Review PicoSure Laser di MyClinic Puchong

Māmy Syu
2
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review
Last weekend I had my PicoSure Laser Treatment done at MyClinic located at Puchong, Selangor. Rasa macam baru je buat rawatan Yellow Laser kat MyClinic Kota Bharu, tup tup here we are again. hehe. Cuma kali ni bukan lagi unexpected treat or surprise macam haritu, dan juga ini bukan Mother's Day treat, bukan! Kali ni memang dirancang bersama-sama oleh kami suami isteri.
Honest Review Pico Laser MyClinic
Honest Review Pico Laser MyClinic, Honest Review of Pico Laser MyClinic Are They Worth Your Time and Money
Source : Google
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review
review pico laser MyClinic
Lepas buat treatment dengan MyClinic Kelantan bulan Februari lalu, we both were impressed by the result dan disebabkan itulah mengapa kami akhirnya ke sini lagi..
review pico laser MyClinic
Suami aku kata, kalau tahu kesannya sepantas dan sebagus ini, dari awal lagi tak payah bazir duit beli produk itu ini bertahun-tahun pakai tapi berkesannya tidak. Baik simpan duit tu dan invest kat aesthetic clinic je. Lebih berbaloi katanya. Aku tak jawab apa-apa, hanya mampu tersenyum dan berkata dalam hati "Ikut suka abang la, yayang ikut je.."review pico laser MyClinic
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review
review pico laser myclinic,mamy syu buat pico sure laser di MyClinic Does the PicoSure laser really work? In conclusion, pico laser is an effective treatment for removing pigmentation, though it is not an often occasion, the pigmentation may appear darker after the treatment, but this is a normal side effect and a sign that the treatment is working.
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review

So How does PicoSure Laser Works?

how picoSure works-Bagaimana laser pico bertindak mengurangkan jeragat  Why is PicoSure so expensive? For one, the focus lens handpiece is a clinic consumable with a finite number of shots (yes, each shot fired is cost to the clinic, which is why it is very hard for clinics to sell $88 Picosure treatments).
Dengar perkataan LASER pun dah boleh bikin seram kan? haha. Tapi laser dalam estetik bukan macam laser yang macam dalam filem Terminator tu.
What to expect from Picosure laser treatment? 
Perkataan laser itu sendiri membawa definisi “Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, laser ialah alat untuk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang cahaya menjadi pancaran cahaya yang amat kuat dan tertumpu pada satu hala.
What to expect from Picosure laser treatment? 
Laser PicoSure adalah salah satu contoh no-invasive aesthetic procedure (procedure that doesn't require an incision). Ok by the way, the PicoSure laser sangat berkesan dalam merawat skin concerns such as pigmentations, age spots, freckles, sun damage, pigmented lesions, fine lines and wrinkles or acne scars and treat rough textures and enlarged-pores at the same time. 
What to expect from Picosure laser treatment? 
How the PicoSure laser is able to help pigmentations; is through the use of very fine laser beams that penetrates underneath the skin. It breaks up the melanin (pigment) that make up these discolorations, and these particles are then absorbed into the skin (immune system).
review pico laser MyClinic

PicoSure Laser vs Pico Laser

Certainly! Let me provide you with some details about the PicoSure laser dan perbezaannya dengan Pico Laser yang lain. Aku pun pada mulanya ingat semua picosecond laser adalah sama, rupa-rupanya PicoSure Laser jauh lebih advance dan banyak beza dengan Pico laser lain. Jom Mamy bariskan beberapa perbezaan antara PicoSure dengan Pico Laser.
review pico laser MyClinic
perbezaan picosure laser dengan pico laser,review pico laser MyClinic picosure laser reviews picosure laser malaysia price picosure laser malaysia picosure laser downtime picosure laser benefits picosure after 1 treatment pico laser downtime pico laser before and after 1 treatment myclinic skincare review myclinic review myclinic price review myclinic price list  How much is Pico laser treatment Malaysia?  Introducing our pico laser treatment packages, starting from RM399. This technology is safe, non-invasive and is used to treat common skin imperfections across your entire body. Results are noticeable in a few sessions with minimal downtime,In trillionths of a second, the 755nm energy creates an intense photomechanical impact, sparing the skin from high thermal damage. This results in better clearance of pigmented lesions with fewer treatments and less energy
review pico laser MyClinic
Unlike most other picosecond devices, PicoSure is the world’s first picosecond aesthetic laser that utilizes a 755nm wavelength. This wavelength naturally targets melanin (pigment) in the skin and is less absorbed in blood compared to the more common 1064nm wavelength.re
review pico laser MyClinic review pico laser MyClinic

