30 resepi makanan dalam pantang bersalin normal dan ceasarean

Assalamualaikum.
 senarai makanan berpantang czer yang sesuai
Bagi yang sedang mencari apakah menu resepi dalam pantang bersalin yang mudah dimasak serta sedap berikut mamy ada senaraikan koleksi resepi makanan dalam pantang cukup untuk 44 hari tempoh berpantang.
senarai makanan berpantang czer
Oh ya! Di kesempatan ini Syu nak mengucapkan  tahniah atas kehadiran khalifah kecil yang baru! 
menu bersalin pembedahan czer
Di dalam keterujaan  menyambut bayi baru, harus diingat ibu masih dalam pantang harus jaga pemakanan dengan baik. 
Makanan Berpantang Czer
Pengambilan makanan yang salah akan mendatangkan mudarat seperti susu badan berkurangan, tubuh terasa berat dan sakit-sakit, kekurangan darah (hb low) dan lesu.
Tips Pemakanan Semasa Pantang untuk Ibu Bersalin Caesarean
Baca lagi :Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah 
resepi makanan dalam pantang bersalin pembedahan
Pernah tak terfikir  ‘asyik lauk yang sama je. Ikan panggag je hari-hari, mana nak dapat zat.. mana nak keluar susu ibu?
menu pantang czer
Di sini ada 30 senarai resepi menu berpantang yang mudah buat momies dan sebagai panduan untuk suami dalam menyediakan masakan berpantang untuk mommies. 
 ikan untuk orang berpantang pembedahan
Resepi ini sesuai buat mommies yang bersalin normal ataupun melalui pembedahan ceasarean. Ingat, mommies yang ceasar mesti elakkan lada hitam! Sebaliknya gunakan halia dan bawang putih untuk membuang angin dalam badan.
kuih untuk orang berpantang czer
menu pantang czer

Pengalaman Mamy Syu Berpantang Czer

Proses pemulihan ibu bersalin czer bergantung kepada beberapa faktor dan salah satu daripada nya adalah diet dan pengambilan nutrisi yang optimum.
 menu sarapan pagi untuk ibu berpantang
Dari pengalaman Syu, berpantang czer memang berbeza dengan bersalin normal. Syu pernah rasa perut seperti dihiris-hiris dari dalam bila Syu menjamah nasi gaul lada hitam dan garam. Pedih dan panas pijar, hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya.
Menu Orang Berpantang 44 Hari
Ibu berpantang yang bersalin czer ni ada makanan yang boleh diambil dan ada makanan yang kena elak. 
 Lauk Pantang Mengikut cara pantang orang lama
Ibu yang baru bersalin penting untuk memahami bahawa menu berpantang selepas czer yang baik dapat merangsang proses pemulihan berlaku dengan kadar yang lebih singkat tanpa menyebabkan komplikasi seperti luka pembedahan terbuka, gatal-gatal serta berair.
menu pantang czer
resepi makanan dalam pantang bersalin normal dan ceasarean

Tips Pemakanan Semasa Pantang untuk Ibu Bersalin Caesarean

Beberapa perkara perlu suami ambil kira sebelum kalian memberikan makanan kepada isteri kalian yang bersalin czer. 

Mommy yang melalui prosedur pembedahan ceasarean cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem gastro-usus mereka. Lepas sedar dari bius, isteri kalian mungkin muntah dan tiada selera makan. 
menu pantang czer
For the time being, sebagai suami, kalian boleh bantu isteri minum air masak secukupnya, bagi melancarkan penghadaman, melancarkan susu badan serta untuk mengelakkan daripada berlakunya sembelit.
menu pantang czer
Penting untuk isteri kalian kekal terhidrat, kerana selepas pembedahan, rahim agak lambat untuk kecut semula. Tak seperti bersalin normal. So kena make sure menu berpantang mereka juga menyokong penghasilan susu badan.
menu pantang czer
menu pantang czer
Selepas tu barulah boleh berganjak ke step yang seterusnya, untuk menyediakan menu dalam pantang buat isteri.
menu pantang czer
Rujuk 30 resepi berpantang yang mudah berikut:
menu pantang czer

