Resipi Bubur Nasi Vege Creme' untuk Si Manja

Tajuk resipi kemain western kau! bhahaha. Resepi aku, suka hati aku lah kan nak letak nama apa kan? Annur memang suka mempelbagaikan menu Naufal. Yelah, my little precious kan lahir pun tak cukup bulan.. Berat badan pun tak cukup jugak la kan. Jadi Annur sebagai ibu kena la buat study sikit tentang pemakanan bayi.

Dalam pembacaan Annur, bila bagi makan pada bayi yang baru masuk 6 bulan.., kena kekalkan 1 jenis menu untuk 4 hari, then baru boleh tukar menu lain. Ini penting bagi pembentukan deria rasa dan memberi peluang untuk ususnya menyesuaikan diri. ^_^

Kalau hari ni start makan lobak merah + nasi, kekalkan sehingga hari ke-4, sebelum menukar kepada brokoli + nasi. ( ingat, ini untuk bayi 6 bulan) Mak, bagi la chance lidah diorang berkenal-kenalan dengan lobak merah dulu..dah kenal dan dah cinta, barulah mak beralih kepada brokoli. hahaha gila tak setiakawan bunyik nya!

Jadi, bayi yang 8+ bulan? Ha bayi 8 bulan keatas boleh la mix up 2-3 jenis makanan dalam satu hidangan. Macam resipi kat bawah ni.. Enjoy! ^_^


BUBUR NASI CREME

BAHAN
-Segenggam beras wangi
-Seinci karot
-Sepotong betik
-Seruas ibu jari broccoli
-Sesudu serbuk bilis homemade
*atau boleh tukar dengan 1 kiub stok ikan (air rebusan ikan kembung yg di sejuk beku dlm bentuk kiub ais)*
-¾ kepingan keju
CARA-CARA1.Masak beras dgn air yg mencukupi.
2.Bila dah mendidih..masukkan semua sayur dan juga stok ikan.
3.Bila nasi dah kembang..cedok 1 senduk dan kisar.
4.Sedia dimakan oleh bayi.

bubur-nasi-bayi-mudah-ringkas


::. NOTA .:: kEJU HANYA SESUAI BAGI BAYI 8 BULAN KE ATAS. JANGAN LETAK GARAM! PENTING NI!


Baca juga : 

2 comments:

  1. Anonymous22:11

    bagus ya recep nya bisa di cuba sich

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.