PicoSure Laser Benefits

PicoSure is commonly used for tattoo removal, but it goes beyond that. It can also address other skin concerns, including:

    • Pigmented lesions: PicoSure targets unwanted pigmentation, such as age spots, sunspots, and melasma.
    • Skin revitalization: It helps improve overall skin tone, texture, and elasticity.
    • Acne scars: PicoSure mengurangkan penampakan parut jerawat dan parut hitam.
    • Fine lines and wrinkles: The collagen-stimulating effect helps rejuvenate the skin

Rawatan PicoSure Laser mengurangkan penggelapan kulit dengan cara memecahkan pigmen yang terkumpul dalam kulit dan meningkatkan produksi kolagen. Ini membantu memperbaiki tona kulit dan mengurangkan kemunculan bintik-bintik gelap pada wajah, termasuk melasma.
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review

Boleh ke PicoSure Laser Hilangkan Xanthelasma?

Xanthelasma adalah biji atau bintil kolesterol di sekitar mata. Mesti semua dah kenal macam mana rupa bintil kolesterol kan? Mamy sempat bertanya tentang ini kepada doktor, namun Mamy difahamkan PicoSure tidak sesuai untuk merawat masalah bintil kolesterol memandangkan PicoSure merupakan non-ablative laser.
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review
Jadi sekiranya kalian nak buat xanthelasma removal, rawatan yang disarankan adalah CO2 Laser. And yes, CO2 Laser ada ditawarkan dekat semua cawangan MyClinic seluruh Malaysia.
review pico laser MyClinic

PicoSure Laser Downtime

Susah ke penjagaan selepas rawatan pico laser ni? Okay mesti ramai yang nak tahu apa perlu buat selepas rawatan PicoSure laser ni. Okay sebenarnya selepas rawatan pico laser,  akan ada downtime tapi sekejap je. Kalau pengalaman Mamy, kemerahan dan tiny bumps hilang dalam 24jam selepas rawatan. Lepas tu dah boleh pergi kerja as usual. 
picosure laser downtime
Cuma dalam 7 hingga 14 hari, make sure sentiasa pakai sunscreen dan apply Recovery Cream yang dibekalkan oleh MyClinic sehingga habis. Elakkan terkena cahaya matahari yang terik secara terus ke muka. Waktu sinaran matahari paling tinggi UV adalah antara jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang. Elakkan berada di luar pada waktu ini, walaupun nampak mendung tapi percentage UV nya tinggi dalam tempoh ini. 
picosure laser downtime

Kenapa Pilih MyClinic Puchong?

Suami aku memang la sporting, bagi izin aku buat facial treatment, namun macam biasalah, ada satu syarat mandatori, iaitu wajib buat treatment di branch yang Doktor dan beautician nya perempuan. Untuk hari Sabtu minggu tersebut, branch Puchong dan Bangi sahaja yang available doktor perempuan. 
picosure laser reviews
Since Puchong lebih dekat dengan rumah, so kami pilih MyClinic Puchong. Kami keluar rumah jam 2.30 petang tapi tiba agak lewat, sebab tahu saja lah kan, jalan Puchong tu jem macam mana. Waktu treatment ditetapkan pada jam 4, iaitu sesi terakhir pada hari tersebut. Sengaja kami pilih slot terakhir, sebab nak elak dari terkena direct sunlight apabila selesai laser. So rawatan selesai sekitar jam 6.30 petang dan ketika itu matahari pun dah terbenam dan tak ada la risau kalau-kalau muka pedih ke panas ke, bila terkena matahari selepas buat laser. 
picosure laser reviews

