6 manfaat senaman squat semasa hamil

Māmy Syu
0
Senaman.
Semua antara kita ni tahu kepentingan senaman dalam mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan kita. Mentelah lagi lah bagi ibu-ibu yang berbadan dua. Bila kita mengandung, titik graviti badan kita akan sedikit shifted dan sedikit sebanyak akan mengganggu keseimbangan badan. Jadi senaman squat sebenarnya akan membantu dari segi realign balik mana-mana sendi yang belok tu, sekaligus dapat mengurangkan kerengsaan dan sakit-sakit badan ketika mengandung.

So berikut merupakan beberapa manfaat senaman squat jika dilakukan dengan cara yang betul:

senaman-squat-semasa-hamil

Mengelakkan sakit belakang dan sakit bahagian pelvik

Hormon yang dirembeskan semasa kehamilan boleh mengakibatkan ligamen-ligamen  menjadi kendur. Justeru menyebabkan sakit badan. Dengan membuat senaman squat, otot-otot punggung dapat dikuatkan dan membantu mengurangkan kesakitan di bahagian pinggul ke bawah. Ia juga boleh membantu stabilkan semula alignment pelvis kita dan menguatkan sendi.


Menguatkan otot lantai pelvik

Otot lantai pelvik mengalami tekanan sepanjang kehamilan. Ia juga merupakan otot utama yang terlibat dalam proses bersalin kelak. Senaman squat dikatakan dapat membantu otot-otot sekeliling lebih bersedia untuk proses kelahiran.


Memberi kekuatan pada ibu dalam posisi kelahiran

Squat membantu menguatkan otot kaki semasa proses kelahiran. Kaki yang kuat akan memberikan ibu ketahanan yang tinggi semasa duduk dalam posisi bersalin. Ada juga ibu yang keletihan hingga mememerlukan kaki diikat bagi tujuan meluaskan lagi bukaan pelvis semasa meneran. Percayalah, lebih baik kita duduk dalam posisi tu secara semulajadi berbanding dipaksa dengan bantuan alatan. Kesannya akan kita rasa walaupun selepas habis tempoh pantang.


Persediaan dalam proses kelahiran

Memandangkan squat ni menyamai sesetengah posisi kelahiran, maka jika ibu-ibu biasa amalkan senaman squat, ia sedikit sebanyak akan membantu ibu cope rasa sakit contraction masa proses bersalin, dan membantu janin engage ke pintu pelvis dengan lebih mudah. Semua orang tak sanggup menghadapi sakit bersalin sampai berjam-jam malah berhari-hari, menanti bukaan pintu rahim. Kalau boleh semua orang nak perineum tu cepat je buka sampai 6 cm supaya boleh cepat masuk labor room.


Membantu mengurangkan risiko sembelit

Sembelit semasa mengandung itu memang biasa terjadi pada ibu-ibu biarpun selama ini ibu tak pernah mengalami masalah sembelit, ibu tetap berisiko dapat sembelit. Senaman squat dapat membantu menggalakkan aktiviti pergerakan otot usus menjadikan sistem pencernaan ibu lebih lancar dan rutin pembuangan lebih teratur.


Memendekkan tempoh labor

Ibu boleh mengurangkan tempoh labor sekurang-kurangnya 90 minit setiap satu sesi squat. Proses kelahiran yang singkat adalah impian setiap ibu dan senaman squat lah merupakan salah satu jalannya.


Langkah berjaga-jaga dan juga larangan :

1- Bagi ibu yang dikenalpasti memiliki kandungan songsang. Ini kerana squat akan membantu janin turun kebawah, jadi jika bayi korang songsang, ia hanya akan menerukkan lagi keadaan dan mungkin akan memerlukan kelahiran secara pembedahan.

2- Bagi ibu yang merasa sakit apabila melakukan senaman squat ini, harus berhenti serta merta daripada meneruskan aktiviti senaman ini.



Baca juga : Senaman ibu hamil untuk memudahkan proses bersalin  |  Tips senaman mudah buat ibu-ibu beranak kecil 

Penafian : Senaman-senaman di dalam artikel ini bertujuan sebagai panduan sahaja. Annur Syuhadah mungkin salah seorang personel dalam bidang kesihatan, namun bukannya doktor. Jadi Annur tidak layak untuk memberikan nasihat medikal. Sebarang kesan negatif akibat dari mengikuti isi kandungan artikel ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Harus diingatkan bahawa kekuatan badan setiap orang adalah berbeza-beza. Penting untuk mengukur sendiri kemampuan diri masing-masing.

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!