Iberet Folic–Cara pantas Naikkan Hb Ketika Hamil

Masalah Hb rendah masa mengandung | Bagi ibu yang hamil pertama kali mungkin masih belum familiar dengan term Hb ni. Tapi bagi ibu-ibu yang sedang atau pernah mengandung, mesti perkataan Hb ni dah selalu duk nyanyi di mulut je. Paling risau kalau pergi klinik, nurse buat pemeriksaan darah hujung jari dan mendapati kepekatan haemoglobin dalam darah rendah! Adoi susahnya hati. Jadi apakah cara pantas selesaikan masalah Hb rendah semasa mengandung ni?

Pernah dengar tak tentang anemia?  

Anemia, dalam bahasa mudahnya adalah penyakit kurang darah. Syu taknak bagi definisi yang saintifik sangat kat sini sebab Syu lebih suka kalau penulisan Syu kat blog ni lebih mudah "ditelan" dan "dihadam". Bak kata orang kampung aku, bahasa layman katanya.

Tapi, kalau kalian berniat nak dapatkan details penyakit anemia secara saintifik, boleh lah rujuk WebMD atau laman web rasmi KKM saja ya. Sebab di sini, Syu menulis berdasarkan pengalaman sendiri serta secebis ilmu dalam bidang farmasi saja. Blog Syu bukan setaraf laman portal KKM yang memberi nasihat kesihatan. Nonono jauh sekali.

So anemia ni sama la dengan Hb rendah?

Hb atau haemoglobin ini merupakan transport untuk mengangkut oksigen. Dan ianya berada di setiap sel darah merah. So ianya saling berkaitlah. Andai kata kalau kalian kurang darah merah, maka kurang juga lah Hb kalian.

Sebab tu kita tengok, mana-mana ibu hamil akan selalu runsing memikirkan cara cepat nak naikkan Hb masa mengandung. Yelah, bayangkan janin yang dikandung tu bergantung 100% oksigen dari darah ibu. Kalau "kereta" yang nak bawak oksigen tu sendiri tak cukup, macam mana oksigen nak sampai kepada janin?



Bahaya anemia semasa mengandung

Anemia boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan (keguguran) dan kemurungan selepas kelahiran. Sekiranya kandungan berjaya diselamatkan hingga bayi dilahirkan, kemungkinan besar bayi kalian akan lahir dengan saiz yang lebih kecil daripada berat normal bayi baru lahir. Ini disebabkan tumbesaran yang terbantut semasa berada di dalam rahim. Selain tu, bayi tersebut jugak berisiko mengalami kerencatan perkembangan akal dan psiko-motor.


Sebab tu pil haematinic yang dibekalkan tu kena disiplin makan

Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah masa mengandung.
Iberet Folic 500 ~ Sustained released haematinics tablet.
Range normal Hb bagi ibu hamil adalah 10–15 gm/dL. Jika bacaan Hb ibu kurang dari 10, itu dah dikira rendah. 

Tanda-tanda Hb rendah

Dalam keadaan Hb rendah macam ni, ibu akan mudah letih, nafas tercungap-cungap, jantung berdebar, lemah badan dan selalu saja menguap dan asyik nak tidur je. Dalam keadaan lebih serius, ibu boleh tumbang akibat gelap mata atau pitam. Jadi awas ya. Hb low bukan perkara remeh!


Kandungan vitamin dalam Iberet Folic 500

Pil ini terdiri daripada zat besi, B12 dan asid folik, dimana kesemua ni adalah zat-zat yang diperlukan untuk menghasilkan darah merah. Bonus: Vitamin C yang membantu penyerapan zat besi juga turut ada dalam tablet Iberet ni.

Satu lagi bonus yang menjadikan Iberet ini special adalah, film coated atau bahasa mudahnya, tablet iberet ni 'pakai baju kalis peluru' gittew.

Misi utama film coated adalah untuk memelihara zat besi dalam tablet iberet daripada terdedah kepada tindakan kimia dalam perut.

Ia akan bertahan melindungi zat besi ini daripada termusnah at least sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. 

