resepi semperit gebu simple, resepi semperit sukatan cawan resepi semperit gebu gebas, semperit cair di mulut, resepi semperit dahlia, semperit resepi orang lama-lama dulu, semperit klasik,resepi biskut dahlia orang lama
Resepi Semperit Asli Tradisi - Resepi Biskut Semperit Legend | Resepi kuih semperit atau kuih dahlia ini sebenarnya merupakan kuih tradisi orang lama dulu-dulu. Dalam erti kata lainnya adalah kuih raya klasik sejak zaman-berzaman. Biarpun Mamy Syu ni orang muda Gen-Y, tapi I sangat cerewet bab kuih-kuih tradisi ni. 
resepi biskut semperit legend
Bila sebut je kuih tradisional, Syu akan usaha mengekalkan rasa asli kuih samperit ni, mengikut resepi asal turun-temurun dari arwah opah aku. Nostalgia kot! Itulah nilai sebenar yang nak aku kekalkan tu.
 resepi semperit asli 
                   *rindu opah* sobss..sobss.
 resepi semperit asli 

Semperit Tradisi Empat bahan Sahaja

Resepi semperit ni aku perolehi dari Mama aku, yang juga sebenarnya diperturunkan dari opah, oyang dan lapis-lapis atas yang muka diorang pun aku sendiri tak pernah lihat. Bahan yang digunakan untuk membuatnya pun cuma terdiri dari empat bahan sahaja. 
resepi semperit dahlia mudah
No cheese, no susu pekat, no food coloring, no synthetic flavour.
resepi biskut semperit legend
resepi semperit dahlia mudah,resepi semperit asli ,resepi semperit gebu simple dan sedap, resepi semperit sukatan cawan, kuih semperit gebu gebas, semperit cair di mulut, resepi semperit dahlia, semperit resepi orang lama-lama dulu, semperit klasik
Kejadian semperit aku sebelum bakar dan selepas dibakar.
Nampak smooth kan?
acuan semperit yang mudah
resepi biskut semperit asli sukatan cawan

Resepi Asli Biskut Semperit Tradisi, Resepi Ori Orang Lama Dulu Tanpa Dimodenkan

Sebelum apa-apa, jom layan dulu video Cara Menekan Adunan Semperit agar kelihatan menarik!
resepi biskut semperit asli sukatan cawan
Roll VT!
 acuan semperit yang mudah
resepi semperit dahlia mudah
Macam mana? Nampak senang saja kan?
Ok. Jom tengok apa bahan-bahan nak buat semperit turun temurun ni.
resepi biskut semperit asli sukatan cawan
Bahan-bahan :
1 tin tepung jagun Brown and Polson (cap Butterfly) bersamaan 400gm
¾ cawan pure butter bersamaan 185gram [Golden Churn] [Anchor Pure Butter]
¾ cawan gula icing bersamaan 170gram
6 biji kuning telur sahaja
    (Kalau nak pakai whole egg pun boleh tapi, guna 3 biji. Putih telur akan membuatkan samperit jadi keras & crispy berpasir macam cookies)
1 sk serbuk vanila (esen vanila pun boleh)
resepi biskut semperit legend
Hiasan :
Buah ceri secukupnya
resepi biskut semperit legend
Cara-cara :
1. Pukul butter bersama gula dengan menggunakan senduk kayu.
2. Jangan terlebih pukul hingga kembang, cukup sekadar sebatikan adunan je. Jika terlebih pukul ia akan menjadikan bunga semperit korang jatuh dan meleper bila dibakar.
3. Seterusnya masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.
4. Teruskan mengacau dengan senduk kayu.
5. Bila semua telur dah habis dituang, bolehlah masukkan serbuk vanila.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati
7. Gunakan tangan, uli adunan tepung hingga membentuk doh lembut yang boleh ditekan. 
(Rujuk gambar di bawah)
resepi biskut semperit legend
resepi biskut semperit legend,resepi biskut semperit asli sukatan cawan,resepi semperit gebu simple dan sedap, resepi semperit sukatan cawan, kuih semperit gebu gebas, semperit cair di mulut, resepi semperit dahlia, semperit resepi orang lama-lama dulu, semperit klasik
semperit susu azlina ina
8. Jika doh nampak terlalu lembut, jangan tambah tepung. Sebaliknya simpan sejuk doh tersebut selama ½jam sebelum ditekan dengan acuan semperit.
9. Dengan menggunakan acuan semperit (Syu guna bunga pecah 8), tekan doh semperit ke atas loyang sehingga habis.
10. Letakkan buah ceri yang telah dipotong dadu di tengah-tengah bunga dahlia korang tu
11. Bakar dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 170°c selama 20 minit atau hingga berbau wangi.
12. Pastikan korang bakar di rak level kedua paling bawah oven korang.
13. Jangan bakar hingga terlajak garing hingga berubah warna kepada hawa-hawa koko gitu.
resepi biskut semperit asli sukatan cawan
semperit susu azlina ina,Semperit klasik samprit klasik
semperit susu saji 
Sebab semperit yang overcooked, teksturnya keras dan rasa berpasir!
Akan hilang lah nikmat "melting" nya itu sekiranya terlajak masak.
semperit susu saji , Semperit klasik samprit klasik,semperit susu azlina ina acuan semperit yang mudah resepi semperit ustazah resepi biskut semperit legend
Contoh semperit terlebih masak.
Atas bawah berwarna koko

