5 Manfaat bertangas selepas bersalin

Manfaat bertangas selepas bersalin | Nak tanya, siapa kat sini yang tahu apa itu amalan bertangas? Bertangas ni bukan amalan khurafat nasi tangas okey! haha. Nonono..jauh sekali definisi dan tujuannya tu. Bertangas atau omputih panggil vaginal steaming ni merupakan satu teknik mandi wap dengan ramuan herba, tapi bukan seluruh badan. Ia khusus untuk bahagian intim semata-mata. Ha, jangan ingat orang Melayu je pandai bertangas. Omputih pun dah sedar manfaat bertangas untuk kesihatan peranakan dan dalaman wanita.

Manfaat bertangas selepas bersalin


Manfaat bertangas selepas bersalin. 

(Anak dara atau ibu yang dah lama tak bersalin pun elok buat jugak tau)


1. Mengecutkan rahim dan mengnencangkan otot vagina

Tujuan utama bertangas adalah untuk mengembalikan kesihatan peranakan dengan mengecutkan rahim serta mengembalikan kekuatan otot vagina. Semasa sesi bertangas, ibu-ibu digalakkan untuk melakukan senaman kegel iaitu senaman mengemutkan otot vagina untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat. Dengan ramuan herba khusus untuk wanita seperti manjakani, sirih dan inai dapat meningkatkan kesihatan rahim selepas berpantang.



2. Mewangikan badan dan menghilangkan bau tidak enak dari bahagian intim

Semestinya suamilah orang yang paling bahagia sekiranya setiap kali duduk dekat kita, badan kita berbau wangi memanjang. Sebab tu, bukan saje-saje je tau kita berselubung satu badan dengan kain dari lantai sampai ke leher semasa sesi bertangas. Ianya bertujuan supaya wap dapat meresap ke seluruh badan, dan bukan hanya tertumpu pada alat intim je.


3. Mempercepatkan pemulihan selepas bersalin

Tak kisahlah bersalin secara normal ataupun pembedahan, korang tetap digalakkan bertangas selepas bersalin. Walaupun hakikatnya, bersalin secara ceasar tak menjejaskan otot vagina, tapi peranakan kita tetap juga mengalami regangan dan tekanan kerana menampung berat baby.


4. Melancarkan darah nifas serta membersihkan dalaman wanita

Dalam bidang perbidanan, jika seseorang wanita mengeluarkan darah nifas dalam waktu yang sangat singkat seperti kira-kira 14 hari, itu bermakna terdapat "darah bantal" yang masih tersisa di dalam rahim. Akibatnya, bahagian sulit akan jadi berbau teruk, dan perut lambat kembali kempis. Selain itu, risiko masalah ketidaksuburan juga adalah tinggi sekiranya bahagian dalaman seseorang wanita itu tak dibersihkan.


5. Mengurangkan masalah peranakan

Bertangas dapat meningkatkan kesihatan rahim dengan mengatasi masalah keputihan dan lendir kental dari vagina. Dengan keadaan rahim yang sentiasa sihat, kesuburan wanita di masa hadapan dapat dipelihara, kerana bertangas dapat membantu melancarkan haid serta menjadikan kitarannya lebih teratur

So, anak dara pun digalakkan bertangas. Sebab bertangas bukan khas untuk orang selepas bersalin je, ia jugak boleh membantu masalah yang sering dihadapi si perawan seperti haid yang tak teratur serta masalah senggugut.



Sumber : Kak Suzie - Jelita bersama Nona Roguy


Rumusan akhir Annur


Apapun, pastikan bertangas dilakukan mengikut cara yang betul. Aku sendiri pun sebenarnya tak pernah bertangas cara wap ni. Masa bersalinkan anak kedua dulu pun, Ma aku bagi aku bertangas kering je. Daun-daun dan ramuan herba diletakkan dalam periuk tanah liat dengan ditindih batu sungai yang dah dipanaskan, dan periuk tu diletakkan di bawah kerusi "special" aku. So, kepanasan batu tu akan mengewapkan daun-daun herba tu sampailah semua herba tu layu atau sampai batu tu sejuk.
Manfaat bertangas selepas bersalin
Aku bertangas dulu guna kerusi special ni la. Senang sangat!
BTW ni adalah toilet seat untuk orang sakit. Korang boleh cari kat farmasi atau kedai menjual medical equipment.

Selamat berpantang korang! ^_^

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Serius best bertangkas ne. Sedap jew badan

    BalasPadam
  2. anak dara lagi tapi dari kecik lagi suka teman mak bertangas lepas bersalin. Kalau period tak cantik lepas bertangas confirm okay.

    BalasPadam
  3. memang bagus bertangas ni, kalau tak bersalin pun boleh je buat, bagi harum sikit..hehehe

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y