Sedapnya Susu Nestlé MOM & Me. Rasa macam aiskrim vanila.

5/31/2017
Review Susu Nestlé MOM & Me | Bulan lepas, mamy dapat email jemputan untuk join kelab Nestlé. So dari situ mamy tergerak hati nak cuba susu Nestlé MOM & Me ni. Sebab I fikir, selama susukan dik Fael, dekat 2 tahun ni, I  tak ambil apa-apa susu atau supplement langsung. Kebetulan pulak mamy sekarang memang tengah merancang nak mengandung lagi.

So elok juga aku start survey susu formula kehamillan untuk persediaan awal.kan?

review-susu-nestle-mom-&-me


Sedapnya Susu Nestlé MOM & Me. Rasa macam aiskrim vanila!

Syu jenis tak cerewet susu. Apa jenis susu pon Syu telan termasuklah susu yang kuat bau "lembu" nya pun Syu tetap suka! Lepas try susu Nestlé MOM & Me, Syu rasa dia taklah sehamis mana.

Ha, korang pernah minum vanilla shake tak? Rasa berkrim macam ais krim vanila gitu lah rasa dia. Sedap! Bagus bagi korang yang jenis tak lalu minum susu.

Penting! Jangan bancuh susu Nestlé MOM & Me dengan air terlajak panas.

Cara-cara penyediaan susu Nestlé MOM & Me ni senang je, just sediakan segelas air suam, pastu cedok 6 sudu susu. Kacau, dah boleh minum! Kalau letak ais, lagi lah kelas!

Nak bancuh susu Nestlé MOM & Me ini kena pastikan suhu air tak terlalu panas melebihi 40°C tau. Sebab dia ada kandungan BL Bifidus probiotic (bakteria baik) di dalamnya.

Kalau korang bancuh Nestlé MOM & Me dengan air panas, kandungan bifidobacteria boleh mati secara berjamaah okay. Kesian depa. Kena bunuh dengan air panas huhu. 

Pulak tu, rugi lah! Bakteria baik ni nanti akan tolong sistem penghadaman ibu juga tau, demi mengelakkan masalah sembelit yang biasanya membelenggu ibu-ibu mengandung. Malang sungguh sebab korang dah bunuh bakteria penyelamat sembelit korang.

Seperkara lagi. Perasan tak, kita lepas bersalin di hospital, biasanya akan diberi rejimen antibiotik untuk dibawa balik untuk mengelakkan jangkitan pada luka perineum. Bila kita makan antibiotik, semua bakteria dalam usus akan mati, termasuklah yang baik pun.

So memang bagus sebenarnya kita makan atau minum sesuatu yang ada kandungan bakteria baik untuk seimbangkan balik bakteria baik-jahat dalam usus kita.
review-susu-nestle-mom-me-vanilla
Review aku memang genuine berdasarkan apa yang aku rasa. Tapi kalau korang masih rasa ragu-ragu, korang bolehlah dapatkan free sample Nestlé MOM & Me korang sendiri kat bawah sini. Okbai..muahh! Aibeyu!
Susu ibu hamil nestle mom & me

12 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Elok juga Susu ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mama. Susu Nestle mom ni elok serasi dgn Syu

      Delete
  2. Aah, mama.. Yang penting tak menyebabkan loya. Hihi

    ReplyDelete
  3. sy pn setia dgn ssu ni dr ank pertama.. mmg kena gn tekak.. shari xmnum rsa xlgkap😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa betul betul fan tegar nestle ni hehe

      Delete
  4. Anonymous12/26/2019

    Maksudnya sebelum preggy dah boleh start minum susu ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mommy. Sesuai untuk siapa yang merancang untuk hamil atau TTC (trying to conceive). Selain daripada ambil tablet folic acid, 3 bulan sebelum nak mengandung, elok amalkan.

      Delete
  5. Pasaraya mana ada jual ye nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu nestle mom & me ni dah rebrand dan berwajah baru dengan nama barunya NESTLE MOM PRONATAL PLUS ya. Boleh cuba beli online melalui shopee, klik link ni https://shp.ee/mw6bp3v

      Delete
  6. Sis. Sya dah cari susu nestle mom&me ni kat supermarket xde pun

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.