Pengalaman Rawatan di MyClinic Puchong

So untuk lawatan ke MyClinic kali ini, rawatan yang dicadangkan adalah HydraFacial dan juga PicoSure laser. Last time Mamy diberikan rawatan facial dengan mesin Silk-Peel Dermalinfusion, namun kali ini, mereka cadangkan HydraFacial untuk tackle masalah kulit kering.
picosure laser malaysia price
Memang aku perasan, kulit makin kecut dan kering sepanjang bulan puasa lalu. Biasa lah, puasa kan? Badan memang kekurangan air dan kesan kekurangan air tu jelas sekali menjejaskan kelembapan kulit. Bagaimanapun katanya skin texture aku masih okay, meaning that masalah kurang air aku tak teruk sangat.
picosure laser malaysia price

Face Cleansing & Extraction

Pertama sekali bila sampai je depan kaunter MyClinic, aku disapa dan diminta nama dan nombor IC untuk sahkan temujanji. Then terus ke bilik rawatan di tingkat bawah, dan muka aku dibersihakan guna double cleansing technique, untuk remove segala makeup dan skincare dekat muka. 
picosure laser myclinic
Walaupun hari tu Mamy beri tahu mereka yang I came with bare face, tak calit apapun waima sunblock sekalipun, but they still lakukan step tersebut. Selesai cuci muka, kami ke bilik seterusnya untuk tangkap gambar wajah secara 3D. Selesai gambar diambil dari 5 sudut, beautician terus bawa Mamy ke tingkat atas untuk prosedur facial seterusnya.
picosure after 1 treatment
Dah sampai tingkat atas, Mamy diberikan  microfiber spa towel, sikat, dan juga head cover untuk dipakai. Selesai salin pakaian, facial dimulakan dengan proses extraction. 
Honest Review Picosure Laser MyClinic price review
Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review,extraction facial MyClinic
Ini lah rupa besi extractor tu. Beautician Iris buat extraction teliti dan lembut je, tak sakit. 
Honest Review Picosure Laser MyClinic price review
Lepastu, area muka yang dah selesai extraction, beautician akan letakkan wet cotton yang dibasahkan dengan antibacterial solution yang sejuk to soothe the discomfort after extractions. Tapi step ini tak semua beautician buat tau. So thumbs up to my beautician on that day, named Iris. Dapat beautician yang berdedikasi macam ni pun satu rezeki jugak kan.
Honest Review Picosure Laser MyClinic price review
Honest Review Picosure Laser MyClinic price review

Urutan Wajah dan Bahu

Part ni paling Mamy suka! Face and shoulder massage. Sebelum sesi massage dimulakan, lampu besar akan dipadamkan, dan hanya tinggal warm light yang malap sahaja.  Tapi walaupun namanya face and shoulder massage je, yang bagusnya beautician Iris ni atas inisiatif dia sendiri, dia massage leher aku hingga ke pangkal kepala juga. Dan last sekali dia squeeze 2 ke 3 kali atas puncak kepala sebagai penutup sesi massage. Serius rasa selesa sangat sampai nak tertidur. 
Honest Review Picosure Laser MyClinic myclinic price review

Rawatan HydraFacial

facial di MyClinic, Honest Review Pico Laser MyClinic myclinic price review
Honest Review Picosure Laser MyClinic myclinic price review
Honest Review Picosure Laser MyClinic myclinic price review
Next, adalah rawatan dengan menggunakan mesin HydraFacial yang menggabungkan cleansing, exfoliation, extraction, hydration, and antioxidant process dalam satu sesi terapi. Pertama, proses membersih mengunakan HydroPeel tip bersama deep cleansing solution, membersih lapisan minyak dan kotoran pada kulit. 
picosure laser before after
hydrafacial di MyClinic

Kedua, dengan menggunakan tip yang berbeza, proses gentle peel with extraction dimulakan. Solution yang digunakan adalah glycolic acid dan salicylic acid yang berkesan menyingkirkan sel kulit mati untuk kulit yang lebih bersinar. Step terakhir, antioxidant infusion. Langkah ini adalah step terakhir dalam terapi HydraFacial, di mana solution antioksida dan asid hyaluronic akan di deliver into the deep basal layer of skin untuk mempertingkatkan skin barrier dan menjadikannya sihat bermaya.
Honest Review Picosure Laser MyClinic myclinic price review
hydra facial myclini aesthetic clinic
Nampak tak Banyak gila sel kulit mati! Hasil sedutan probe HydraFacial. 
Honest Review Picosure Laser MyClinic myclinic price review

Selesai buat HydraFacial, seterusnya aku diminta untuk salin ke pakaian lengkap yang aku pakai masa datang tadi, untuk turun ke tingkat bawah. 

