin erat dan yang retak dahulu telah pun bercantum semula, seakan tiada kecacatan di situ. Awak. Ibu nak pesan, bahawa keyakinan pada Allah jangan pernah pudar. Yakinlah! Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

7 Bulan
Ayah awak masih lagi berada di offshore. Dan masa tu jugalah ibu mengalami sakit perut yang teramat sangat sehari selepas hari Raya Haji. Untuk tempoh 24 jam, ibu tak dapat rasa sebarang gerakan awak Naufal! Di dalam perut ibu ini seolah-olah tidur pengsan sepanjang hari. Ya Allah, apa pula ujian kali ini. Ibu di kampung (Terengganu) masa itu. Tiada kereta untuk membolehkan ibu pergi klinik dengan lebih awal. Ibu cuma mampu berdoa supaya awak kembali tersedar dari tidur, bergerak dan menendang semula.

Akhirnya jam 12 tgh malam, barulah dapat pergi klinik dan staff nurse di klinik tu terus refer kes ibu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan ambulans. Selepas diperiksa dengan ultrasound, alhamdulillah imej denyutan jantung baby masih jelas kelihatan biarpun dalam keadaan yang sangat lemah. Doktor discharge ibu dengan pesanan agar, ibu awak ini tidak sesekali mencuba untuk melakukan kerja berat-berat sebab keadaan ibu yang berdarah rendah dan anemik, boleh menyebabkan awak dalam perut ini pun turut akan letih dan lemah.

8 Bulan
Sekali lagi ibu awak ini ditinggalkan ayah atas tuntutan tugas. Tetapi mujurlah ketika itu ibu sudah berada di rumah Opah awak di Gerik. Boleh lah Opah tolong tengok-tengok kan ibu. Selepas 3 hari ayah naik pelantar minyak di persisir pantai terengganu, tiba-tiba berlaku pula sesuatu yang tak dijangka. 

Ibu mengalami tanda, dan turun air dengan tiba-tiba. Rupanya Naufal ibu ni dah terlalu rindu nak bertemu ibu dan ayah! Ohh..šŸ˜­šŸ˜˜

Selamat datang sayang!

premature-baby-anak-pramatang
My little precious | The preemie Naufal | 1.8 kg | 21 January 2013



Mamy Syu : Ayah off again to offshore.. Hujung Mei Ayah balik kita buat surprise kat Ayah eaa.. ^_^
Tags

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!