penawar sakit belakang-biobax

Resipi Serbuk Perisa Ikan Bilis Homemade

2:41 PM
Resipi Serbuk Perisa Ikan Bilis Homemade | Walaupun kita mempunyai masa yang terhad kerana kerjaya, namun penting bagi setiap ibu berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan makanan awal anak-anak dari rumah yang bebas dari additive makanan seperti pengawet, perisa dan pewarna. Cara nak buat serbuk perisa ikan bilis homemade ni pun bukannya payah. Jom tengok resipinya.

serbuk-ikan-bilis-homemade


SERBUK IKAN BILIS HOMEMADE

Bahannya cuma:
200gram ikan bilis putih gred AA atau ikan bilis pangkor. (RM 65/kg)

Annur menggunakan bilis high quality dari Pangkor ~ Bilis yang berkualiti tinggi
 kandungan garamnya adalah lebih rendah berbanding bilis biasa.

Cara caranya :
1. Basuh ikan bilis tanpa kepala dan tulang.
2. Jemur bawah matahari hingga kering.
3. Setelah kering, goreng sangai (goreng tanpa minyak) ikan tersebut sampai garing.
4. Ikan yang garing tadi di kisar dengan grinder hingga menjadi serbuk.
5. Ayak serbuk bilis yang telah siap. Dan simpan dalam bekas kedap udara.

cara-sediakan-serbuk-pati-ikan-bilis-homemade-untuk-bayi
Ikan bilis ni nampak bersih dan putih sangat.

Serbuk bilis ni bolehlah dijadikan sebagai bahan perisa dalam bubur nasi baby. 100% bebas MSG/bahan kimia/pengawet. Tahan 6 bulan pada suhu bilik, dan 1 tahun dalam peti sejuk. (bahagian chiller)

Serbuk pati ikan bilis ni boleh digunakan sebagai pengganti garam. Garam kan tak boleh letak dalam makanan bayi kan? So gantilah dengan serbuk bilis, ada juga rasa masin-masin manje gitu.. Ha? Siapa cakap makanan bayi seharusnya tak sedap dan plain je? Yang ni, ibunya pon tumpang sekaki makan bubur nasi, hahaha macam mana lah badan ibu tak tembun sama ngan anak!? haha

Bubur nasi Naufal sedap woo! Tak caya, tengok Naufal tu ha, sampai sepenuh-penuh mulut makan nasi. bhahaha  ^_^
resipi nasi bubur bayi

Baca juga: 

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.