Eh slip ni...?
Hujung-hujung minggu ni memang Syu akan operasi rumah. Dalam duk sorting-sorting fail kat rak buku tetiba terjumpa se bundle slip bayar balik pinjaman pelajaran MARA.
Huii...Teringat Syu dulu-dulu. Tiap awal bulan mesti merempit dengan moto bawak slip ni ke kaunter pejabat pos, jelaskan pinjaman. Takuit oii..berhutang ni. Jiwa sentiasa je gementar. Bayangkan total loan I semua sekali sampai grad, berjumlah RM 45K. Boleh beli Proton Persona cash!
Papepon. Alhamdulillah sekarang semuanya dah setel. Bayaran balik pun tak la sampai 10% pun sebenarnya. Ha, dapat less, itu pon di kira rezeki jugak kan?
Dalam banyak-banyak rezeki, rezeki dapat melunaskan hutang lah antara yangg paling Syu syukuri. Sebab hari ini berapa ramai orang hilang nikmat ketenangan jiwa dek kerana belenggu hutang.
So, dlm keadaan ekonomi yang menekan ni pun, suka Syu nak ingatkan, sebenarnya banyak rezeki-rezeki lain selain wang ringgit yang Allah hantar untuk kita, yang kita tak perasan sebab terlalu sibuk memikirkan, minyak naik, harga barang naik, gaji tak naik-naik, takut tak cukup duit nak makan.
Dan untuk awak, (harap awak baca) yang pening kepala memikirkan lewat mai uzur tu. Jangan duk stress sangat, takut sangat duit tak cukup nak bagi makan anak tu nanti. Takut apa wey, kalo Dia nak bagi! Ada la rezeki yang nak mari sekali tu nanti.
.
«Rezeki datang dari Allah, bukan dari Pi.Yem» 😏😏
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Semoga dimurahkan lagi rezeki!
ReplyDeleteWow. Budak cerdik ni
ReplyDelete