Resipi kek gula hangus paling mudah dan sedap | Sukatan cawan
Resipi kek gula hangus paling mudah dan sedap : Guna sukatan cawan jer | Biasanya kalau Annur cari resepi kek, mesti Annur akan pilih resepi yang mudah macam yang menggunakan sukatan cawan je untuk menghasilkannya. Dah menjadi lumrah manusia kalau nak makan mesti nak sedap! Tapi bila nak memasaknya, kalau boleh semua nak senang je. So, mari kita tengok macam mana nak buat kek gula hangus ni kalau sukat pakai cawan ni.
![]() |
Kek gula hangus. Ada sesetengah tempat, ia dipanggil kek sarang semut. |
Sekarang ni memang cukup mudah isteri-isteri nak memasak di rumah tau! Nak masak masakan tradisional macam kek gula hangus ni pun kita boleh gugel je.

Menarik! Baca ini juga : Resepi Asli Biskut Semperit Tradisi | Resepi Orang Lama Tanpa Dimodenkan
Tapi pengalaman Annur sendiri, resipi gugel ni kadang tak boleh percaya sangat. Ada yang main tepek je resepi kat blog, tapi dia sendiri tak pernah cuba buat pun!
And mungkin meminati ini : Cuba 5 Resepi Bento Mudah dan Menarik ini! Ada yang Annur pernah jumpa diorang suruh letak tepung ubi pun.


Kononnya nak bagi kek lebih kenyal dan gedik-gedik katanya..adoi. Akhirnya kita yang mengikut resepi dia pun, sama-sama tergedik jugak jadinya. Membazir bahan, tenaga dan masa jer!
Resipi kek gula hangus
So, ini resepi dari Mama Annur. Resepi orang lama ni, tak boleh nak elak. Memang akan ada pesanan dan pantang larang nya. Jom tengok apa bahan-bahan nya.
Bahan untuk karamel / gula hagus
1 cawan gula pasir
3 sudu mentega
1 cawan air mendidih
Cara-cara
1. Cairkan mentega di dalam periuk, kemudian masukkan gula.
2. Dengan api sederhana kecil, hanguskan gula hingga keperang-perangan.
3. Kalau aku, aku sukakan rasa karamel yang agak pahit-pahit sikit, so akau akan
hanguskan "lebih" sikit dari biasa.
4. Bila dah perang, terus tuang air panas mendidih ke dalam gula hangus tadi.
5. Kacau supaya semua gula yang berkerak tadi tu menjadi rata dan larut.
6. Padamkan api. Biarkan gula hangus atau karamel korang sejuk.
Bahan-bahan untuk membuat kek
4 biji telur ayam gred B
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara:
1. Pukul telur dengan hand wisk
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
3. Ayakkan tepung berserta soda bikarbonat ke dalam adunan, masukkan secara sedikit demi sedikit
4. Tepung dan gula hangus dimasukkan berselang-seli semasa mengadun.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bila adunan dah nampak sebati.
6. Jangan risau kalau adunan nampak cair. Sememang nya begitulah kejadiannya.
7. Rehatkan adunan di dalam loyang tadi selama 1 hingga 2 jam.
Tips:Tujuan adunan direhatkan sebegitu lama adalah untuk membenarkan soda bikarbonat untuk bertindak menghasilkan gelembung-gelembung udara.Dalam menghasilkan kek gula hangus, paling penting, jangan terlebih pukul. Korang tak mungkin nak kek gula hangus korang jadi kek dua lapisan kan? Dimana lapisan atasnya tekstur macam kek span, dan kek sarang semut di lapisan bawahnya.. Taknak kan? So, pukul sekadar nak sebatikan semua bahan jer okey?
8. Akhir sekali, panaskan oven pada suhu 170°C selama 10 minit.
9. Lpeas 10 minit, masukkan adunan ke dalam oven, selama 1 jam menggunakan api bawah.
10. Tinggal 10 minit terakhir, ubah mode kepada api atas bawah.
11. Sejukkan kek dahulu sebelum dipotong.

