penawar sakit belakang-biobax

5 Tips Merawat dan Menenangkan Bayi Kembung (Colic)

12:32 PM
5 Tips Merawat dan Menenangkan Bayi Kembung | Al-kisah, pada suatu malam yang dingin ketika aku masih dalam pantang..hujan renyai-renyai menimpa atap zink rumah kampung yang berderap-derap memecahkan kesunyian malam. Malam tu memang sejuk, sungguh. Aku sendiri pun rasa sengal-sengal pinggang dan peha. Maklumlah, baru lepas bersalin kan, mana la tahan sejuk!

Naufal pulak, tak berenti-henti menangis dan kerap muntah lepas menyusu. Mama ngan Abah kata perut Naufal kembung! Jenuh dah sapu minyak angin kat perut Naufal, tapi nampak gayanya meragamnya langsung tak berkurang. Teruk jugak menangisnye, sampai tak boleh tido dibuatnya. Malam tu, Naufal nangis selak, sampai biru muka..takuit tengok!.tiba-tiba aku pulak yang menangis sekali..hohoo~



Nasib baik ada Ma ngan Abah tolong handle kembung perut Naufal. Jadi aku pon amik inisiatif untuk cari tahu cemana nak calm kan bayi kembung. Yela, nanti bila dah habis pantang, sapa nak tolong kau! Ma abah dah jauh! huuuu~

Pertama- 
Sapu minyak angin atau minyak telon dan urut dengan lembut perut bayi dari diafragma ke bahagian ari-ari. Bagi aku, minyak yuyi cap limau memang serasi dengan Naufal. Baru je sapu, terus kentut kentut.
minyak kembubg perut

Kedua -
Teruskan urutan lembut pada perut bayi sampai dia keluarkan angin, atau hingga dia bertenang.
rawat bayi colic


Ketiga -
Kalau bayi korang menangis sangat dahsyat, langkah (kedua) diatas memang sangat tak sesuai! Silap-silap, kalo letak bayi dalam keadaan berbaring, terus dia menangis lagi teruk.
So korang kena terus skip ke langkah ketiga, iaitu dukung bayi korang dengan menindih perutnya ke dada kita. Pastu, korang dodoi atau sway la badan korang untuk menenangkannya.
colic


Keempat -
Dukung bayi dalam posisi macam "Superman". Dan seperti biasa, ayun-ayun kan badan korang untuk menenangkan bayi. Tapi, kalo korang tak yakin atau tangan korang tak cukup kuat nak tampu badan baby, aku rasa lebih baik korang duduk je atas kerusi, kemudian letakkan bayi meniarap atas ribaan korang, masih dalam posisi "Superman".
merawat bayi kembung

meniarap bayi kembung


Kelima -
Kalo bayi korang masih menangis, cuba duduk atas kerusi, dan letakkan bayi anda berbaring atas ribaan korang dengan keadaan kakinya menghala ke dada korang, dan kepala baby berada di atas lutut. Angkat kaki baby, dan buat gerakan memusing macam mengayuh basikal. 

Sambil mata memandang tepat ke arah muka bayi, dan ajak baby bermain dengan mengacah-acah baby dengan muka yang lucu. Selain dapat buat baby happy, gerakan mengayuh ni jugak dapat membantu baby kentut dan sendawa.
tips keluarkan angin


Kalo dah buat kelima-lima tips diatas, tapi baby masih tak lega, korang pilih langkah terakhir dengan memberikan baby korang minum ubat. Errr..bukan ubat sebenarnya, tapi ramuan herba yang membantu melegakan kembung perut. 

Walaupun Gripe Water ni tak mengandungi bahan kimia bahaya, tapi aku sentiasa menjadikan ini sebagai ikhtiar terakhir untuk kembung perut. Untuk baby bawah 3 bulan, cuma berikan 2-3 titis sahaja.
woodsward gripe water


Annur: Selain pada tu, korang ibu-ibu cuba la elakkan makanan yang berangin, sebab nanti bila korang menyusukan baby, takdela baby dapat tempias nya.. Selamat berpantang kepada yang masih berpantang! Jangan stress-stress! ^_^

8 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Betul tu...
    Dekatkan bayi dengan diri ibu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang anak lelaki kalo kembung dia nak kat ayah..huhuhu kecik ati ibu

      Delete
  2. petua yang bagus.. betul, kalau boleh elakkan makanan yang berangin bagi yang masih menyusukan anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan berangi tu macam mane eyda..makan nasi depan kipas angin ea..hehe

      Delete
  3. Nice sharing. Selain tu usap-usap betisnya sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh...betul2..selalu tengok mak buat camtu kat naufal masa kecik2

      Delete
  4. bukan budak-budak je, orang tua pun bagus guna minyak nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak liliy. Annur pun selalu sapu kat tumit kaki bila mengandung.. Dapat elak daripada kaki masuk angin

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.