Pengalaman Melalui Ritual Berpantang Lengkap


Bagi Syu, berpantang adalah satu siri upacara dan sekatan diet selama 44 hari yg bertujuan untuk membantu kita pulih sepenuhnya dari segi fizikal dan emosi selepas mengandung dan melahirkan anak.

1.
Mengurut
Syu mengurut sebaik sahaja selepas keluar dari hospital. Bidan tersebut datang mengurut 3 hari berturut-turut untuk sesi urutan badan dan susu. Setiap kali selesai sesi mengurut, Syu akan dimandikan dengan air rebusan akar kayu dan daun-daun herba. Huh..panas!

Antara faedah berurut selepas bersalin adalah:
  • melancarkan perjalanan darah;
  • menaikkan rahim;
  • membetulkan urat tegang, terputus
  • memecahkan lemak;
  • mengetat dan membentuk tubuh;
  • melancarkan susu ibu.
Walaupun Syu bersalin melalui pembedahan, tapi tetap bertungku. Walaubagaimanapun bukan melibatkan kawasan perut. Pagi-pagi,tungku Mama panaskan atas dapur, dibalut dengan daun mengkudu dan kain.  Syu letak di sisi badan, pinggang, dan paha. Kemudian Syu akan duduk di sisi katil, dan pijak tungku sehingga kehangatannya hilang.

Mandian herba dan akar kayu dipercayai akan mengembalikan kecergasan meringankan badan, membuang angin, dan mengharumkan tubuh.

Bila perlu mandi:
Sepanjang 44 hari berpantang.

Ramuan:
Mandian herba ni biasanya ada di dalam set bersalin yang boleh dibeli di kedai. Tapi untuk 2 minggu pertama ni mandian herba ni disediakan oleh bidan yg mengurut. 30 hari berikutnya, Syu pakai uncang herba yg dibeli di kedai. Ada juga dari pengeluar ubatan herba TYT. Boleh try mana-mana satu.

mandian herba selepas bersalin
Satu uncang RM 15, boleh direbus dan digunakan 4 kali mandi.

 Daun yang terlibat:
  • daun sireh 
  • daun pandan wangi 
  • daun lengkuas, 
  • daun serai wangi,
  • daun pisang kelat, 
  • daun seringan
  • daun mengkudu
  • buah kelepong (untuk banyakkan susu).
Cara menyediakan air mandian:
  1. Ikat semua daun herba dengan daun serai.
  2. Rebus selama 30 minit
  3. Biarkan menjadi suam, dan sedia untuk dijadikan mandian.
mandian herba ibu bersalin

Syu dapat merasakan perbezaan yg ketara bila lepas mandian herba. Badan rasa lebih ringan dan segar. Walaupun badan jadi panas sikit. Tapi dalam pantaang memang nak kene panas. Takleh sejuk-sejuk.

4.Jamu

Sekali lagi, disebabkan Syuberanak melalui c-section atau ceasarean, jadi Syu tak ambil apa-apa jamu yang panas. Diet orang beranak normal berbeza dari beranak bedah. Orang beranak normal akan makan nasi dengan lada hitam. Tapi kalo bedah, lada hitam memang pantang la. Kalo nak rasa macam kena bakar kat luka c section tu,makanlah.

Syu cuma amalkan supplement Shaklee dan Jus Bidadari keluaran DCL. Untuk pemulihan luka,Syu ambil tablet pati Har-One. Syu tak ambil ubat yg berasaskan gamat, sebab Syu super allergic dengan seafood, so baik elakkan kalau taknak gatal kat luka bedah ni..



Disyorkan untuk mamy : 20 resepi makanan dalam pantang bersalin normal dan ceasarean






Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ketiga berpantang, dan berat badan Syu menurun dengan baik. Cuma perut je tak dapat trim lagi sebab tak boleh pakai bengkung. Tunggu lepas 100 hari, bila dah baik luka dalaman, baru start pakai bengkung untuk reshape balik badan.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Tanpa Nama13:30

    Daun seringan memang bagus..tapi susah la nak dapat sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..agak susah nak dapat. Tapi bagi AS yang tinggal di kampung ni, alhamdulillah..mudah nak cari.

      Padam
  2. Balasan
    1. Thanks. Alhamdulillah jika ia bermanfaat

      Padam
  3. Mandian herba tu senang dijual macam tu... Saya dulu ayah yang kumpul2kan. Senang beli je camni huhu

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama15:40

    Hi my name is Christoper. Few days ago. i published a article about the best
    gynecological clinic address in Hanoi. Hope you read and feedback your review to
    me. Tks. Here is my article link: http://bit.ly/2STmuTE

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama01:43

    hi, i am Dannie. Few day ago, i published a great article about phu khoa.

    I think it will be usefull for you now. So if it is right, i can read my article at here:

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama16:18

    Having read this I believed it was really informative.
    I appreciate you spending some time and effort to put this content together.

    I once again find myself personally spending a lot of time both reading
    and posting comments. But so what, it was still worth it!

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama08:43

    Wow, that's what I was searching for, what a material! existing here at this website, thanks admin of this
    web site.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y