Menu Berpantang 1: STEAM IKAN

menu pantang czer, resipi-berpantang-mudah-pantang-bersalin-czer, tempoh luka bersalin pembedahan sembuh pengalaman berpantang czer suplemen untuk luka pembedahan bertungku untuk bersalin pembedahan,cara kecutkan rahim selepas bersalin caesar,resepi berpantang 44 hari,resepi sayur dalam pantang,resepi ikan bilis dalam pantang batang saderi untuk ibu berpantang,orang pantang boleh makan rendang,kuih muih untuk orang berpantang



Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


Menu Berpantang 2 : SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.

Resipi Masakan Berpantang 3 : SUP IKAN

menu pantang czer, sup ikan menu berpantang mudah untuk suami sediakan sup ikan haruan mudah tak hanyir,resepi dalam pantang sedap,resipi-berpantang-mudah-pantang-bersalin-czer, tempoh luka bersalin pembedahan sembuh pengalaman berpantang czer suplemen untuk luka pembedahan bertungku untuk bersalin pembedahan,cara kecutkan rahim selepas bersalin caesar,resepi berpantang 44 hari,resepi sayur dalam pantang,resepi ikan bilis dalam pantang batang saderi untuk ibu berpantang,orang pantang boleh makan rendang,kuih muih untuk orang berpantang
sumber: danita.com.my
Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (optional)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk) [Banyak ke? Ni elok untuk menghalau angin]
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
senarai ikan untuk pantang czer,ikan percik pantang,boleh ke makan kfc ketika berpantang

Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
kui muih ibu berpantang


Baca juga : 5 Tips Merawat dan Menenangkan Bayi Kembung (Colic)



Resepi Berpantang 4 : IKAN TENGGIRI GORENG HALIA


Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.

Menu Pantang 5 : IKAN TENGGIRI MASAK ASAM


Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


Menu berpantang 6 : SUP IKAN TENGGIRI


Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.
resepi dalam pantang bonda rozita lauk pantang delivery, sayur dalam pantang,resepi ikan bilis lada hitam,menu makanan berpantang caesar,ikan untuk ibu berpantang,senarai makanan dalam pantang,kuih muih untuk orang berpantang

Menu 7 : IKAN HARUAN GORENG REMPAH

(Ikan haruan baik untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka episiotomi)
menu pantang czer
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak
menu pantang czer
Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.
menu pantang czer

Baca juga : Tips penjagaan luka selepas bersalin (Luka Episiotomi)

menu pantang czer

Menu 8 : IKAN HARUAN KUKUS


Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
menu pantang czer

Menu dalam Pantang 9 : SUP IKAN HARUAN

menu pantang czer
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


10 : IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH BERLADA


Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.

Menu 11 : IKAN GELAMA MASAK ASAM


Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


12 : IKAN BAWAL KUKUS HALIA


Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


13 : IKAN PANGGANG BERKARI

(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau kerapu)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit 

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


14 : IKAN PANGGANG HALIA MUDA


Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
menu pantang czer
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
menu pantang czer
Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.
menu pantang czer

15 : IKAN PINDANG

(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.

16 : IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

menu pantang czer
Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa
menu pantang czer
Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


17 : IKAN BILIS BERKUNYIT

menu pantang czer
Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.

18 : IKAN BILIS DAUN KARI

menu pantang czer
Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya

1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.



19 : RESEPI DAGING HALIA ORANG BERPANTANG


Bahannya:

300 gm daging (dihiris) (seeloknya guna bahagian daging yang tak berlemak atau boleh ganti dengan hati ayam jika suka)
1 1/2 inci halia (dihiris)
1 inci kunyit (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak

Caranya:

1. Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu.
2. Bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. Biarkan air kering.
3. Tuangkan minyak, kacau daging rata2.
4. Masukkan kicap, sos lada hitam dan lada hitam. kacau rata.
5. Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam.
6. Goreng sampai bawang besar layu. Siap utk dimakan.