Rawatan PicoSure Laser di MyClinic 

Untuk laser, hanya certified doctor sahaja yang boleh mengendalikan prosedur tersebut. So Doktor Janice merupakan doktor aku pada hari ini, yang akan perform laser treatment selama lebih kurang 15 minit. Sebelum laser dimulakan, beautician mengenakan numb cream yang diratakan ke seluruh muka aku dan juga area yang bakal terlibat dengan laser. Numb cream ni perlu dibiarkan selama lebih kurang 20 minit untuk ia memberi kesan kebas.

Suasana bilik PicoSure di tingkat bawah ini bagi aku, kurang sejuk berbanding bilik rawatan tingkat atas. Dan bunyi mesin PicoSure yang agak kuat, seakan-akan bunyi kompresor dan bunyi blower angin telah menenggelamkan bunyi soothing music yang berkumandang. Tapi keadaan masih consider selesa lagi, sebab sempat aku terlena sementara menunggu 20 minit tu.

Tepat selepas 20 minit, beautician Iris datang dan membersihkan numb cream yang tinggal di muka aku. Masa dia bersihkan muka aku, aku memang terasa tebal benar muka aku. ahhaha agaknya inilah rasanya "bermuka tebal" yang dimaksudkan oleh peribahasa Melayu tu ye? Langsung tak berasa apa-apa dekat muka, sebab tu ia dikaitkan dengan seseorang yang tidak tahu malu.

proceed picosure laser di MyClinic,How long do PicoSure results last? Can Pico laser remove melasma? What is PicoSure used for? Does the Pico laser really work?

Usai cuci muka, Doktor Janice pun tiba, dan terus memulakan sesi PicoSure Laser seperti yang dijanjikan. Untuk tembak laser pun ada 3 peringkat tau. Peringkat pertama, adalah fokus pada bintik-bintik frackles sahaja. Freckle aku ada la beberapa bintik di hujung sisi bawah kedua-dua belah mata. Area ni kan sensitif, so aku agak tersentak masa Doktor tembak kat situ. Mujur la freckels aku ada 3 ke 4 bintik je, tak banyak. Rasa dia tajam menyucuk dan juga disertai rasa pijar.

Untuk peringkat kedua, adalah laser seluruh muka. Yang ini aku boleh katakan moderate to painless feeling. Dia tak rasa menyucuk macam mula-mula tadi tapi rasa macam rod besi panas dijentik manja-manja je ke seluruh muka. Boleh tahan yang ni, tak sakit.

Peringkat akhir, huuu yang paling sakit. Bunyi tembakan dia pun lebih kuat daripada tadi disusuli bau hangit-hangit sikit haha. Yang kali ini kata Doktor adalah untuk tackle penggelapan tona kulit (skin discoloration). Dari ketiga-tiga peringkat tadi, yang akhir ini rasa lebih panas, dan kilauan dia agak kuat membuatkan mata aku silau.

Cooling Mask

Selepas buat laser memang rasa tak selesa, sebab muka rasa pijar dan kepanasan. Jadi bila dipakaikan Cooling Mask ini dalam 10 ke 15 minit dapat la mengurangkan rasa tak selesa tu kerana sensasi dingin yang diberikan oleh masker tersebut.

Pantang Larang Selepas Buat Pico Laser

Dalam 24 jam pertama, kulit kita akan kemerahan, dan ada tiny bumbs, so tak boleh pakai foundation mahupun mekap lagi. Dan untuk tempoh 7 hari selepas menerima rawatan PicoSure, kita dinasihatkan untuk berada di tempat yang tak terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Elak juga kepada sebarang haba seperti sauna, mandian air panas dan juga haba dari aktiviti memasak. Jika memasak, cuba cover muka dengan mask supaya haba panas dapur tu tak terkena direct ke kulit muka.

