Petua agar duit gaji yang cukup-cukup makan tu bertahan sampai hujung bulan | Bagi penjawat awam, adalah penting bagi kita untuk menguruskan kewangan dengan bijak dan bersistem. Kerap kali terjadi, belum pun sampai hujung bulan, kita dah tak mampu "bernafas" atau orang panggil nyawa-nyawa ikan. Nak-nak pulak gaji untuk bulan Oktober ni bakal diterima sangat awal iaitu pada 11 haribulan, bersempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 18 haribulan.
Pembayaran gaji yang diawalkan ni selalu jadi perangkap maut buat penjawat-penjawat awam. Mana tak nya, gaji yang sepatutnya untuk menanggung perbelanjaan pada bulan depan, dah "termakan" lebih awal. Penyudahnya, belum sempat hujung bulan, kita dah terkapai-kapai kelemasan dengan kemelut kewangan. So beringat, walaupun dapat gaji awal, cuba disiplinkan diri untuk tak menggunakannya sehingga ke tarikh 25 haribulan. Kalo boleh simpan terus dalam Tabung Haji, dan buat-buat lupa pada duit gaji tu..sampai lah nak masuk bulan November. ~hehe boleh ke gitu?
Ni gambar masa mokcik dapat duit MARA. Gaji mokcik kecik je, tak sebanyak ni pun. |
Aku cuma nak re-share pesanan ringkas yang aku dapat dari forwarded message melalui aplikasi Whatsapp, berkenaan bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit? Pesanan ini dikatakan berasal dari Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif, jika sahih la seperti yang diperkatakan.
7 petua agar duit gaji yang cukup-cukup makan tu bertahan sampai hujung bulan
1. Sedekah pada ibu dan ayah
Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan atau taraf berpencen, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2. Tabungan untuk menunaikan Haji.
Jangan dilupa menyimpan di Tabung Haji, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "nawaitu" itu telah ada!
3. Laksanakan tanggungjawab terlebih dahulu
Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4. Redha seorang isteri juga penting
Sebagai seorang isteri yang bekerja, tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami pun, Duit I jugak!" Tapi, apa salahnya membantu suami. Bagaimanapun, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri!
5. Bersyukur dan jangan banyak merungut
Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha jika tidak bisa hidup mewah.. Pasrah dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6. Membantu ahli keluarga terdekat
Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau nak bantu orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!
7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros!
Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan dan saudara-mara. Tapi sukat-sukat sama kemampuan kita.
Jenaka Ustaz Azhar.
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing.
Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.
Muhasabahlah diri kita. Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)
Annur: Korang-korang, mana yang kerja kerajaan tu harapnya dapatlah survive untuk bulan Oktober dan November akan datang yer. Wish me luck too~ bhahaha
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Setuju....amboi teruja akak tgok AS pegang duit banyak2 tu ha...apapun kena bijak gunakan wang gaji..letak tepi juga untuk kecemasan
ReplyDeletesetuju dengan perkongsian. kena rajin bersedekah terutama sekali pada ahli keluarga terdekat terlebih dahulu. moga rezeki kita sama2 diberkati amin..
ReplyDeletewow byk nyer duit :-)
ReplyDeleteaduhai. awal beno gaji bulan ni, annur!
rasa serrrremmm! ha ha ha
Bertabahlahhh kak nurr hihi
ReplyDelete