Gangguan kesuburan oleh Sindrom Ovari Berpolisistik (PCOS)


punca_utama_sukar_hamil_kerana_pcos

Baru-baru ni AS dikejutkan dengan berita salah seorang bekas rakan sekerja  AS terpaksa menjalani prosedur pembedahan kerana mengalami PCOS. Bila topik PCOS ni kami bincangkan antara geng-geng sejawat, barulah AS sedar yang ramai rupanya antara kita yng faham bahawa PCOS ni sejenis penyakit. Jadi pakat masing-masing ketakutan lah dengan ‘penyakit’ ni.

Tapi sebenarnya tak! PCOS atau juga dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome ni bukan penyakit, tapi adalah sejenis ‘sindrom’ gangguan endokrin yang mana ovum (sel telur) yang dihasilkan gagal dilepaskan dan terperangkap dalam ovari lalu menyebabkan ovari membengkak. So bila keadaan ni berlaku, lama-kelamaan ovari yang bengkak tu akan timbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.  ~Dr. Navdeep Singh Pannu-Pakar O&G Pusat Perubatan Tropicana dan Pakar Kesuburan, Puchong.~

Bila kata ‘sindrom’ tu, makna kata setiap wanita, tak kira bangsa dan umur mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mengalami sindrom PCOS ni. So macam mana nak kenal pasti sama ada kita sedang mengalami masalah PCOS atau tak ek?

Jom kita go through beberapa petanda dan simptom PCOS yang mudah untuk dikenal pasti:

Haid tak teratur
Tanda petunjuk biasa kepada PCOS adalah lambat datang haid, atau kadang-kadang jarak antara haid terlalu jauh, sampai menjangkau tiga hingga ke enam bulan. 

Obesiti
Kegemukan dan obesiti boleh penyebabkan kitaran haid tidak teratur dan boleh jadi punca masalah kesuburan sebab telur tak dapat menetas dengan sempurna. Jadi berisiko tinggi mengalami PCOS.

Hirsutism
Keadaan di mana bulu tumbuh pada kawasan yang tak sepatutnya ada pada wanita, contoh macam, bulu pada muka, perut, kaki dan tangan. Bila ni berlaku, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki (androgen) dalam darah wanita tersebut.

Ketidaksuburan
Masalah sebegini terjadi bila folikel-folikel telur gagal dibebaskan daripada ovari mengikut waktu.

Tanda-tanda lain
Ini termasuklah akantosis nigrikans (bahagian kulit tertentu berwarna gelap), kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki)

Kesan-kesan PCOS
Mana-mana wanita yang mengalami sindrom PCOS adalah sangat berisiko untuk menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolestrol, hyperplasia endometrium (dinding dalam rahim tebal), keguguran janin dan sukar hamil.

Langkah-langkah bagi mengawal sindrom PCOS
Bagi yang disahkan mengalami PCOS, mereka perlu mengamalkan pemakanan yang rendah karbohidrat, gula dan lemak. Dan dengan melakukan senaman secara berkala bagi mengurangkan berat badan sehingga 10%, diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Bolehkah PCOS dirawat?
Biasanya doktor akan memberikan pil perancang bagi membantu mengurangkan hormon lelaki dan mengembalikan kitaran normal haid. Sama juga dengan cypeterone acetate yang digunakan untuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesterone pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin. Manakala untuk kesuburan, Clomid tablet dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH) akan diberikan.

Dalam keadaan-keadaan tertentu, prosedur laparoskopi (ovari digerudi dengan kauteri) yang memerlukan pembedahan terpaksa dilakukan.

So, if korang rasa was-was samada masalah kesihatan yang korang alami tu PCOS atau tak, tolong cepat-cepat berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Sifat sensitif dan bersegera dapat mengurangkan kesan buruk akibat PCOS.

Ingat. Kilang (ovari) kita cuma ada sepasang. So, take a good care of them!

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.