Panduan menjaga bayi pramatang

Māmy Syu
3
Panduan menjaga bayi pramatang | Bayi pra matang yang baru lahir tidak bersedia untuk berdepan dengan dunia sebenar. Masih ada bahagian tertentu dalam tubuh badan diorang yang tidak matang dan belum terbentuk sempurna macam paru-paru, sistem penghadaman, sistem imun dan kulit. 
pengalaman ibu menjaga bayi pramatang
Dengan kemajuan teknologi perubatan, ia bukan mustahil untuk si kecil ini melalui hari-hari awalnya sehingga mereka mampu bernafas sendiri.

masalah bayi pramatang,cara jaga bayi pramatang, pengalaman besarkan baby premature, cara cepat naikkan berat baby pramatang

Wad NICU dilengkapi dengan kakitangan yang terlatih, sistem bunyi amaran dan pemantauan, alat bantuan pernafasan, pemerhatian daripada pakar kanak-kanak dan diri mummies sendiri. 

Melihat alat-alat kelengkapan dalam NICU yang banyak kadang kala menakutkan mummies kan. Jom kita ketahui fungsi-fungsi sesetengah mesin mungkin dapat membantu menenangkan korang sikit.

A. Sistem Amaran Bunyi Dan Pemantauan
Mesin pemantauan bergantung pada hospital dan wad NICU tersebut. Semua mesin merekodkan kadar degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan suhu.

B. Kaedah Bantuan Pernafasan
Bergantung kepada keperluan bayi pra matang tersebut.

i. Endotracheal tube - Tiub ini menyalurkan udara hangat dan oksigen.

ii. Ventilator - Ia juga dikenali sebagai alat bantuan pernafasan. Ia adalah mesin pernafasan di mana endotracheal tube disambungkan. Ia boleh memantau jumlah oksigen, tekanan udaran dan tarikan nafas.

iii. Continuous Positive Airway Pressure (C-PAP) - Kaedah ini digunakan untuk bayi yang boleh bernafas sendiri tetapi memerlukan sendikit bantuan mendapatkan udara ke paru-parunya.

iv. Oxygen hood - Ia adalah kotak plastik terang yang diletakkan pada kepala bayi dan bersambung pada tiub yang mengepam oksigen pada bayi.


C. Kaedah Memberi Makan
Ia bergantung pada keperluan bayi pra matang tersebut.

i. Intravenous lines - 
Kaedah ini menyalurkan keperluan makanan terus ke dalam saluran
darah. Ia sesuai untuk bayi pra matang yang mempunyai sistem penghadaman tidak matang dan tidak mampu menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.

ii. Umbilical catheter - 
Kaedah ini melibatkan tiub yang dimasukkan pada saluran tali pusat. Jangan risau ia tidak menyakitkan. Kaedah ini hanya digunakan pada bayi yang kritikal sahaja dalam masa beberapa minggu.

iii. Oral and nasal feeding - 
Kaedah ini memasukkan tiub sempit yang fleksibel menerusi hidung (nasogastric tube) atau mulut (orogastric tube). 

Kaedah ini sesuai untuk bayi yang bersedia menghadamkan susu ibu atau susu formula tetapi masih tidak boleh menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.

Ia adalah kaedah meletakkan bayi pra matang pada posisi yang betul di dada ibu yang terdedah untuk membenarkan sentuhan kult ke kulit dan meletakkan bayi di antara payu dara ibu.


Penglibatan Ayah dan Ibu
Bagaimana ibu ayah berdua dapat membantu bayi pra matang anda di NICU selain daripada penyusuan dan penjagaan Kangaroo?

Ibu bapa digalakkan untuk berinteraksi dengan bayi. Mungkin anda tidak nampak bagaimana caranya untuk berinteraksi dengan bayi kecil yang berselirat dengan wayar, mesin dan berada dalam inkubator. 

Menariknya, ada beberapa cara yang boleh anda sempurnakan dengan jayanya :
  1. Sentuh bayi anda sekerap mungkin. Lakukan ia dengan lembut atau gerakan perlahan.
  2. Bercakap dengan bayi anda. Bayi akan terbiasa dengan suara anda dan boleh mententeramkannya.
  3. Tukarkan lampin bayi.
  4. Libatkan diri pada kali pertama bayi dimandikan. Ia bergantung pada perkembangannya, anda boleh menggunakan tuala basah atau span lembut semasa memandikannya.
  5. Ambil suhu badan bayi.

Sumber : babycenter

Post a Comment

3 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. memang rumit ye penjagaan nya....kuat nya ibu2 yang berpeluang menjaga bayi pramatang ni...

    ReplyDelete
  2. Pernah baca juga teknik kangaroo Tu apapun bagi pramatang mmg perlulah penjagaan yg rumit kan

    ReplyDelete
  3. ya Allah, sy adalah orang yg terpilih melahirkan anak pra matang, memang mencabar giler lah...alhamdulillah sekrang dia dah 2 tahun 2 bulan

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!