Untuk skincare pula, kita boleh je teruskan our usual daily skincare routine, dan wajib pakai sunblock yang bacaan SPF nya tidak kurang daripada SPF30. Elakkan produk yang menghakis seperti AHA, BHA dan apa jua asid yang berfungsi sebagai exfoliator. Elakkan juga menggunakan scrub, produk mencerahkan kulit, mahupun krim jeragat selama 7 atau hingga 14 hari.

Kos Rawatan HydraFacial dan PicoSure

Untuk keseluruhan, kos rawatan hari ini adalah RM2699. Normal price untuk Hydarfacial adalah RM499 manakala PicoSure adalah RM2200. Tapi jangan risau, di MyClinic akan ada macam-macam offer yang ditawarkan from time to time, dan harga 1 sesi PicoSure boleh jatuh menjunam sehingga RM1200 bila ada promo! So kena rajin-rajinlah jenguk Facebook atau laman web MyClinic untuk mendapatkan tawaran terbaru.
picosure laser price malaysia

Why is PicoSure so Expensive?

Kalau kalian nak tahu, mesin PicoSure adalah lebih advance daripada Pico Laser biasa. Jadi penggunaan laser focus lens handpiece dia menggunakan konsep lebih kurang "pay per use" gitu lah.  Dalam erti kata lain, for each shot fired kosnya akan dicaj satu persatu kepada klinik. Itu tak termasuk lagi kos tenaga elektrik, kos tenaga mahir Doktor Pakar Estetik, serta beberapa kos servis yang terbabit. Sebab itulah it's nearly impossible for clinic to sell PicoSure treatments at RM1000 and below.
harga rawatan picosure MyClinic
Kalau adapun klinik yang menawarkan PicoSure laser pada harga RM 199++ dalam iklan, maka kalian berhati-hatilah sebab dikhuatiri terjebak dengan scam iklan, yang pada akhirnya bila kalian tiba di klinik, kalian dikepung dan didesak dengan pakej rawatan up to 5K. Hati-hati ye. Better pilih MyClinic je, awal-awal lagi mereka dah transparent soal harga rawatan. Tiada caj terselindung, tiada caj tipu-tipu, dan paling penting, tiada pendekatan mendesak dan memaksa.
harga rawatan picosure MyClinic

Apa kata Mamy?

Rawatan laser atau lebih spesifik lagi PicoSure ini banyak je ditawarkan di klinik-klinik estetik seluruh negara. Namun suasana, layanan staf, ketepatan masa dan juga keberkesanan adalah berbeza-beza bergantung kepada klinik. So apa yang membuatkan seketul Mamy Syu ini memilih MyClinic, dan bukannya klinik-klinik estetik yang lain? Jom scroll ke bawah!

  • 1. Rawatan Klinikal Selamat : Dikendalikan oleh doktor pakar estetik yang berpengalaman.
  • 2. Tempat selesa dan tenang. Bilik juga diasingkan dengan dinding, bukan hanya tirai.
  • 3. Keberkesanan terjamin dengan bantuan mesin berteknologi tinggi, hasilnya lebih effektif.
  • 4. Jaminan Result Puas Hati : Eficacy of  the 755nm PicoSure Laser terbukti paling tinggi kadar keberkesanannya dalam menghilangkan hiperpigmentasi dan tatoo. Banyak testimoni yang berjaya dapat result terbaik selain beautician dan doktor terlatih menjanjikan rawatan yang selesa, selamat dan tak sakit.
  • 5. Kualiti dan Teliti : Specifically I wanna give praise to the beautician MyClinic kerana peka dengan keselesaan client. Kerjanya juga teliti dan tak sambil lewa.
  • 6. Penerangan yang Jelas : Di setiap step, tak kira facial atau laser, the staf sentiasa mention kat kita apa yang dia buat. Contohnya, "I apply Numb Cream ya, sejuk sikit", "Sekarang I cuci ya" atau masa nak mulakan rawatan "Saya mula ye". Bagi aku penting untuk mereka mention begini sebab kebanyakan rawatan kita akan ditutup mata dengan kapas, so tidaklah kita 'lost', macam "apa pulak dia buat kat muka aku ni?".

