Tips senaman mudah buat ibu-ibu beranak kecil

5/14/2017
Hai semua! Apa cerita? Tengah ternanti-nanti entri yang Syu  janjikan ke tu? ahaks! *Phuii!!* 
Olowhh..jangan arr maraahh. Syu kan memang suka buat statement syiok sendiri and ajet-ajet retis gitew..korang nihh pun. Tak paham-paham lagi loyer buruk seorang Annur Syuhadah ni ea?! Adoi.

Oklah. Cukup dengan loyer buruk,k? Seperti yang dijanjikan, Syu nak share tips-tips untuk mummies buat senaman mudah di rumah tanpa gagal. InsyaAllah, setakat ni Syu yang gila pemalas nak bersenam ni pun, masih lagi mecapai sasaran minimum 20 minit per session, tiga sessions setiap minggu.

Senaman ni sepatutnya jadi aktiviti yang menyeronokkan. Tapi kenapa ek ramai yang benci betul nak luangkan masa untuk bersenam. Personally, I sendiri perasan pada hari yang I skip senaman, mood AS masti kelaut! Sepanjang hari tu I macam grumpy semacam. Silap sikit-sikit, benda remeh temeh pun, nak marah. Bila keesokan hari nya Syu get back on my workout, mood I kembali normal malah sangat baik pun! 

Teringat Syu pada kata-kata abam Naufal haritu, “Ibu ni sangat baik lah dengan abam! Ibu ni dah tak marah-marah dah pun kat abam ni” hehehe..ibu is garang tau kalau tak workout.

Okey berikut merupakan tips-tips senaman mudah yang boleh dibuat kat rumah yang sangat serasi dengan gaya hidup seorang ibu macam kita ni. So, good luck ye mummies. Moga tak hangat-hangat tahi ayam lah semangat tu hendaknya:

Berjalan , berjalan dan terus berjalan
Jenis : Cardio
lull-a-baby

Hey I tak cakap pun kalau nak berjalan mesti nak kena keluar rumah. Menjaga anak ni sebenarnya is more physical than people realize okay?! Bila baby nak tidur contohnya, mummy cuba jangan tidurkan baby dengan endoi, sebaliknya dodoikan baby dengan cara mengendong baby, berjalan ulang alik sambil berhayun lembut badan tu sampai dia terlelap. 

Tapi kalau rumah mummy bertingkat, lagi senang! Mummy mandikanlah anak di bilik air tingkat bawah, dan siapkan pakaian anak di bilik tidur tingkat atas. Simple kan.


Melompat
Jenis : Cardio
lompat-atas-katil

Kalau mummy ada anak yang dah pandai berjalan, mummy boleh ajak anak melompat di atas katil berspring bersama-sama. This is my all time favorite tau! Syu enjoi sangat main lompat-lompat dengan abam Naufal. Hasilnya, dua-dua anak dan ibu hepi, dan ibu dapat manfaat senaman cardio jugak. 

Kalau guna trampolin lagi best! Tapi, andai kata kat rumah tak guna tilam berspring, mummy cuba la jadi kreatif dengan menyusun segala toto dan bantal di atas lantai, dan terjun ke dalam timbunan bantal tu dari atas katil berulang-ulang. Seronok, seronok jugak, tapi, keselamatan anak jangan lupa.


Senaman membina dan menguatkan otot. (heavy lifting)

Kita sebagai ibu biasanya akan tiba waktu-waktunya baby meragam, taknak tidur dan taknak duduk sendirian juga. Nak berdukung je kadang sampaikan nak memasak pun tak boleh. Takpe lah, tak memasak mummy boleh mintak asben beli nasi bungkus..kan. Tapi nak workout, mummy tak boleh la nakk mintak tolong asben tolong workout bagi pihak mummy pulak kan hahaha.

So jom tengok senaman apa yang boleh dibuat ketika anak meragam.

Crunches dan leg lifting

Letakkan anak atas perut, dan mummy lakukan crunches sambil mengacah “cak-cak” ke muka dia. Sesekali, mummy panggung kepala sampai boleh cium dahi dia jugak. Syu selalunya bila buat camni, berdekah-dekah baby Syu gelak tau. 

Pastu bila dia dah bosan, Syu tukar posisi dengan meletakkan baby kat atas tulang kering dan angkat kaki tu berulang-ulang. Orang teganu panggil mainan ni sebagai “congek canggung”. So sambung la main “cak-cak” lagi dengan anak sampai la otot mummy dah letih.

Squat dan lunges

Kedua-dua senaman ni mensasarkan pinggul, peha dan kaki. Senaman ni boleh diaplikasikan untuk mendodoi mahupun menimang anak. Sama seperti tips BERJALAN yang Syu bagitahu awal-awal tadi.


Senaman-senaman lain yang boleh dilakukan secara tak langsung

Membeli-belah
Mummy yang ada anak kecil mesti suka memilih parking paling dekat dengan pintu masuk bila pergi shopping kan? Hahaha sama lah dengan I pun. Tapi andai kata dalam satu minggu tu Syu tak capai lagi weekly workout duration, Syu akan pusing cari lot parking yang jauh dari entrance. Biasanya parking yang jauh tu, kosong dan lapang. Selain dapat kesempatan berjalan jauh sikit dari biasa, I jugak dapat manfaat ruang yang luas untuk menurunkan stroller anak. Ahaks! Bijop opp idea nim?!

Menari
Anak-anak Syu yang dua ni memang suka tengok Didi and Friends! Secara tak langsung ibu nya pun jadi terpaksa suka jugak lah dengan kartun animasi tu. Daripada duduk dan tengok saje anak-anak berjoget-joget kat kartun tu, Syu pun join lah sekali buat pergerakan badan dengan anak-anak! Syiok weyy!! Aku rasa muda sentiasa weyy bila dah ada anak-anak ni. Serius cakap!

Hubungan seks sebagai senaman
Eh,eh.hahaha. Bukan Syu kata, tapi @kevinzahri yang cakap tau. Katanya aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori. Ia menggabungkan senaman kekuatan dan cardio sekaligus! Hebat kan?! Sebagai extra-bonus, ia juga dapat mengurangkan stres mummies tau!

Papepun dalam senaman, kena pentingkan kualiti senaman. Pastikan kita mahir dalam pelaksanaan senaman kita. Tips yang Syu bagi ni pun, Syu dah sertakan dengan gambar. (gambar semua ss dari Video Youtube) Harap korang dapat faham. Tapi kalau tak pasti, korang kena lah dapatkan panduan yang bernas daripada coach kecergasan yang dekat dengan rumah korang.

Kata @kevinzahri lagi, pengambilan minuman yang bersifat metabolisme-booster seperti caffeine dan guarana, dapat membantu mempercepatkan proses membakar lemak ketika senaman. Jadi, untuk pastikan senaman korang tu membakar lemak, dan bukannya glukos, minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade mesti dielakkan sebelum memulakan aktiviti senaman.

Sekian.

No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.