Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu | Mamy Syu percaya ramai ibu-ibu yang mengalami kekurangan bekalan susu ibu tercari-cari apakah tips untuk meningkatkan bekalan susu ibu kan? Di sini terdapat 20 tips yang boleh menjadi rujukan para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu.
Jom tengok apakah dia 20 tips yang dapat meningkatkan penghasilan susu ibu satu persatu :
1. Penting! Mesti susukan baby dengan kerap. Penyusuan yang kerap adalah nombor satu kunci untuk meningkatkan bekalan susu mommies. So, dalam pantang tu mommies amik la peluang berkepit dengan baby. Kalau baby tido lebih 2 jam, kejutkan dia untuk menyusu.
2. Tips no 2 tak kurang pentingnya. Mommies mesti tawarkan kedua-dua payudara semasa sesi penyusuan. Jangan menyusu sebelah breast sahaja. nanti bimbang pusat kawalan dalam otak mommies akan detect keadaan tu sebagai tanda "Bekalan sebelah breast sudah mencukupi~so, otak bagi isyarat supaya kurangkan penghasilan susu".
3. Pastikan baby menyusu cukup lama untuk mengosongkan payudara ibu. Kalau tak, ibu perlu kosongkan payudara dengan bantuan pam. macam mana nak tahu pyudara dah dikosongkan? Ha, kalau lepas sesi mnyusu tu rasa breast lembut dan bila picit area nipple tu, dah takde susu memancut (setitis dua je ada)..itu kira dah kosong la tu.
4. Eksperimen bagi mencari posisi penyusuan yang disukai bayi. Menyusu pada satu payudara, jika bayi memberi signal bosan, tukar kepada payudara yang lain, dan terus bertukar sehingga kedua-dua buah dada yang kosong atau bayi tidak lagi akan menghisap.
5. Menyusukan baby pada waktu malam. Penyusuan malam yang kerap boleh meningkatkan bekalan susu.
6. Pam selepas menyusu. Jika selepas penyusuan payudara ibu masih tak menjadi lembut, mengepam akan membantu mengosongkan payudara.
7. Pastikan bayi menghisap dengan baik. Cuba lebih daripada satu teknik untuk mendapatkan posisi baby melekap (latching) dengan betul.
8. Dapatkan sokongan dari ibu- ibu menyusu yang lain.
9. Pam semasa menyusu (tandem). Pam sebelah dan menyusu sebelah. Kemudian biarkan baby mengosongkan payudara yang korang pam.
10. Dapatkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dengan lebih lama.
11. Menyusu di atas katil. Berbaring di atas katil boleh membantu ibu berehat dan membolehkan baby menyusu untuk tempoh yang lebih lama.
Baca juga : Penting! Suami pelajari teknik urutan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu |
---|
12. Posisi tidur meniarap pada waktu malam boleh memampatkan payudara dan menghalang bekalan susu.
13. Elakkan memberi puting tiruan atau 'puting bodo' pada baby.
14. Jika boleh elakkan daripada mengambil pil/suntikan perancang semasa menyusukan baby.
15. Jangan merokok.
16. Minum banyak air, terutama sebelum menyusu. Air suam juga boleh membantu membanyakkan susu
17. Hadkan pengambilan kafein.
18. Makan makanan yang sihat dengan banyak protein.
19. Cuba mengambil milk booster seperti alfalfa dan halba (fenugreek). Ia dikatakan telah digunakan untuk membantu meningkatkan bekalan susu.
20. Amalkan pemakanan seimbang dan lengkap mengikut piramid makanan. Jangan berdiet semasa korang sedang menyusukan.
Jika korang merasakan diri korang mempunyai masalah dalam menyusukan baby, jangan teragak-agak untuk rujuk Pakar Laktasi berdekatan.
Artikel berkaitan : Teknik Power Pumping Terbukti Berkesan Meningkatkan Penghasilan Susu |
---|
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y