Sesampainya dalam usus kecil, setiap zat dari tablet ini akan diserap dengan jayanya ke dalam aliran darah. Jyeahh! Mission accomplish!

Pengalaman Syu mengandung anak sulung dengan Anemia

Empat tahun lepas, (2013) Syu hamil anak sulung pada usia 24 tahun, Syu sendiri mengalami anemia teruk. Pada adatnya, bila mengandung muda, takde lah masalah sangat kan. Tapi mungkin Syu silap dari segi amalan diet harian dan corak pemakanan.

Macam Syu ni, anemia hanya disebabkan kekurangan zat besi semata-mata. Apa boleh buat, tabiat Syu yang kuat minum Nescafe dan kopi tiap-tiap hari tu tak boleh nak buang.

Rasanya Syu ni dah tahap ketagihan kafein pun dah rasanya hahaha. So jangan buat-buat tak tahu pula yang kandungan polyphenols dalam minuman seperti kopi dan teh boleh mengganggu penyerapan iron ke dalam badan ye.

Faktor lain yang boleh merencat penyerapan iron adalah bijirin dan bijian (grains) sebab kedua-dua sumber tumbuhan ini mengandungi phytates yang boleh mengganggu penyerapan zat besi. Susu dan produk tenusu juga mempunyai komponen yang merencat penyerapan zat besi, iaitu kalsium.

Untuk orang yang sihat dan mempunyai paras Hb normal, makanan-makanan yang Syu sebut tadi takkan menjadi masalah buat dia. Tapi untuk ibu hamil dan penderita anemia patut alert dan cuba jarakkan pengambilan makanan dan minuman sebegitu sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan ubat tambah darah.

Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah masa mengandung.
Bacaan Hb masa mula-mula booking 7.5 gm/dL je

Bertindak all out untuk naikkan semula Hb

Bila Syu kena refer ke doktor, doktor terus suruh aku berhenti makan tablet haematinics yang klinik bekalkan (yang tablet 4 sekawan tu, B complex, Folic Acid, Vitamin C dan Ferrous). Sebaliknya aku di suruh ambil Iberet Folic, dua biji setiap kali sebelum tidur malam. 

Cara ni, dapat mengelakkan dari kesan refluks atau gangguan perut akibat menelan ubat ni dengan perut kosong. Tapi kadang tu, tengah tidur pun, bila dia datang bergelora dalam perut, Syu tetap akan terjaga dan muntah tepi katil.huhu.

Berhenti pengambilan kopi dan amalkan diet seimbang

Syu terpaksa berkorban nafsu tekak yang hari-hari nak breakfast kopi tu, kepada jus buah jer. 

Kadang-kadang bila rajin Syu akan buat susu kurma atau tamar milkshake untuk breakfast. Ahh shoo shedap! Cuma blend kan puree buah kurma, air batu dan juga susu badam. Ohh nyaman! 

Masa lunch pula, aku hanya makan nasi 3 sudu je. Selebihnya, aku meratah lauk. Menu yang selalu jadi santapan antaranya kerang rebus separuh cicah sos cili, daging rebus, lala, bayam rebus cicah sambal belacan, ikan tongkol masak singgang, ikan cencaru dan ikan bilis goreng garing bersama bawang besar. 

Menu simple je, tapi kuantitinya banyak, sehinggakan aku kena meratah untuk habiskan lauk-pauk penambah darah aku tu.

Memang terpaksa buat macam tu, sebab nak tingkatkan iron intake melalui pemakanan harian juga. Kalau aku dah belasah nasik 2 pinggan, nanti perut dah tak ada ruang pula nak masuk lauk-pauk tinggi zat besi tu semua.



Untuk snek petang-petang pula, Syu makan jambu batu, yang di cicah garam beriodin (klinik kesihatan yang bagi) bersama susu yogurt Nestle Bliss. 

Ohh~ demi kesihatan anak dalam perut, ibu rela turutkan. 

