penawar sakit belakang-biobax

Senarai Keperluan Ibu Sewaktu Berpantang

4:02 PM
Sebagai ibu baru, kompem korang teruja menimang cahaya mata kan?! Namun dalam sibuk menyediakan kelengkapan si manja, jangan lupa dengan keperluan diri sendiri. Penting woo korang amalkan amalan persediaan awal sebab nanti korang jugak yang senang masa nak berpantang nanti.
persediaan checklist berpantang


Ada dua perkara utama dalam persediaan diri untuk berpantang.
1- Pakaian
2- Makanan kesihatan

Jom kita tengok checklist pakaian yang 'tak-boleh-tidak' korang sediakan:


Baju menyusu
Sebagai ganti kepada T-shirt yang biasa kita pakai selama ni bila di rumah, apa kata kalo tukarkan kepada baju menyusu. Memang sangat praktikal sebab baju menyusu dah tersedia "pintu" khas yang memudahkan korang nak menyusu baby tanpa perlu susah-susah menyelak baju dari bawah. AS paham je, memang baju menyusu tak banyak yang murah, tapi lepas berpantang pun korang masih boleh pakai baju menyusu ni, gi jalan-jalan dengan baby ke, gi klinik ke. Tapi pastikan material baju yang korang pilih tu adalah dari jenis fabrik kapas sebab serius berpeluh gila hooii masa dalam pantang! Tak tahan hokey.



Kain batik
Kenapa ek, asal dalam pantang je, kain batik. Asal bersalin jer, kain batik? hahaha..rasionalnya kain batik atau kain sarong ni bersaiz besar (free size) dan longgar. So tersangat lah sesuai dipakai ibu yang baru melahirkan, nak-nak pulak minggu-minggu pertama berpantang, perut dan punggung korang kan masih besar. Manalah muat nak pakai seluar. Malah nak ke toilet pon senang, londeh je bhahahaha...tak gittew.


Tuala wanita
Penggunaan modes khas maternity yang lebih lembut berbanding pad biasa adalah lebih disarankan, sebab AS dah rasa, kalo korang pakai pad jenis biasa, memang rasa macam kemas dan tak mudah bocor macam maternity pad. Tapi keras kot! Ngilu, pedih, seriau hoii kat luka tu! Kalo korang rasa nak lebih secure, korang pakai 2 keping sekali gus. Lagipon tak elok pon korang nak peram lama-lama pad, konon nak pakai jenis overnight supaya lama sikit boleh tahan, tak perlu kerap salin. Kebersihan kat situ korang kena jaga, dan salin je setiap kali gi buang air kecil walaupun pad belum penuh pun.

Stokin
Ramai ibu-ibu muda yang acah-acah moden dah tolak amalan memakai stokin. Renyah lah katanya. Tapi stokin tu kita pakai bagi mengelakkan badan kita bersejuk-sejuk, menginjak lantai simen. AS aritu siap Mama suh pakai selipar lagi dalam rumah sebab nak mengelak memijak lantai yang sejuk.


Bengkung
Sekarang dah moden, macam-macam jenis bengkung korang boleh dapat. Mlah ibu yang bersalin caesarean pun boleh berbengkung sekarang dengan adanya bengkung khas. Bengkung ni bukan je nak bagi slim dan langsing jer, tapi ia membantu menguatkan semua otot yang regang dan lemah akibat proses mengandung dan bersalin. Kepada korang yang bersalin secara bedah tu, boleh dapatkan bengkung moden di SINI.


Selain pakaian, makanan tambahan atau supplement juga korang perlu decide awal-awal. Korang kena banyak baca review-review umum dari blog atau majalah untuk membantu korang buat keputusan nak makan supplement moden atau mengambil jamu tradisional.


Jamu bersalin
Keputusan untuk mengamalkan jamu atau herba khusus untuk bersalin bergantung kepada individu. Namun, perlu korang ketahui bahawa jamu ni sangat bagus untuk memulihkan kesihatan diri kerana bermanfaat dalam mengembalikan tenaga, memanaskan badan, mengeluarkan lemak dan toksin serta melawaskan sistem penghadaman. Paling penting, ia membantu mengecutkan rahim, mengemncangkan otot dan urat, mengeluarkan kandungan air berlebihan dalam badan dan membuang angin.



Supplement kesihatan
AS berpantang memang hari-hari makan ikan panggang tawar, sawi tumis air dan secawan nasi putih panas-panas. Cuma kadang-kadang je dapat sup ikan haruan. Masa dapat sup tu, selera la sikit makan. Kalo tak, setengah cawan nasik pon tak habis. Meaning banyak zat-zat yang kita ter "missed" masa dalam pantang sebab rejimen pemakanan yang ketat. Jadi kat sinilah perlunya kite ambil supplement berbentuk multivitamin dan kalsium. Kalo tak cukup zat karang takut mengganggu penghasilan susu pulak kan.
Brand apa yang korang nak ambil tu, terpulang. Banyak pilihan sama ada online atau di kedai-kedai farmasi. 

So, selamat berpantang dan enjoy tempoh rehat korang cukup-cukup okey! Bubbye!



No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.