Resipi Serbuk Perisa Ikan Bilis Homemade | Walaupun kita mempunyai masa yang terhad kerana kerjaya, namun penting bagi setiap ibu berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan makanan awal anak-anak dari rumah yang bebas dari additive makanan seperti pengawet, perisa dan pewarna. Cara nak buat serbuk perisa ikan bilis homemade ni pun bukannya payah. Jom tengok resipinya.
SERBUK IKAN BILIS HOMEMADE
Bahannya cuma:
200gram ikan bilis putih gred AA atau ikan bilis pangkor. (RM 75/kg)
Syu menggunakan bilis high quality dari Pangkor ~ Bilis yang berkualiti tinggi kandungan garamnya adalah lebih rendah berbanding bilis biasa. |
Cara caranya :
1. Basuh ikan bilis tanpa kepala dan tulang.
2. Jemur bawah matahari hingga kering.
3. Setelah kering, goreng sangai (goreng tanpa minyak) ikan tersebut sampai garing.
4. Ikan yang garing tadi di kisar dengan grinder hingga menjadi serbuk.
5. Ayak serbuk bilis yang telah siap. Dan simpan dalam bekas kedap udara.
Serbuk bilis ni bolehlah dijadikan sebagai bahan perisa dalam bubur nasi baby. 100% bebas MSG/bahan kimia/pengawet. Tahan 6 bulan pada suhu bilik, dan 1 tahun dalam peti sejuk. (bahagian chiller)
Serbuk pati ikan bilis ni boleh digunakan sebagai pengganti garam. Garam kan tak boleh letak dalam makanan bayi kan? So gantilah dengan serbuk bilis, ada juga rasa masin-masin manje gitu..
Ha? Siapa cakap makanan bayi seharusnya tak sedap dan plain je? Yang ni, ibunya pon tumpang sekaki makan bubur nasi, hahaha macam mana lah badan ibu tak sama naik ngan anak!? haha
Bubur nasi Naufal sedap woo! Tak caya, tengok Naufal tu ha, sampai sepenuh-penuh mulut makan nasi. bhahaha ^_^
Baca juga:
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y