Pencemaran produk kosmetik dengan Racun Berjadual

May 10, 2017
Pencemaran produk kosmetik dengan Racun Berjadual

Untuk cantik punya pasal, ada yang sanggup bayar dengan harga yang mahal untuk produk kecantikan yang lazimnya menjanjikan hasil yang cepat dan berkesan! Kalo tengok dalam internet pun banyak penjual-penjual online yang menjual produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. Antara bahan kimia yang popular dan sering digunakan adalah merkuri, hidrokuinon dan tretinoin. 

Hydrokuinon
Hydrokuinon - digunakan dalam pemprosesan foto, racun rumpai, pembuatan getah dan pengeluaran pewarna rambut. Produk-produk pemutih kulit hidrokuinon ni menggalakkan pengguna menggunakannya dengan kerap dan konsisten. Bila berhenti..? Ha sendiri mau ingat la, muka jadi 2x ganda lebih teruk. Bila kerosakan kulit berlaku akibat dari withdrawal syndrom kosmetik, kecacatan itu akan kekal dan takkan boleh dipulihkan semula!

Tretinoin. 
Tretinoin ialah satu bentuk kimia bagi asid vitamin A yang digunakan untuk merawat jerawat. Kesan mudarat tretinoin termasuklah penipisan, pengeringan dan kemerahan kulit, bersisik, gatal dan rasa pijar. Tretinoin juga meningkatkan risiko kulit rosak akibat selaran matahari yang melampau. 

Asid Kojic merupakan satu lagi agen pelunturan yang dijangkakan dapat menggantikan hidrokuinon tetapi ujian haiwan menunjukkan asid kojic menyebabkan ketoksikan embrio, ketoksikan hati dan buah pinggang serta kanser hati. Kini, asid kojic diharamkan sebagai produk kosmetik di negara-negara seperti Jepun, Korea dan Switzerland.
awas-kosmetik-beracun-teti-dan-moleek-skincare

Logam berat dan toksik seperti plumbum, arsenik, raksa, aluminium, zink, kromium dan besi terdapat dalam produk kosmetik boleh ditemui dalam krim berjenama terkemuka di China. Logam toksik ini ditambah dalam produk kosmetik seperti celak, gincu dan ubat pemutih gigi. Pengumpulan logam dalam badan manusia dikaitkan dengan kesan-kesan seperti kanser, keguguran dan ketidaksuburan.

Salah satu punca yang amat ketara dan senang dilihat adalah taktik marketing yang paling basic, iaitu, "Demand & Supply". Asalkan produk ada demand, mesti ada supply. So aku nampak demand orang Malaysia sekarang ni adalah syndrome 3P. Pemutihan,  Pelangsingan dan POWER!-ehem.ehem~

So selagi permintaan banyak, puak-puak tak bertanggungjawab ni akan terus-menerus membuat produk yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan! Dan dari segi penguatkuasaan, memang sangat banyak dijalankan malah digiatkan lagi oleh team Inforcement Farmasi. Tapi kalo dah permintaan tak turun-turun, kerja kuat macam mana pun mesti akan muncul "wajah" baru.

Jadi, pihak berkuasa dah main peranan, cuma tinggal kita je sebagai pengguna. Ambil tindakan sekarang. Jadilah pengguna yang bijak dan selektif semasa memilih produk kosmetik.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.