20 : RESEPI KERABU PEGAGA


menu pantang czer,resepi-Kerabu-Pegaga-Untuk-Ibu-berpantang,ikan untuk pantang czer ikan percik pantang makan kfc ketika berpantang,makanan untuk orang berpantang pembedahan,jadual berpantang czer,menu sarapan pagi untuk ibu berpantang,tempoh pantang bersalin czer

a) Kerabu ulam pegaga - masak

Bahannya :

Pegaga di hiris halus
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1/2 inci halia ditumbuk
Segengam kelapa parut (isi putih)
Ikan kembung - Rebus dan ambil isi
Air asam jawa

Caranya:
1. Goreng bahan yg ditumbuk.
2. Masukkan isi ikan, kelapa, garam & sedikit air asam jawa.
3. Apabila sudah sebati, masukkan pegaga & terus angkat.
4. Jangan biar  terlalu lama dia atas api nanti zatnya hilang.


b) Kerabu ulam pegaga - tanpa digoreng

Bahan-bahannya:
6 – 10 cekak daun pegaga – dihiris kasar
5 cm halia muda - di hiris
5 cm kunyit - di hiris
6 ulas bawang merah – di hiris
1 sudu besar lada hitam
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
2. Gaul sehingga sebati.

21: RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan-bahan :
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan-bahan yang Dihiris
30gm halia
3 biji bawang merah

Cara-cara :
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

22: SINGGANG IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan :
ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih - dimayang
7 ulas cili api (makanan pedas tidak sesuai buat penyembuhan luka bersalin)
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masakkan hingga kuah mendidih.
4. Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas.

23: SAMBAL KUNYIT IKAN BILIS

Bahan-bahan :
50 gm ikan bilis (digoreng)
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya

Cara Penyediaan :
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.



24: SERUNDING HALIA

Bahan-bahan :
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis - goreng
Bawang putih - goreng

Cara masak:
1) Sagat halia dan perah/tapis airnye
2) Goreng halia yg disagat tadi dgn api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng,toskan minyak
3) Campurkan halia goreng,ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam
4) Gaul sebati dan simpan dlm bekas.

25: IKAN BILIS MASAK ASAM

Bahan-bahan :
1 mangkuk ikan bilis
1/2 mangkuk hirisan potato
*bawang putih,bawang merah dan bawang besar sikit
Air asam jawa sikit
menu pantang czer
Cara-cara :
1. Hiris bahan yg bertanda * .
2. Goreng ikan bilis and potato tu kemudian ketepikan.
3. Guna minyak yang sikit, tumis semua bahan bertanda *,
4. Then dah layur, masukkan ikan bilis dan potato yang dah digoreng tadi.
5. Dah sebati semua, masukkan air asam jawa. 6. Tumis hingga sebati, perasakan dgn garam & lada hitam.


26: AYAM KUKUS CENDAWAN HITAM

menu pantang czer
Resepi asal : Facebook
Bahan-bahan :
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk A :
20gm halia
4 ulas bawang putih

Bahan-bahan ditumbuk B :
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara-cara :
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka,masukkan cendawan hitam dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit.

*PROTEIN dari ayam kampung/organik amat baik untuk pemulihan tenaga dan penyembuhan luka. Masyarakat tionghwa akan menghabiskan hidangan seekor ayam tanpa nasi semasa dalam pantang.


27: AYAM MASAK BIJAN

Resepi asal : Facebook
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
2 ketul daging ayam
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
Bijan goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia tua dihiris

Cara-cara :
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.


28: AYAM MASAK KERING

menu pantang czer
Bahan-bahan :
200 ml air
2 ketul daging ayam
5 helai daun pegaga
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dihiris :
30gm halia
3 biji bawang merah

Cara-cara :
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.


