penawar sakit belakang-biobax

5 rahsia kekalkan kehangatan hubungan suami isteri yang PJJ

10:45 AM
Rahsia kekalkan kehangatan hubungan suami isteri yang PJJ | Korang semua yang dah biasa follow blog Annur ni mesti dah sedia maklum kan, yang Annur dan suami sudah 5 tahun melayari alam rumah tangga secara jarak jauh. Ramai yang bertanya, macam mana eh korang kekalkan kehangatan hubungan suami isteri bila tinggal berjauhan begini? Kami yang tinggal sebumbung dan hadap muka pasangan tiap-tiap hari ni pun asyik suam-suam kuku je.

tips hubungan suami isteri PJJ
Zaman awal-awal perkahwinan PJJ. Masa ni baru anak seorang.

Sebenarnya hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ) ni bukan lah satu alasan sesebuah hubungan itu jadi renggang. Bak kata orang ‘Jauh Di Mata Dekat Di Hati'. Malah, aku pernah nampak pasangan yang PJJ ni hubungan diorang sweet-sweet gittew tau bila sekali dapat bersama. Tapi hubungan yang sweet bersemut tu bukan berlaku dengan sendirinya. Semuanya perlukan usaha yang konsisten hokey? So apa dia antara usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk kekalkan kehangatan hubungan pasangan PJJ ni? Jom tengok satu-persatu.

Rahsia kekalkan kehangatan hubungan suami isteri yang PJJ 


Aksi spontan dan bersahaja.
Tindakan spontan dan tanpa dijangka ni memang selalunya menjadi! Percayalah cakap aku. Nak-nak pulak kalau kita ni memang jenis isteri yang berpewatakkan mak-mak, yang selalu je melebihkan tumpuan pada anak dan kerja rumah setiap masa. So bila tiba-tiba kita beraksi nakal dan spontan gitu, mau nya tak terkejut incik suami?! 

Simple-simple je. Contoh macam, bila kita tengah sibuk mengutip pakaian kotor untuk dibasuh, dan incik suami sedang duduk-duduk menonton tv. Sambil melintas di belakangnya, kita bagi kiss sekali kat pipi dia tiba-tiba. Pastu selamba, kita teruskan tugasan kerja rumah kita macam takde pape berlaku. Mestilah dia akan rasa sangat dihargai. Sebab walaupun di luar mood romantik-romantik pun, isterinya tetap sempat menyampaikan mesej simbolik kepada; "Saya rindu awak!".


Main masak-masak di dapur
Memang bunyinya macam kelakar, tapi penangannya pada hubungan, sangat-sangat positif hokey. Biasanya memang golongan suami tak berapa cekap pun di dapur. Tapi siapa tahu, kadang-kadang hidup PJJ ni boleh membentuk peribadi si suami menjadi cenderung dan minat memasak? Siapa tahu kan? Incik suami Annur pun tak pandai memasak lauk-pauk dan gulai. Tapi bab masakan panas, macam mee goreng, nasi goreng, malah megi goreng pun, dia memang power! Nampak macam dia main campak-campak jer, tapi hasilnya sedap giler kau! Kalah air tangan aku.huhu~

Bila Incik suami masuk dapur, so inilah masanya kita nak "mengacau". Orang lelaki kalau memasak biasanya cepat dan ringkas, tak macam kita orang perempuan. Membelek sayur je pun dah setengah jam. Jadi tak lah mengganggu sangat pun kalau kita datang menyelit sambil bersenggol-senggolan cubit-cubitan kan, sementara dia memasak tu kan.haha. Adengan selanjutnya sejurus korang selesai makan tu,.... ~Err pandai-pandailah korang sambung ayat sendiri na!~  bhahaha


Main salun-salun
Yang ni pun boleh tahan kelakar jugak bunyinya. Tapi aku paling suka main salun-salun ni. Kalau masa suami takde, anak-anak lah yang bakal jadi mangsa.haha. Tapi salun kat anak-anak terhad lah. Aku cuma boleh gosok belakang diorang dengan kapas dan minyak, untuk buang daki, pastu cuci telinga, potong kuku dan cuci lubang pusat diorang dengan putik kapas. Pastu diorang pulak tak boleh duduk lama. Cepat je diorang bosan dan nak lari. So tak best main ngan anak-anak.huh!

Sebabtu bila asben balik, hari pertama lagi aku dah ajak dia tadah muka! Ketagih gila aku nak main salun-salun tau. Paling best, dia pun melayan..haha. First, dia akan mintak aku cukur jambang dan sideburn. Pastu, kalau ada stok masker kat rumah, aku tampal la masker kat muka dia. Kalo takde, aku biasanya cuma akan scrub kan je muka dia. Ha, pastu acara wajib! Picit buang blackhead sampai terjerit-jerit laki aku! Duk menahan sakit. Geram aku tengok blackhead tuh tau. Especially yang kat area hidung tu. Grr~!

Seterusnya, gonyoh daki belakang badan dengan kapas yang dicelup minyak zaitun. Yang ni, selagi  kapas yang aku gonyoh tu masih bertukar hitam atau koko, selagi itulah aku takkan berhenti. haha Last sekali biasanya aku akan belek-belek rambut, cabut uban. Kadang sampai dia dah terlena pun aku duk ralit lagi mencari uban. Entahlah. Mungkin aku tersasar kerjaya kot selama ni. Sepatutnya aku kena jadi beautician kot..Hiks.


