penawar sakit belakang-biobax

Cara menyediakan puri sebagai makanan pertama bayi

Cara menyediakan puri sebagai makanan pertama bayi | Puri adalah salah satu bentuk makanan yang sesuai bagi bayi yang baru belajar menerima makanan selain susu. Penyediaan puri bukan sahaja mudah, malah dapat menjimatkan masa kerana ia boleh dibekukan dan disimpan maksima 3 bulan. Lega lah hati mommies yang berkerjaya kan?!


Cara menyediakan puri sebagai makanan pertama bayi

Mari kita lihat beberapa contoh puree yang Annur sediakan

Makanan pejal pertama bagi bayi 6-7 bulan

Puree pear atau buah lai

Anggaran tempoh penyediaan : 15 minit

  • 1. Basuh buah pear dan buang kulit dan bijinya
  • 2. Rebus buah pear yang telah dipotong dadu
  • 3. Setelah sejuk, kisar bersama susu ibu sehingga lumat.

Nota: Tahukah anda bahawa buah pear mengandungi lebih serat berbanding epal dan pisang?
Ya!  Setiap 100g buah pear mengandungi 4.8g serat.


Puree keledek atau sweet potato

Anggaran tempoh penyediaan : 15 minit

  • 1. Ambil sebiji keledek bersaiz kecil dan buangkan kulitnya.
  • 2. Kemudian, cuci bersih dan ptong dadu
  • 3. Rebus keledek sehingga empuk
  • 4. Toskan airnya dan biarkan sebentar sehingga suam
  • 5. Kisar sehingga halus bersama 1/2 cawan susu ibu

Nota: Keldek bukan sahaja kaya dengan vitamin B, C dan E, malah juga mengandungi banyak zat mineral, beta karotene, protein serta kanji.


Puree Pisang

Anggaran tempoh penyediaan : 5 minit

Pisang yang boleh digunakan
-Berangan
-Lestari
-Cavendish

  • 1. Ambil sebiji pisang yang sudah ranum
  • 2. Potong buah kecil-kecil
  • 3. Kisar halus bersama sebiji kurma madu dan susu

Nota: Pisang adalah bebas lemak, rendah kandungan garam dan kaya vitamin serta kalium


Puree Apple

Anggaran tempoh penyediaan : 15 minit

  • 1. Kupas epal dan buang bijinya
  • 2. Cuci bersih dan dicincang
  • 3. Rebus sehingga empuk dan toskan airnya. Biarkan sejuk
  • 4. Kisar bersama air masak atau susu ibu.

Nota: Epal sangat kaya dengan serat, antioksidan seperti flavoroid, beta karotene dan fitokimia.


Puree Lobak Merah

Anggaran tempoh penyediaan : 20 minit

  • 1. Bersihkan lobak dan kupas kulitnya
  • 2. Kemudian potong lobak merah tersebut menjadi kecil
  • 3. Rebuskan lobak merah sehingga empuk, toskan air dan biarkan sejuk
  • 4. Kisar sehingga halus dengan air masak atau susu ibu.

Nota: Carrot sangat tinggi kandungan beta karotene, vit B dan C, kalsium, pottasium. Ia juga bagus untuk menguatkan sistem pertahanan badan dan menggalakkan pertumbuhan sek-sel baru.



Puree Potato


Anggaran tempoh penyediaan : 20 minit

  • 1. Ambil seiji ubi kentang bersaiz sederhana dan kupas kulitnya
  • 2. Cuci bersih kentang dan potong dadu
  • 3. Rebus kentang hingga lembut, angkat dan toskan air.
  • 4. Setelah sejuk, kisar kentang bersama homemade atau susu


Nota; Kentang kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karbohidrat dan serat



 Annur: Selamat mencuba mommies! (^_^)

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.