penawar sakit belakang-biobax

Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah masa mengandung.

5:04 PM
Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah masa mengandung | Bagi ibu yang hamil pertama kali mungkin masih belum familiar dengan term Hb ni. Tapi bagi ibu-ibu yang sedang atau pernah mengandung, mesti perkataan Hb ni dah selalu duk nyanyi di mulut je. Paling risau kalau pergi klinik, nurse buat pemeriksaan dan cakap kita ada masalah Hb rendah! Adoi susahnya hati..jadi apakah cara pantas selesaikan masalah Hb rendah semasa mengandung ni?

Pernah dengar tak tentang anemia?  

Anemia, dalam bahasa mudahnya adalah penyakit kurang darah. Annur taknak bagi definisi yang saintifik sangat kat sini sebab Annur lebih suka kalau penulisan Annur kat blog ni lebih mudah "ditelan" dan "dihadam". Kalau korang berniat nak dapatkan details secara saintifik, korang boleh rujuk WebMD atau laman web KKM.

So anemia ni sama la dengan Hb rendah?

Hb atau haemoglobin ni merupakan transport untuk angkut oksigen, dan ianya ada pada sel darah merah. So kalau kurangnya darah merah, maka kurang jugak lah Hb korang. Sebab tu kita tengok, ibu hamil ni selalu runsing memikirkan cara cepat nak naikkan Hb masa mengandung. Yelah, bayangkan janin yang dikandung tu bergantung 100% oksigen dari darah ibu. Kalau "kereta" yang nak bawak oksigen tu sendiri tak cukup, macam mana oksigen nak sampai kepada janin?


Bahaya anemia semasa mengandung

Anemia boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan (keguguran) dan kemurungan selepas kelahiran. Sekiranya kandungan berjaya diselamatkan hingga bayi dilahirkan, bayi korang mungkin lahir kecil je sebab tumbesaran yang terbantut. Selain tu, bayi tersebut jugak berisiko mengalami kerencatan perkembangan akal dan psiko-motor.


Sebab tu pil haematinic yang dibekalkan tu kena disiplin makan

Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah masa mengandung.
Iberet Folic 500 ~ Sustained released haematinics tablet.
Range normal Hb bagi ibu hamil adalah 10 - 15 gm/dL. Jika bacaan Hb ibu kurang dari 10, itu dah dikira rendah. Dalam keadaan Hb rendah macam ni, ibu akan mudah letih, nafas tercungap-cungap, berdebar, lemah dan selalu mengantuk. Pil haematinic terdiri daripada zat besi, B12 dan asid folik, dimana kesemua ni adalah zat-zat yang diperlukan untuk menghasilkan darah merah. Bonus: Vitamin C yang membantu penyerapan zat besi juga turut ada dalam tablet Iberet ni.

Pengalaman Annur mengandung anak sulung

Empat tahun lepas, (2013) Annur hamil anak sulung pada usia 26 tahun, Annur sendiri mengalami anemia teruk. Pada adatnya, bila mengandung muda, takde lah masalah sangat kan. Tapi mungkin silap dari segi pemakanan. Macam Annur ni, anemia hanya disebabkan kekurangan zat besi semata-mata. Apa boleh buat, tabiat Annur yang kuat minum Nescafe dan kopi tu tak boleh nak buang. Rasanya Annur ni dah tahap ketagihan kafein pun dah rasanya.hahaha. So jangan buat-buat tak tahu yang kafein ni mengganggu penyerapan iron (dan kalsium jugak) ke dalam badan ye.

Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah masa mengandung.
Bacaan Hb masa mula-mula booking.

Bertindak all out untuk naikkan semula Hb

Bila kena refer doktor, doktor terus suruh berhenti tablet haematinics yang klinik bekalkan. Lpeas tu Annur di suruh ambil Iberet Folic, 2 tablet setiap kali sebelum tidur malam. Cara ni, dapat mengelakkan dari kesan refluks atau gangguan perut akibat menelan ubat ni. Tapi kadang tu, tengah tidur pun, bila dia datang bergelora dalam perut, Annur tetap akan terjaga dan muntah tepi katil.huhu.

Berhenti pengambilan kafein dan amalkan diet seimbang

Annur berkorban nafsu tekak yang hari-hari nak breakfast kopi tu, kepada susu dan jus buah jer. Untuk susu, Annur selalu buat tamar milkshake. Yummy!! Cuma blendkan puree buah kurma, air batu dan juga susu segar. Sangat sedap! 

Masa lunch, aku makan nasi 3 sudu je, selebihnya, aku meratah lauk. Menu yang selalu jadi santapan antaranya kerang rebus separuh cicah sos cili, lala, bayam rebus cicah sambal belacan, ikan tongkol masak singgang, ikan cencaru dan ikan bilis goreng garing bersama bawang besar. Menu simple, tapi kuantitinya banyak,sehinggakan aku kena meratah untuk habiskan lauk aku tu.


Untuk snek petang-petang, aku makan jambu batu, yang di cicah garam beriodin (klinik kesihatan yang bagi) bersama susu yogurt Nestle Bliss. Ohh~ demi kesihatan anak dalam perut, ibu rela turutkan. Padahal tak pernah aku minat pun dengan minuman susu kultur ni, tak kira lah brands apa pun. Masam! Tapi..begitulah rutin makanan aku hari-hari.

Malam, aku dah tak makan pape, sebab nak prepare perut untuk terima Iberet Folic dah karang. Paling lewat aku akan minum susu dalam jam 7 malam. Lepas tu aku takkan isi perut dengan pape dah. Dalam kul 11 malam gitu, aku masuk tidur, aku akan telan 2 biji tablet Iberet. Korang jangan tiru aku. Aku telan 2 biji ni atas saranan doktor tau! Aku tak bertanggungjawab kalo korang alami iron toxicity sebab ikut cara aku makan Iberet sampai 2 biji.

Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah masa mengandung.
Dengan izin Allah jua, Hb aku naik setiap 2 minggu.
Aku dalam kategori kehamilan berisiko, jadi selang tempoh checkup adalah setiap 2 minggu.

Kesimpulan

Tiada jalan pintas untuk naikkan Hb ketika mengandung melainkan dengan kaedah "topup" badan kita dengan supplement seperti Iberet Folic tu. Petua sampingan macam amalkan makan kurma, kismis, delima semua tu boleh dilakukan sebagai "booster" sahaja, tapi tidak sebagai rawatan utama.



Annur: Walaupun aku berjaya naikkan Hb aku lebih 11 gm/dL , tapi risiko tu tetap ada. Aku lahirkan anak sulung aku dengan berat 1.8 kg pada usia kandungan 7 bulan. Sama ada ia ade kena mengena dengan masalah anemia aku atau tak..itu wallahua'lam.

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Oo AS punya JB mmg rendah la masa peksen anak sulung. Tq for tips

    ReplyDelete
  2. Besarnya pengorbanan seorang ibu..

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.