Annur : Sebenarnya blog aku bukan lah blog resipi, tapi resipi-resipi turun temurun dari Ma, macam resipi daging masak hitam, rendang pedas ori, kuih sekaya telur dan kek gula hangus ni, aku mesti share sebab takut kalau buku resipi aku hilang, aku masih ada back up kat blog ni.
resepi sarang semut - mudah buat kek - cara buat kek - resipi kek sarang - rahsia kek-gula-hangus, kek karamel gula hangus orang dulu, kue sarang semut, resep kue gula hangus, petua kek, resepi mudah, cara buat kek bersarang, bersarang elok kek tu, kek bersarang berlubang, kek sarang semut, rahasia buat kek sarang semut paling bersarang, macam mana ye nak buat kek bersarang semut? sarang semut sedap ke?
resepi sarang semut - mudah buat kek - cara buat kek - resipi kek sarang - rahsia kek-gula-hangus, kek karamel gula hangus orang dulu, kue sarang semut, resep kue gula hangus, petua kek, resepi mudah, cara buat kek bersarang, bersarang elok kek tu, kek bersarang berlubang, kek sarang semut, rahasia buat kek sarang semut paling bersarang, macam mana ye nak buat kek bersarang semut? sarang semut sedap ke?
Cantinya kejadian. Tq share resepi boleh miza cuba nanti
ReplyDeleteKalo ikut tios orang lama..isnyaallah menjadi je miza 😉
Deletewah....berlubang2 sarang dia...menjadi betul ni...bolehla cuba resepi ni nanti
ReplyDeleteTq kaklina sudi singgah. Cuba la..sedap tau.
DeleteAlahai lazatnye nampak
ReplyDeleteBetul lazat mama. Anak AS makan laju-laju sampai tercekik..sedap katanya
Deletecantiknya akak.. mmg jadi sarang tu..kalau busyra try agak2 menjadi tak ni.. hehe. nnti nak try lah.
ReplyDeleteJadi nye busyra..insyaAllah, as long as ikut tips, supaya jangan terlebih pukul
DeleteCantik kejadiannya tu Annur....bersarang sarang. Bolehlah copy resepinya.
ReplyDeleteNi kek faveret suami hakak ni. Bini dia tak taulah bila nak buatnya hihi... Hakak pernah try jugaklah buat kek ni suatu masa dulu. Lama dah tak buat.
Yang malasnya buat kek ni kena tunggu ek, tak boleh bakar terus.
Hihi kan..perasan jugak. Boleh dikatakan semua makanan yg evergreen macam kek gula hangus ni,semua nya agak renyah pembuatannya.. Tapi sedap kan! ^_^
DeleteSalam.sis....
ReplyDeleteleh kukus x kek ni?
kalu nak kukus berapa lama ye sis
Waalaikumuslm..
DeleteBoleh. Kalau nak kukus, rebus air dalam pemgukus sampai mendidih, pastu baru masukkan kek. Kukus selama sejam..
Sedapnya! Mengiurkan sungguh^^ bahan2 pun okay takdalah terlalu banyak
ReplyDeleteAah..bahan nye simple je.
DeleteSedap
ReplyDeleteTq resepi sya buat memng jd..elok sangt bersarang..cme sya tambah baking powder
ReplyDeleteWahh..best kan kalau kita buat menjadi.
DeleteAah..ramai yang tanya resepi Annur ni kenapa tak tambah baking powder.
Hihi..jawapannya, Annur just ikut bulat-bulat resipi kek sarang semut yang mak ajar.
Trma kasih admin.
ReplyDeleteMenjadi molek kek sarang semut ikut resepi ni
Bole x tukar kan susu pekat manis tu kpd susu cair/susu segar?
ReplyDeleteAnnur tak pernah cuba tukarkan susu pekat kepada susu cair. Tapi, kalau tukar, rasanya mungkin kek akan jadi kurang manis dan rasa pahit karamel tu jadi "kuat".
Deletetertarik dgn resepi annur ni...sy share ye...nk try buat nnt ��
ReplyDeletemane lebih menarik kukus ataw bakar?
Silakan share kalau bermanfaat ^_^
DeletePersonally annur suka yang bakar. Bila kukus, dia macam padat sangat. Tak jadi kenyal macam bakar.
Wahh..elok sgt bersarang..
ReplyDeleteNak tanya, masa nk rehatkan adunan & bakar dlm oven, perlu tutup/cover tak adunan tersebut?
Dear,
DeleteAnnur rehatkan dia dalam oven je. Dah tuang adunan kek gula hangus tu ke dalam loyang, kemudian Annur masukkan ke dalam oven yang belum di switch on.
Hehe..itu cara orang malas macam Annur. Tal bertudung pun loyang tu semasa direhatkan.
Terima kasih share resepi..sy bake 170° tp hangus. Bentuk jadi. Sayang xboleh makan..
ReplyDeleteOhh~ sayang nya.
DeleteBergantung pada jenis oven juga sebenarnya.
Atau mungkin loyang yang digunakan terlalu besar, menyebabkan kek terlalu nipis dan mudah hangus.
Akak suka mkn kek ni, tapi x pernah buat sendiri. Kalau tengok resepi, mcm blh buat sendiri ni. Hihihi...wish me luck1 :D
ReplyDeleteAssalamualaikum.. tq sis berkongsi resepi. Sya da cuba resepi sis. Menjadi. Sedap n mmg bersarang mcm gambar kek sis. Mohon halalkn resepi ye. 😘
ReplyDeletefeberet ni...boleh cuba nanti...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/
ReplyDeleteTq share..mmg resepi plg win..
ReplyDeletesy dah berkali2 buat guna resioi ainnur ni... mmg memjadi,elok bersarang dan sedap.resipi terbaik dari ainnur.trma kasih bnyak ye bg il
ReplyDeletesy dah berkali2 buat guna resioi ainnur ni... mmg memjadi,elok bersarang dan sedap.resipi terbaik dari ainnur.trma kasih bnyak ye bg il
ReplyDeleteSis,kalau lps perap 2 3 jam tu masa nk bakar kena kacau balik tk adunannya?
ReplyDeleteHye Che Farah.
DeleteLepas perap, terus bakar. Tak perlu diaduk atau dikacau semula tau