Tiada idea bekal ke sekolah? Cuba 5 resepi bento mudah, ringkas dan sedap ini!

5 resepi bento mudah dan ringkas bekal anak ke sekolah | Ibu ibu kalau nak disayang lebih oleh anak-anak, sentiasalah sediakan breakfast dan bekalkan juga untuk anak ke sekolah. Itu kata-kata seorang tokoh motivasi keibubapaan yang pernah menyampaikan seminar sebagai LADAP di sekolah AS. Kadang tu bukannya susah pun nak sediakan sarapan dan bekalkan anak dengan bento mudah ke sekolah, tapi kita ni lebih kepada "liat" nak meninggalkan tempat tidur di awal-awal pagi. 

resepi bento mudah


Breakfast is very important. resepi bento mudah

Hampir semua ibu ayah sekarang meremehkan sarapan. Bersempena usai bulan puasa ni, eloklah kalau kita train diri kita untuk terus konsisten bangun jam 4 pagi untuk menyediakan sajian untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Kalau anak kita ke sekolah tanpa mengambil sarapan mereka, itu bermakna mereka terpaksa menjalani sesi PdP (sebelum waktu rehat) dengan perut yang sudah 13 - 15 jam kosong?! resepi bento mudah

resepi Bento mudah
Cook With Love resepi bento mudah dan cepat Untuk Anak Ke Sekolah


Gunakan kreativiti untuk "paksa" anak bersarapan pagi.

Normally anak-anak preschooler dan primary school memang agak cerewet dan liat untuk bersarapan pagi. Jadi ibu-ibu perlu paksa mereka bersarapan dengan cara persembahan masakan yang kreatif dan menarik!

resepi bento kreatif Tiada idea kreatif tapi simple untuk bekal anak ke sekolah? Cuba 5 resepi di bawah ini! resepi bento kreatif



resepi Bento mudah 1. Mini Chicken Chop



Bahan perapan isi ayam resepi bento mudah dan kreatif

250gram dada ayam
3 sudu besar breadcrumbs original
3 sudu besar breadcrumbs gold
1 biji telur
1 ulas bawang putih dicincang
seruas ibu jari halia di kisar dengan air dan diekstrak airnya
1/3 kiub ayam
2 sudu sos tiram
Sedikit garam

Sos Blackpepper resepi bento mudah

2 sudu besar mentega
1/2 bawang Holland di blend halus
2 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil sos tiram
1/2 tin susu sejat
5 sudu besar sos lada hitam (AS guna brand Life)
1/2 kiub ayam
5 biji lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Gula dan garam (perasakan dan seimbangkan ikut selera) resepi bento mudah dan kreatif


resipi Bento menarik 2. Roti Telur Berkeju


Bahan-bahan
4 keping roti putih
2 keping keju Cheddar
4 sudu keju Mozarella diparut
2 biji telur

Cara-cara
Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk.
Tambahkan garam dan serbuk garlic dan kcok telur hingga sebati.
Panaskan mentega dalam kuali
Masukkan roti yang telah dicelupkan ke dalam telur.
Balikkan roti dan letakkan kepingan keju di atas nya.
Kemudian tabur keju Mozarella dan tindih roti satu lagi di atasnya.
Biarkan sejuk, barulah dipotong dan dimasukkan ke dalam bento anak.




resipi Bento cute 3. Sandwich Gulung


Bahan-bahan
3 keping roti putih
1 ketul Ikan sardin dalam tin
2 sudu Mayonis
1 biji telur
2 helai daun Salad
Secubit garam


Cara-cara
Keluarkan seketul ikan sardin dari tin, dan lenyekkan
Taburkan secubit garam berserta mayonis dan gaulkan hingga sebati
Ambil 3 keping roti dan gelekkan hingga nipis
Letakkan sesudu sardin yang telah dilenyek tadi ke atas roti, dan ratakan ke seluruh permukaan roti
Letakkan sayur dan kepingan keju, serta mayonis.
Gulung roti dengan berhati-hati, dan bungkus dengan cling wrap.
Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk untuk memastikan bentuk sandwich tegap.

Siap untuk dibungkus ke dalam bento anak ke sekolah. Yummy! resepi bento comel






resepi bento cute 4. Nasi bersama Buttermilk Chicken 



Bahan-bahan
250 gram dada ayam (anggaran 250gm = secekak)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah

1/2 sudu teh serbuk bawang putih
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 cawan minyak masak untuk menggoreng
4 sudu besar mentega
sepotong lada benggala kuning
1 sudu besar (sesudu paras) gula
3/4 cawan susu isian sejat

Cara-cara
Perapkan ayam bersama garam dan lada sulah
Panaskan minyak di dalam kuali
Gaul nipis ayam tadi dengan tepung jagung dan tepung beras
Goreng ayam dalam minyak panas 1 minit setiap bahagian

Cara penyediaan sos Buttermilk
Panaskan kuali dengan api kecil
Cairkan mentega, jangan sampai hangus
Tumis lada benggala kuning (capsicum) hingga naik bau
Masukkan susu sejat dan serbuk bawang putih
Masak dengan api sederhana kecil (simmer) dan kacau dengan kerap
Perasakan dengan gula dan masak dalam 3 ke 5 minit lagi hingga kuah menjadi sedikit pekat.
Masukkan ayam salut tepung yang telah digoreng tadi dan kacau rata
Siap untuk di bekalkan bersama nasi panas.


