Tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai? Patuhi 5 perkara ini.

Tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai? | Kebanyakan pasangan yang baru kawen memang alergik betul kalau suami kata yang kita terpaksa tinggal serumah dengan mertua. Isu tinggal dengan mertua ni sering menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. Aku tak kata orang lain. Aku sendiri pun agak memberontak weh masa mula-mula suami cakap yang aku kena tinggal di rumah orang tuanya. Keadaan makin sulit bila karier suami aku menuntut dia untuk kami tinggal berjauhan atau PJJ (perhubungan jarak jauh)...ohh~

Suami aku bertugas dalam sektor oil and gas di mana dia terpaksa tinggal di atas platform minyak di Miri, Sarawak untuk tiga bulan berturut-turut, dan hanya boleh balik bercuti di kampung selama dua minggu sahaja. Adoi selama 3 bulan tu terkontang-kanting lah aku sensorang di rumah tu..ohh. Bagaimanapun, aku redho jer la. Tapi dalam hati? Hanya tuhan yang tahu betapa cuaknya aku nak menghadapi sebuah dunia baru, bersama mereka yang sebelumnya adalah asing bagi aku. Keluarga mertua.

Dalam keadaan ekonomi kami yang belum mantap masa tu, aku terpaksa turutkan aje apa jua keputusan Incik Suami. Kalau nak menyewa rumah, alahai sakit jugak weh sebab harga rumah sewa area Terengganu ni boleh tahan mahalnya ala-ala KL gittew! Tambahan pulak masa tu, satu-satunya kenderaan yang kami ada hanyalah sebuah motorsikal Honda EX-5 sahaja. So Incik Suami memang tak harap nak tinggalkan isteri dia sorang-sorang di rumah sewa, dan hanya "berkudakan" motor EX-5 untuk bergerak ke mana-mana.

So kepada korang yang perlu tinggal bersama mertua, tak kira lah atas sebab menjaga orang tua atau telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah pusaka, korang buatlah 5 perkara ni untuk terus kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai korang macam kat bawah ni:


Cara nak hidup aman tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai

1. Tentukan niat
Niat dalam hati, untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Ma ngan  Abah aku pesan, jangan anggap mertua tu sebagai mertua, tapi anggap macam mak ayah sendiri. Waima, bila aku berbual dengan Abah, dan mention "mak mertua kirim salam", terus aku dimarah nya! Abah larang sebut macam tu, sebaliknya cukup sekadar "Mak" dan "Ayah" je. Lagipon takkan berlaku kekeliruan, sebab mak bapa kandung aku panggil "Mama" dan "Abah".

Aku pernah terdengar satu ceramah Tanyalah Ustazah, penceramah tu ada menyebut
'Mertua/menantu yang hebat, ialah mereka yang masih berbuat baik dan sabar walaupun terpaksa melayan karenah mertua/menantu yang serupa hantu. Yang penting jangan merungut.' Jadi kalau korang dalam situasi yang ni, korang memang hebat.

2. Layan mertua seperti mak ayah sendiri
Anggap mertua macam parents korang sendiri. Jadi kawan dengan dia. Jangan asingkan diri pulak. Jangan sebab berbeza budaya dan bahasa, korang pilih untuk kurang bergaul. Aku ni orang Perak dan tinggal dengan mertua yang pure Ganu. Nak ngam dengan diorang, aku kena master dulu bahasa diorang. Kalo korang nak tahu, tiap-tiap hari bila bercakap ngan Mak, aku akan catat dalam fon perkataan-perkataan yang aku tak faham maksudnya. Bila Incik Asben call malam-malam, aku akan tanya semua perkataan yang aku catat tadi. Begitulah hari-hari aku berlalu, sampai lah aku fasih cakak ganung! haha

Pastu, jangan nak sentap sangat bila mertua tegur or nasihat. Anggap je macam mak kita sendiri, yang selalu duk berleter kat kita sebelum-sebelum ni. Kalau taknak kena bebel, korang kena lah rajin-rajin kan diri. Kalau korang memang dah spesis rajin sejak dulu, korang kasi up lagi rajin tu bila tinggal ngan mertua. Bukan nak suruh hipokrit, tapi aku nak tanya, ada ke orang yang tak pepasal nak menyampah pada orang yang rajin ni? Takde kan? Orang sayang lagi ada lah!

3. Biasakan agar orang dalam rumah tu faham privasi korang
Perkara penting yang diperlukan oleh pasangan pengantin baru adalah privasi. Keadaan privasi atau bersendirian bersama pasangan itu lah antara peluang untuk kita lebih mengenal satu sama lain. Hal ini mungkin susah sikit korang nak dapat kalau tinggal serumah dengan mertua. So pandai-pandailah korang menentukan area privasi korang, (bilik tidur, misalnya) dan minta kerjasama semua orang yang tinggal bersama dalam rumah tu, termasuklah anak buah korang sekalipun. Lagipun batas aurat korang dalam rumah tu pun kena jaga juga. Takkan bilik tidur kita pun senang-senang je orang terjah masuk.

Misalnya, ada anak-anak buah yang sering masuk ke bilik korang tanpa memberitahu terlebih dulu, sebaiknya korang bagitahu dia agar ketuk pintu dulu sebelum masuk, dan jangan masuk bilik korang sesuka hati walaupun korang tiada dalam bilik. Memang susah! Korang kena ulang pesan banyak kali, sampai diorang ingat. Biasalah budak-budak. Tapi lama-lama bila dah biasa, mereka akan faham.