29: IKAN MASAK PINDANG

menu pantang czer
Bahan-bahan :
2 keping ikan merah
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan yang ditumbuk :
10gm kunyit
10-15 biji lada hitam

Bahan-bahan yang dihiris :
30gm halia
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara-cara :
1) Masukkan kesemua bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
2) Didihkan di atas api perlahan.
3) Masukkan ikan dan didihkan lagi hingga masak.

* Lebih banyak halia dan bawang putih,lagi bagus untuk pembuangan angin


Menu berpantang 30: AYAM PANGGANG LEMON BERHERBA


Bahan-bahan :
Ayam bahagian dada (potong butterfly-nipiskan dan bentang jd besar)
minyak zaitun
Bawang putih - kisar/tumbuk/cincang halus
Kulit lemon - shredded (anggaran 1 sudu kecil)
*Rosemary (fresh) 1sudu
*Thyme (fresh) 1 sudu
(*kalau tak dapat yg fresh, guna yang kering pun boleh)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara buat:
1. masukkan ayam dalam zipper bag (plastik biasa pun ok)
2. untuk bahan perapan, campurkan minyak zaitun, bawang putih, kulit lemon, rosemary, thyme, garam & black pepper. sebatikan dan tuang dalam zipper bag yang ada ayam tadi.
3. perap dalam peti sejuk selama lebih kurang 2-4 jam.
4. untuk gril, drain ayam tadi dari perapan. kemudian gunakan pan grill untuk memanggang dalam lebih kurang 15-20 minit sehingga ayam betul-betul masak.

Lauk berpantang instant sedia dimakan

31: Serunding Halia Ikan Bilis [Beli di Shopee]
32: Serunding Ikan Salmon [Beli di Shopee]
33: Serunding Haruan + Lempoyang [Beli di Shopee]
34: Serunding Halia + Lempoyang [Beli di Shopee]

Snek / Kudapan untuk ibu berpantang 

35: Bawang Putih Crunchy [Beli di Shopee]
36: Lobak Putih Crispy (milkbooster) [Beli di Shopee]
37: Peria Goreng Crispy [Beli di Shopee]
38: Kerepek Ulam Kaduk [Beli di Shopee]
39: Pegaga Crunchies [Beli di Shopee]
40: Garlic Flakes [Beli di Shopee]: 
41: Lactation Cookies [Beli di Shopee]
42: Kurma Merah [Beli di Shopee]
43: Susu Badam Segar [Beli di Shopee]
44: Kerepek Bayam Brazil [Beli di Shopee]

Mamy Syu: Menu dalam pantang sememangnya sedap dan menyelerakan. So nikmati lah ia dengan penuh syukur dan gembira. Sertai channel Telegram Resepi Viral & Info ibu hamil & baby untuk bermacam lagi resepi dan tips. Selamat berpantang! 


resepi dalam pantang bonda rozita,lauk pantang delivery,sayur dalam pantang,resepi ikan bilis lada hitam,menu makanan berpantang caesar,ikan untuk ibu berpantang,senarai makanan dalam pantang,kuih muih untuk orang berpantang,

Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. sedapnya tengok.
    senang pulak tu. hari-hari biasa pun boleh buat kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..mudah dan simple je kan. Siapa kata ibu berpantang kena makan nasi kosong dengan ikan panggang je kan

      Padam
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang

    BalasPadam
  3. Terima kasih Pn kerana berkongsi resepi ini ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Moga ianya bermanfaat buat semua ^_^

      Padam
  4. Mohon izin untuk share di fb ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh takde masalah. Lagi dipanjang-panjangkan , lagi bermanfaat kan.
      Cuma mohon letakkan credit link kepada artikel asal ye. Tenkiu 😉

      Padam
  5. Resepi berpantang yang menarik dan mudah disediakan. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..moga bermanfaat buat sesiapa yang berhajat