Oh ya, lagi satu point yang Mamy paling suka. Dekat sini, mereka lakukan extraction tanpa prosedur stim. Sebab kebanyakan spa, sebelum nak extract blackhead atau whiteheads, mereka akan stimkan muka kita terlebih dahulu which is Mamy paling tak suka sebab rasa tak selesa dan lemas dengan wap tersebut. Dekat MyClinic ni, walaupun tak stim muka, still extraction dia berjalan lancar je dan paling penting tak sakit pun. Itulah beza nya kalau kita ke tempat yang mempunyai beautician yang cekap serta terlatih.
PicoSure at MyClinic
Don’t forget that…premise hygiene is a must! Especially in the latest years, lepas kena serang pandemik kita semua jadi sangat paranoid about hygiene in public places, termasuklah aku pun! But fret not! Kat MyClinic aku tengok so far, kedua-dua cawangan Kelantan dan Puchong masing-masing sangat priority kan kebersihan. 
PicoSure at MyClinic
Nenek aku kata, kalau nak uji atau sukat kebersihan sesuatu tempat, pergi lah jenguk toilet dia hahaha. Kalau bersih, wangi, berkilat, insyaAllah keseluruhan premis pun mesti bersih. ahhgittchew!
PicoSure at MyClinic

Pico Laser Before and After 1 Treatment

Feedback Mamy before and after tak dapat Mamy sertakan lagi dalam blog sebab downtime PicoSure Laser ini adalah dalam 7 hingga 14 hari. Kesan kemerahan dan tiny bumbs akan berkurangan dalam 1 hingga 3 hari. Untuk Mamy, 24 jam pun dah hilang dah kemerahan tu. Pigmentasi dan jeragat is still there, masih belum pudar, sebab ia ambil masa lebih kurang 4 hari untuk diserap oleh badan.

Nanti selepas hari ke 7, Mamy akan selitkan gambar before and after dekat artikel ini okay? Stay tuned!

.:: UPDATED ::.
19 Mei 2024
before and after picosure laser MyClinic,How long do PicoSure results last? Can Pico laser remove melasma? What is PicoSure used for? Does the Pico laser really work?


Verdict

PicoSure Laser di MyClinic. Will I come again? Of course! 

It hurts but I can still bear that 'level' of pain, jadi ya, aku sanggup datang lagi untuk sesi yang kedua untuk lenyapkan all the blemishes secara total. But if you have a low tolerance for pain, you might want to take NSAID's prior to treatment. Tapi tak tahulah adakah ia membantu korang untuk rasa less pain atau tidak? Again just to recap, the last shot of the laser was painful. Aku menahan sakit sampai gigil-gigil tangan. Tapi overall process of PicoSure laser is bearable. Tak lama pun, dalam 10 ke 15 minit sahaja.

Interested?

You can contact them via phone call or Whatsapp


MyClinic web : MyClinic.com
Puchong Branch
Operating Hour : 10 am–6:30 pm
G-23 Jalan Merbah 3,
Bandar Puchong Jaya
Tel:+603-8071 7485
WhatsApp : +60 12-322 5470



picosure laser malaysia,pico laser before and after 1 treatment,myclinic skincare review,myclinic review,myclinic price review,myclinic price list

Post a Comment

2 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Anonymous18:09

    tak tahu dosa ke buat rawatan macam ni mengubah kejadian semulajadi tuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan laser atau nama panjangnya “Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation” bukan termasuk dalam perbuatan mengubah kejadian semulajadi ciptaan Allah SWT sebagaimana yang awak dakwa.

      Memang perbuatan mengubah kejadian ciptaan Allah adalah haram di sisi syarak, namun rawatan laser ni jelas sekali tidak mengubah apa-apa ciptaan yang asal. Ia cuma bertujuan bagi merawat kulit yang kusam, berjeragat serta bergaris halus akibat kerosakan matahari untuk mengembalikan semula ia kepada warna dan keadaan kulit yang asal.

      Walaupun jeragat hilang, garis halus berkurang, namun ia bukan "kerja" laser. Ia membaik dalam 4 ke 7 hari, iaitu tindak balas atau "kerja" dari badan kita sendiri. Tembakan laser hanya "merangsang" badan kita "berkerja" memperbaiki dari dalam.

      Harap jelas. Sekiranya masih tak jelas, mungkin awak boleh rujuk mufti.
      Maaflah sebab Mamy Syu BUKAN USTAZAH, ilmu pun tak tinggi.

      Delete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!