resepi bento menarik 5. Bebola keju





Bahan-bahan

Mozarella Cheese shreded
Serbuk roti (breadcrumbs)
Telur ayam
Roti putih (preferably Gardenia)

Cara-cara
Ambil 2 set roti dan trim bahagian berwarna coklat roti tersebut
Letakkan keju mozarella ditengah-tengah roti, dan apitkan dengan sekeping lagi roti.
Tekap kan roti tadi dengan acuan
Perkemaskan sisi roti tadi supaya keju tidak terkeluar semasa menggoreng
Celupkan roti ke dalam putih telur
Dan gaulkan dengan serbuk roti.
Goreng dengan kaedah deep-fry dengan api sederhana.
Angkat setelah roti berubah menjadi kembung bulat seperti bola dan berwana kuning keemasan.
Siap untuk dimasukkan ke dalam bento anak-anak.

    Selamat mencuba mommies! Resepi yang sangat mudah dan yummy untuk anak-anak preschooler korang.

    Kalau ada yang nak share resepi bento anak-anak yang dirasakan lebih menarik dan simple dari yang AS sediakan ini, bolehlah terus ke ruangan komen di bawah  resepi bento mudah dan suarakan cadangan korang. 

    29 comments:

    Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

    1. Wah senangnya as guna bento ni. Nanti boleh cuba

      ReplyDelete
      Replies
      1. Memang senang sangat k.marsha. Sebab bekas ni letak kuah-kuah pun tak tumpah.

        Delete
      2. Kalau kak marsha minat dengan bento ni, akak boleh dapat less 10% kod voucher "ANNURBOXI" [ https://goo.gl/6m4wsR ]

        Delete
    2. Replies
      1. Yezza..senag je. ayah-ayah pun boleh buat.

        Delete
    3. Terbaik..sebab kadg kesian nk biar anak g sekolah tangan kosong

      ReplyDelete
      Replies
      1. Betul..paling tak sanggup nak fikirkan keadaan anak yang lapar perut di sekolah...huu~

        Delete
    4. Suami yg biasa sediakan sarapan.. Yg kerap dia buat roti telur...

      ReplyDelete
      Replies
      1. ahaks..paling simple kan. Yang penting, seimbang karbo, proteing, sayur n buah-buahan.

        Delete
    5. bebola keju tu menarik!

      ReplyDelete
      Replies
      1. hihi antara menu yang paling kerap AS ulang haha..sebab sedap dan simple sangat.

        Delete
    6. kalo macam bebola keju tu bukan kanak2 je suka.. mak mak n pak pak pun suka =D

      ReplyDelete
    7. Wah resepi yang menarik. Bento pun sesuai...best best

      ReplyDelete
    8. anak you mesti happy. Sebab Bento you nampak so Kawaii. Bukan takat tu ...healthy juga menunye. Simple je untuk ibu ibu sediakan.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terpaksa buat yang simple je Cindy. Kita ibu yang berkerja

        Delete
    9. Cantiknya bekas tu. Beli dekat mana ye? Macam berminat pulak walaupun tak ada anak yang pergi ke sekolah lagi hahahha

      ReplyDelete
      Replies
      1. Beli kat LAZADA je mummy. boleh dapat less 10% kalau guna kod voucher ANNURBOXI semasa checkout [ https://goo.gl/6m4wsR ]

        Delete
    10. Bestnya...macam - macam idea ada ha...tapi kakak Dania diva skit..dia x nak bento2 macam ni sebab dia dah besar katanya..nanti kena ejek ngan kawan- kawan

      ReplyDelete
    11. Menu menarik ni.. mmg seronok anak klau hr2 menu mcm ni. Kenyang dan berkhasiat.comel je bento pulak tu.. mmg selera dan semnagat anak mkn

      ReplyDelete
    12. suka tengok syuhadah buat bekal anak..hehee..kita pun macam rasa nak buat je..semuanya sennag je tengoknya..anak-anak mesti suka bila nampak mamkanan macam ni..semua ada lengkap

      ReplyDelete
    13. Sedapnya kalau orang dewasa juga boleh bawa bekal makanan tengok sedap dan menyelerakan heheh tambah-tambah yang meetball tu sedapnya...

      ReplyDelete
    14. Bagus ni, memang plan nak sediakan bento anak bila dah ke sekolah nanti. Senang refer sini je lah..

      ReplyDelete
    15. Bertuahnya anak sb mk rajin buatkn bekalan. Dulu sis rajin gak bekalkan anak bekal tapi dah besar ni tak nak pulak dia bawak bekal. Kadang2 je dia suh mak dia masak..hehehe

      ReplyDelete
    16. Wah. Rawlins pun boleh buat as my breakfast nie. Mudah dan murah je semua resipinya kan. Thanks Mummy Annur hehe

      ReplyDelete
    17. So cute the breakfast that you prepare. I agree, breakfast is very important and not suppose to skip. I think your kid love the breakfast.

      ReplyDelete
    18. Wah idea yang menarik ni..bukan sahaj ibu, ayah pun boleh tolong sama sediakan rekpes anak2

      ReplyDelete
    19. tq sharing this. Boleh jadi rujukan bila nak sediakan bento untuk anak. Pastinya semua resepi menarik dan berkhasiat

      ReplyDelete
    Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.