Pencemaran produk kosmetik dengan Racun Berjadual | Untuk cantik punya pasal, ada yang sanggup bayar dengan harga yang mahal untuk produk kecantikan yang lazimnya menjanjikan hasil yang cepat dan berkesan! Kalo tengok dalam internet pun banyak penjual-penjual online yang menjual produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. Antara bahan kimia yang popular dan sering digunakan adalah merkuri, hidrokuinon dan tretinoin.
![]() |
Sumber : #sinarharian |
Hydrokuinon
Hydrokuinon - digunakan dalam pemprosesan foto, racun rumpai, pembuatan getah dan pengeluaran pewarna rambut. Produk-produk pemutih kulit hidrokuinon ni menggalakkan pengguna menggunakannya dengan kerap dan konsisten. Bila berhenti..? Ha sendiri mau ingat la, muka jadi 2x ganda lebih teruk. Bila kerosakan kulit berlaku akibat dari withdrawal syndrom kosmetik, kecacatan itu akan kekal dan takkan boleh dipulihkan semula!
Tretinoin.
Tretinoin ialah satu bentuk kimia bagi asid vitamin A yang digunakan untuk merawat jerawat. Kesan mudarat tretinoin termasuklah penipisan, pengeringan dan kemerahan kulit, bersisik, gatal dan rasa pijar. Tretinoin juga meningkatkan risiko kulit rosak akibat selaran matahari yang melampau. Ia juga boleh menjejaskan janin bagi ibu mengandung.
Asid Kojic
Asid kojic merupakan satu lagi agen pelunturan yang dijangkakan dapat menggantikan hidrokuinon tetapi ujian haiwan menunjukkan asid kojic menyebabkan ketoksikan embrio, ketoksikan hati dan buah pinggang serta kanser hati. Kini, asid kojic diharamkan sebagai produk kosmetik di negara-negara seperti Jepun, Korea dan Switzerland.![]() |
Pencemaran produk kosmetik dengan Racun Berjadual - Sumber NPRA |
Logam berat dalam kosmetik
Logam berat dan toksik seperti plumbum, arsenik, raksa (merkuri), aluminium, zink, kromium dan besi terdapat dalam produk kosmetik boleh ditemui dalam krim berjenama terkemuka di China.![]() |
Singapore | Kawalan Produk dengan bahan terlarang lebih ketat. Saman sehingga SG$ 100K akan dikenakan kepada individu yang menjual produk yang telah di banned |
Logam toksik ini ditambah dalam produk kosmetik seperti celak, foundation, gincu dan ubat pemutih gigi. Pengumpulan logam dalam badan manusia dikaitkan dengan kesan-kesan seperti kanser, keguguran dan ketidaksuburan.
Annur kata
Salah satu punca yang paling ketara dan senang dilihat adalah taktik marketing yang paling basic, iaitu, "Demand & Supply". Asalkan produk ada demand, mesti ada supply. So aku nampak demand orang Malaysia sekarang ni adalah syndrome 3P. Pemutihan, Pelangsingan dan POWER!-ehem.ehem~
So selagi permintaan tu banyak, puak-puak tak bertanggungjawab ni akan terus-menerus duk buat produk yang boleh mendatangkan hasil ringgit yang lumayan!
Dan dari segi penguatkuasaan, memang sangat banyak dijalankan malah digiatkan lagi oleh team Inforcement Farmasi, sampai tak larat dah wehh. Tapi acaner? Kalo dah permintaannya tak turun-turun, kerja kuat macam mana pun mesti akan muncul pulak produk dengan "wajah" baru.
Dan dari segi penguatkuasaan, memang sangat banyak dijalankan malah digiatkan lagi oleh team Inforcement Farmasi, sampai tak larat dah wehh. Tapi acaner? Kalo dah permintaannya tak turun-turun, kerja kuat macam mana pun mesti akan muncul pulak produk dengan "wajah" baru.
Bila tertangkap atau kantoi, hmm alasan cliche akan digunapakai. Ohh~ itu produk kami, yang tiruan. Ada orang tak bertanggungjawab copycat produk kami dan letakkan bahan terlarang.
Hey, please lah! Balik-balik alasan yang sama je kot korang bagi. Bawak-bawak la insaf sama. Ingat anak-anak sama. Korang suap rezeki ke mulut anak-anak dengan hasil penganiayaan orang ramai. Korang rasa, hidup anak korang boleh selamat?
Notakaki : Ok, pihak berkuasa dah main peranan, cuma tinggal kita je sebagai pengguna. Ambil tindakan sekarang. Jadilah pengguna yang bijak dan selektif semasa memilih produk kosmetik.
Semak status produk di website NPRA
Hey, please lah! Balik-balik alasan yang sama je kot korang bagi. Bawak-bawak la insaf sama. Ingat anak-anak sama. Korang suap rezeki ke mulut anak-anak dengan hasil penganiayaan orang ramai. Korang rasa, hidup anak korang boleh selamat?
Notakaki : Ok, pihak berkuasa dah main peranan, cuma tinggal kita je sebagai pengguna. Ambil tindakan sekarang. Jadilah pengguna yang bijak dan selektif semasa memilih produk kosmetik.
Semak status produk di website NPRA
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Artikel yang baik... terima kasih kerana membantu beri ingatan kepada pengguna di luar sana..
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteMoga bermanfaat dan dipanjang-panjangkan kepada yang belum tahu