Padahal tak pernah aku minat pun dengan minuman susu kultur ni, tak kira lah brands apa pun haih. Tak suka, masam! Tapi, begitulah rutin snacking aku hari-hari. No more pisang goreng, cempedak goreng petang-petang. isk..isk~

Malamnya, aku dah tak makan pape, sebab nak prepare perut untuk terima Iberet Folic dah karang. Paling lewat aku akan makan dinner jam 6.30 petang dan minum susu rumusan ibu mengandung dalam jam 7 malam. Lepas tu aku takkan isi perut dengan pape dah. 

Dalam kul 10.30 malam gitu, aku dah prepare nak masuk tidur. Tepi katil dah standby siap 2 biji tablet Iberet dengan air satu tumbler.

Japgi dalam daerah pukul 2 pagi, alarm akan berbunyi. Aku mamai-mamai, akan ambil 2 biji iberet, dan minum 3 teguk air. Sambung tidur!

Dengan sepantas yang boleh ye gais! Sebab kalau lambat, mata akan segar, dan payah nak sambung tidur. Dan kalau tak tidur, ha kau siap!

Merana la duk meloya dan muntah-monggek kat situ. Akan berhuhuhu lah aku sampai subuh.

Dos dan Cara Pengambilan Pil Iberet

Ehh! Awas ya. Kalian jangan ikut dos iberet aku tau. Aku ambil 2 biji iberet ni pun, sebenarnya atas saranan dan nasihat doktor tau! 

Please bear in mind. Walaupun iron tablet macam iberet ke, zincofer ke, vita-lea ke, obimin ke and whatsoever brand lah kan yang dijual tu, itu semuanya supplement kesihatan. Makanan tambahan untuk kesihatan.

Ianya memerlukan nasihat daripada ahlinya. Diulang, a.h.l.i.n.y.a. Sama ada doktor atau pharmacist only. Tidak semua orang memerlukan supplement in their life. Kalau awak sihat segar bugar, cukup zat semua, buat apa bazir duit makan supplement bagai.

Aku tak nak bertanggungjawab kalau korang alami iron toxicity sebab ikut cara aku makan Iberet sampai 2 biji ni ok? 

Cara pantas selesaikan masalah Hb rendah masa mengandung.
Dengan izin Allah jua, Hb aku naik setiap 2 minggu.
Aku dalam kategori kehamilan berisiko, jadi selang tempoh checkup adalah setiap 2 minggu.

Kesimpulan

Tiada jalan pintas untuk naikkan Hb ketika mengandung melainkan dengan kaedah "topup" badan kita dengan supplement yang power seperti Iberet Folic ni.

Petua tradisional macam amalkan makan susu kacang badam, kurma, kismis, delima, dragon fruit semua tu boleh dilakukan sebagai "booster" sahaja, tapi tidak sebagai rawatan utama.



Mamy Syu: Walaupun aku berjaya naikkan Hb aku lebih 11 gm/dL , tapi risiko tu tetap ada gais. Akhirnya anak sulung aku dilahirkan dengan berat 1.8 kg pada usia kandungan 7 bulan melalui emergency ceasar.

Samaada ia ada kena mengena dengan masalah anemia aku atau tak, itu wallahua'lam. So this is my experience. Genuine!

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Oo AS punya JB mmg rendah la masa peksen anak sulung. Tq for tips

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memamg bergantung dwngan iberet folic je. Hematinic lain, tak mau nye naik HB

      Padam
  2. Besarnya pengorbanan seorang ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ada ganjaran buat ibu-ibu semua..seluruh dunia

      Padam
  3. Tengah sibuk google pasal iberet ni. Dari dulu sampai anak keempat ni masih muntah makan iberet. Sobsss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang wak. Iberet ni berasid. Sebab ada dimasukkan vitamin C sekali dalam nya. Jadi mmg mudah muntah. Muntah kaler merah hihuhu

      Padam
  4. qidabelly21:53

    terimakasih perkongsian. lahirkan anak sulung tu secara normal ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak sulung sy lahir melalui kaedah emergency czer.

      Padam
  5. Cara makan ubat nya satu biji setiap pagi kan tapi sebelum mkn atau lepas mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seeloknya 30 minit sebelum makan.
      Tapi kalau dah 'ter' makan breakfast pagi tu, tunggu selepas 2 jam, barulah telan 1 biji iberet folic.

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y