      Padam
  6. Tanpa Nama17:33

    Dalam pantang boleh pulak makan santan ..
    Kn berangin n sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  7. Tanpa Nama17:33

    Dalam pantang boleh pulak makan santan ..
    Kn berangin n sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tau kalau sy kata itu hanya stigma masyarakat lama.

      fakta: santan kelapa merupakan sumber asid lemak yang terbaik. juga tinggi dalam fosforus dan iron. waima dalam set berpantang sekarang ini pun bukan hanya jamu dan rempah, malah turut ada minyak kelapa asli (vco) yang perlu diminum 2 sudu setiap pagi ketika perut kosong.

      Ia dapat membantu sistem imun, menguatkan tulang dan meningkatkan paras kolestrol baik dlm darah.

      Padam
  8. Puan A.S. mohon izin nak copy paste ke facebook sya nak buat rujukan nak masak lauk wife..tq

    BalasPadam
  9. Puan A.S. mohon izin nak copy paste ke facebook sya nak buat rujukan nak masak lauk wife..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tapi mohon sertakan sekali link ke artikel ni ye

      Padam
  10. Tanpa Nama00:10

    Tumpang tanya kenapa ya tak boleh makan lada hitam kalau bersalin bedah? Bukan ke lada hitam bagus untk panaskan badan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melalui pengalaman AS sendiri yang pernah bersalin bedah. Bila makan lada hitam, rasa macam nak menggelupur. Tak tahan rasa pedih dan panas dalam perut. Mak bidan pun tak bagi makan lada atau pape yang pedas kalau beranak dengan cara pembedahan. Terpulang pada badan masing2. Kalau makan, tak jadi pape, then okey la.

      Padam
  11. Tanpa Nama00:11

    Tumpang tanya kenapa ya tak boleh makan lada hitam kalau bersalin bedah? Bukan ke lada hitam bagus untk panaskan badan

    BalasPadam
    Balasan
    1. lada hitam sifatnya panas. Mengikut pengalaman saya, mengambil makanan mengandungi lada hitam selepas pembedahan sangat tidak selesa pada perut.

      mungkin boleh cuba sedikit dulu, dan kalau badan cik ok saja & tiada masalah, boleh la teruskan menu yg mempunyai lada hitam

      Padam
  12. Orang pantang Ni,boleh makan ikan ape ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.
      Kalau ikut pada Opah saya, pilih ikan yang bersisik. InsyaAllah ok dan tak berbisa.
      Contohnya ikan kerisi atau ikan merah.
      Ikan tak bersisik pulak contohnya macam ikan keli.

      Padam
  13. Kalau camni punya resepi tak bosanlah time pantang.. thankz tau share resepi ni, boleh kunjung blog ni lainkali next pantang.. 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul hehe..bagaimanapun kena sukat diri sendiri. Lain badan lain reaksi dan tindak balasnya terhadap sesuatu makanan

      Padam
  14. Tkasih sgt2 ... Acik ni xde pengalaman bedah bersalin jd sampi mnantu bedah plak jd ngeri sikit la n mmg kne bnyk bljar terutamanya mknan yg boleh or xboleh dimkn .tqsm bye

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah syukur sangat kalau penulisan saya memberikan manfaat kepada masyarakat. Terima kasih sudah singgah ke blog saya

      Padam
  15. boleh tak puan senaraikan ikan berpantang czer sebab orang kata bersalin czer ni lain sikit makanan dia daripada bersalin normal

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama01:58

    mak mertua saya apa yang boleh dimakan untuk anak nye..dijadikan tak boleh..dan apa yang tak boleh dijadikan boleh makan..akhir nye masuk hospital isteri saya…mak mertua no 116 katanye..dengan anak2 saya sekali masuk hospital..sebab menyusu badan kan..apa2 pun tq info cara berpantang..sangt logik dan bermafaat..

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y