3. Elak dari masuk campur dalam perbalahan keluarga
Tinggal bersama mertua, kadang boleh buat suami korang bersikap tidak matang dan keanak-anakan. Andai kata berlaku pergaduhan antara suami dan adik beradiknya, atau mungkin dengan mak ayah nya, korang pastikan tangan korang bersih dan kalau boleh beredar je dari situ. Masuk bilik, senang. Jangan sesekali jadi batu api atau cuba-cuba bersuara. Kita tak tahu, mungkin dalam rumah tu memang dah biasa berlaku pertengkaran macam tu, dan mungkin akhirnya benda tu selesai dengan sendirinya, umpama angin lalu, ke kan? So, bayangkan kalau kita menyampuk, mungkin perkara tu jadi lebih panjang dan serius.

4. Jangan berkira
Berkira ni ada macam-macam jenis berkira hokey. Paling kena elak, berkira bab makan. Nonono. Not good! So kalau masak atau beli bawak balik makanan, make sure ianya cukup untuk mengisi perut satu rumah. Kalau bajet semput, better jangan bawak balik pun. Kesian pada mata yang menengok dan hidung yang menghidu tu.

Pastu berkira kudrat. Aku basuh kain aku sendiri, so kau basuhlah kain kau. Bila hujan, gamak awak angkat pakaian awak je dekat ampaian. Pakaian mertua dan ipar-ipar, awak biarkan kebasahan. Kemudian berkira bab duit. Apa la salahnya awak beli barang-barang keperluan rumah macam makanan kering, makanan basah dan keperluan mandian untuk rumah tu. Ye mungkin Incik Asben awak dah bagi duit belanja pada mak mertua awak, tapi duit yang ada di tangan awak tu, takkan takde langsung bahagian sedekah nya?

5. Amalkan hidup tak menyusahkan orang
Selalunya, orang tak suka kat perempuan yang banyak mengada-ngada nya, kan? So, kalau boleh, cuba sedaya upaya agar berdikari dan tak cepat memohon bantuan dengan ipar dan mertua. Selagi kita boleh buat, kita buat sendiri. Macam aku ni, aku tinggal dengan mertua tanpa suami di sisi. Nka taknak, terpaksalah berdikari jugak.

Masa aku pregnant kan abam Naufal, Mak yang teman aku pergi klinik, untuk rutin checkup. Masuk bulan ke tiga, aku dah kenal jalan dan selok belok nak ke klinik, aku pulas minyak motor, pergi sendiri je ke klinik.

Memang Mak tak pernah sekali pun mengeluh kata aku ni menyusahkan dia, tapi kita ni sebagai orang muda kena faham, bukan senang duduk berjam-jam menunggu giliran kat klinik bagi seorang yang sebaya dia. Lama gila kot. Kesian kat orang tua la, sakit urat sana sini.

Pastu dengan ipar-ipar, jangan ambil kesempatan, walaupun diorang baik. Ini, tengok je ipar tu rajin sikit, awak pun mula lah buat-buat tak larat, sebab nak mengelat buat kerja rumah. Lepas makan, longgok je pinggan mangkuk dalam sinki. Kain baju dibiarnya dalam washing machine berjam-jam, tak berjemur. Nonoonoo! Jangan buat perangai macam tu. 

Sangat jahat hokey?!


Pesanan akhir untuk hidup aman harmoni tinggal serumah dengan mertua

Rasa-rasa boleh ke korang follow 5 perkara yang aku senaraikan tu? Aku tak kata aku ni menantu kesayangan, apatahlagi menantu terbaik! Jauh panggang dari api hoii! Cuma, bila sekarang ni rakan sekerja yang tahu aku pernah duduk serumah dengan mertua, walaupun suami tak tinggal sekali, memang masing-masing be like,

 ''Wow! penyabarnya kau".

Haha..penyabar ke tak tu, hanya Allah yang tahu. Pokoknya, kita share yang baik-baik aje. Supaya boleh jadi inspirasi dan tauladan. Dan aku doakan pada korang yang sedang berada di tempat ni, banyak-banyak mengadu pada Allah, semoga Allah meringankan kita dalam segala urusan. Tak payah lah nak post status meroyan, menyindir, mengutuk kat FB. Sangat tak matang hokey?! Perbuatan macam ni sama je seperti melondehkan kain sendiri di khalayak ramai.

Papepun, paling penting sini, aurat antara ipar duai kena guard baik-baik. Rasulullah SAW bersabda: 
Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?" Sabda baginda: "Ipar itu maut".
(Riwayat Nasa'i)

Xu says: Aurat dan hubungan dengan ipar je dah disamakan dengan maut (mati). So tanggungjawab kita sebagai isteri adalah jaga maruah diri untuk suami. Elakkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah antara kita dengan ipar (lelaki).

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Salute dgn awak Annur.... pahala berkoyan koyan tu hihi... Setuju sangat , manalah ada orang menyampah kalau kita rajin dan pandai ambik hati betul tak? Menjadi kesayangan lagi ada kan....Tak rugi pun.

    Tapi yelah, tak de org yg selesa tinggal bersama mertua

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y