Buat kejutan
Selongkar balik baju tidur lama, masa mula-mula kawen dulu. Kalau muat lagi, pakai la..haha. kalau agak-agak tak muat, korang pegi la beli yang baru kat mana-mana pasaraya. Kat Zalora pun bersepah kot baju tidur yang seksi-seksi. Muka pulak, taruk la foundation sikit untuk cover parut-parut jerawat yang ada tu. Lipstik mesti terang. Atas mata, kasi tebal sikit eye liner tu biar nampak galak. bhahaha. Memandai je aku mengajor ajaran sesat kat korang eh. haha.padahal asas make up pon aku tak reti, ada hati nak mengajor korang haha..tolong jangan ikut nah..ahaks!

Cuma nak kata kat sini, siap-siap la diri tu jadi lain daripada hari-hari biasa. Well, kejutan kan?. Ikut kretiviti korang lah nak buat pesen mana. Nak tabur kelopak bunga ros atas katil ke, nak pasang lilin aromaterapi ke. Kalau nak buat pole dancing pun boleh, kalau korang reti la. bhahaha. Kalau tak reti, cukuplah sekadar menari penguin je. Yang penting, boleh surprise kan suami korang. 


Dating berdua-duaan (anak tinggal kat pengasuh kejap)
Kalau keluar makan bersama "tentera-tentera" kecil tu, memang dah selalu kan. Mana sama feeling nya kalau keluar berdua-duan. Just you and me bak kata omputih. Kalau sebelum ni berjalan dalam shopping mall, kalut! Kita dengan stroller dan beg penuh di tangan, dan suami pulak sibuk mengejar si anak sulung yang main sorok-sorok dalam kedai. So, apa salahnya kali ni kita berjalan-jalan dalam shopping mall berdua tanpa tujuan, berpegangan tangan, acah-acah macam pasangan baru bercinta la konon. Eceyhh!

Tak boleh nak elak. Kita mak-mak ni selalu sangat memikirkan anak. Sampai kadang tu kita tak sedar yang incik suami menjauh hati. Nak memanja ngan isteri pun susah! Memanjang je tak available. So, sekali sekala berjumpa, apa salahnya kita kosongkan fikiran kita dari memikirkan anak sekejap. Berikan sepenuhnya tumpuan pada suami. Bukan korang tak tahu, suami pun, walaupun dia bukan anak kita, tapi sifatnya tetap keanak-anakan. Kadang tu lebih keanak-anakan dari anak kita tau. Terutama pasangan PJJ. Lagi lah cepat terusik hatinya.

Bagi korang yang berkerjaya, cuba kali ni korang pulak belanja suami korang makan. Pergi la tempat yang special sikit, yang selesa dan agak privasi. Sambil makan, boleh lah main-main asmara, gesel-gesel ke? haha. Contoh je ni. Kalau restoran tak ramai orang, okey lah. Korang jangan pulak buat aksi menjolok mata di khalayak ramai. Timbul fitnah nanti. Islam tak suruh kita buat gitu.huhu. Selfie-selfie manja cukuplah kot. Kalau agak-agak takleh control, korang balik je la ke rumah. Sambung dalam rumah je. Ahaks!

tips hubungan suami isteri PJJ
Nufael video call ayah.

Ulasan akhir Annur mengenai perhubungan jarak jauh


Tajuk kemain lagi, 5 rahsia kekalkan kehangatan hubungan suami isteri PJJ. Rahsia sangat lah konon.haha.. Sebenarnya senarai kat atas ni cuma contoh yang simple yang korang, aku dan orang-orang lain boleh buat. Yang paling penting sebenarnya dalam perhubungan pasangan jarak jauh ni adalah kepercayaan dan kesefahaman tu sendiri. Kalau kepercayaan tu tak cukup kuat, memang boleh bergegar tau rumah tangga!

Bayangkan, kalau korang cuba buat salah satu tips di atas. Dan suami korang pulak, tak percayakan kesetiaan korang. Mau nye korang di tuduh yang bukan-bukan. Nauzubillahiminzalik! Niat kita cuma nak hangatkan hubungan, sebab dah lama terpisah. Tapi fitnah pula yang dilempar ke muka kita. Jadi, untuk kekal harmoni hidup berjauhan ni, korang masing-masing kena percaya antara satu sama lain. Doa dan pergantungan pada tali Allah tu, jangan putus. Dan jangan lupa untuk suburkan hati dengan Alquran dan zikir hati. Semoga kita dijauhkan dengan syak wasangka dan bisikan syaitan.



Annur: Fikirkan yang baik-baik aje. Sesungguhnya apa yang kita fikirkan itu pun merupakan sebuah doa. Apa yang difikirkan, itulah yang akan terjadi.

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. suka dengan tips AS...kak lina selalu main salon2 dirumah...lps dia buat rambut kita,kita pulak buat rambut dia...nice tips...

    ReplyDelete
  2. Sweet je. Yela kan. Suami mahupun isteri kena ada tanggungjawab masing2 untuk memmastikan hubungan tu sehangat seperti mula2 kahwin. hahai

    Baru la perkahwinan sentiasa meriah walaupun berjauhan hehe

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.