semperit susu azlina ina

Tips membakar semperit agar gebu dan cair si mulut: 

Selepas 10 minit biskut semperit dibakar, pusingkan loyang pada putaran 180°. Atau dalam bahasa mudahnya, rotate dulang / loyang agar samperit yang berada paling dekat dengan pintu oven, beralih ke kedudukan dinding belakang oven. Gittew!

Barulah biskut korang masak sekata dan cantik warnanya. ^_^

Siap!
resepi semperit ustazah
Tunggu dia sejuk, pastu barulah disusun kan ke dalam balang.

semperit susu azlina ina
Resepi semperit aku ini akan menghasilkan 125-132 biji semperit, bergantung pada cara korang menerap kuih korang. Kalau korang buat tebal, dapat la sikit je. Kalau korang ikut saiz yang macam aku buat ni, korang akan dapat 132 biji semperit macam di bawah ni. Tiga suku hampir penuh balang saiz besar 4L.
resepi semperit ustazah
semperit susu azlina ina,resepi semperit klasik paling lembut gebu dan mudah
semperit susu azlina ina semperit cair di mulut
semperit susu azlina ina

Apa yang aku suka dengan semperit resepi original orang lama ni?

Aku suka tekstur nya yang gebu dan halus, sehalus kuih bakar (kuih bangkit). Pastu, bila di makan, ianya cair di dalam mulut. Ohh~ heaven nya. dari kecil aku reti dan faham yang kuih semperit harus lah gebu dan cair di mulut.
semperit susu azlina ina
So bila ia cuba dimodenkan dengan menambah susu pekat, cheese, perisa-perisa tiruan dan macam-macam lagi, aku rasa "cannot-go" gittew. haha korang rasa aku ni kolot kan? Yes. Memang bab makanan klasik, aku kolot dan sangat-sangat memilih. Kalau beraya ke rumah orang, aku akan try semperit terlebih dahulu, kalau ada.
resepi semperit ustazah
Kalau terkena SEMPERIT RANGUP yang krukk krakk kruk krak! bila dikunyah. 

Automatik sel-sel otak aku akan mentafsirkan ia sebagai "Hmm, tak sedap" haha. Sori lah wey. aku mengaku otak aku memang jumud dan kolot dalam menilai makanan tradisi. Sebab aku dah ada benchmark aku sendiri. Bukannya bertujuan nak menghukum yang resepi orang lain salah. apatahlagi nak menuduh diorang tak pandai buat kuih. ahaks!

Semuanya adalah berkait rapat dengan kenangan memori dan nostalgia. Aku memang jenis susah nak move on bila bab-bab berkait dengan opah aku. ~Sayang opah, rindu opah. sobss...

         *Ok lah, aku dah jadi semakin beremosi di sini. Baik aku stop sekarang*

Korang try lah ye resepi semperit ni. Moga ianya mencambahkan pahala untuk opah, dan waris-warisnya selagi resepi ini dipanjangkan kepada lebih ramai orang. Aminn.resepi biskut dahlia dulu-dulu