Lagi-lagi birthday! haha Ingatkan dah habis dah segala bentuk surprise bagai sebab harinya sudah lepas pun. Rupanya yang belated birthday punya surprise ni lebih surprisingly surprised me daripada sebelum menjelang tarikh birthday. Eh..eh.
review rawatan laser MyClinic
Sempena cuti Chinese New Year pada 10 Februari lepas, Encek Abe ajak ngedate berdua ke pantai timur pula, dan kali ni kami memilih untuk menginap di Grand Riverview Hotel di Kota Bharu. Bila bercuti berdua ni, ligat la kami berjalan dan food hunting sana sini. Kelantan memang the real syurga makanan lah! Puas hati food hunting sampai so'oh perut. (baca:senak)
MyClinic pricelist 2024
Kejutan Hari Lahir dari Encek Suami
Kita ni ingat dia ajak pergi Kelantan ni cuma sebab bercuti sambil berdating saja, rupanya dalam diam-diam dia buat arrangement for a facial and laser treatment? I was like.. "Aaaa ~jaw dropped~. Biar betik. This birthday treat is really beyond my imagination!" Thank you for making me feel so loved on my birthday hubby!
Special Pick For You! : Pengalaman Mamy Syu Buat PicoSure Laser di MyClinic
My clinic price review
Ni masa nak balik. Tutup muka sebab taknak kena direct sunlight lepas laser. |
Klinik Estetik MyClinic Kelantan
Memang bertahun aku tak facial, seingat aku since aku singlemom 2022 dulu, memang setahun sebelumnya pun aku dah start abaikan diri, tak jaga diri. Masa tu keadaan aku cukup teruk, cukup lengkap dengan mukanya yang kusam, hitam dan gem0k!
review rawatan laser MyClinic
Katanya, Encek Abe sengaja je pilih MyClinic di Lembah Sireh, Kota Bharu Kelantan sebab doktor yang incharge ketika itu, Dr. Wong sedang bercuti sempena CNY dan digantikan oleh Dr. Hani dari HQ. Sayang isteri kan? Mestilah dia akan concern tentang siapa doctor dan therapist yang bakal serve his wife, dan semestinya dia nak isteri dia liaise dengan doktor perempuan dan therapist perempuan juga yang buat rawatan ke atas isteri dia.
review rawatan laser MyClinic
Nervous. Pertama Kali Cuba Rawatan Laser
Mamy ni bukan sejenis yang beauty conscious sangat, apatahlagi beauty junkie. Memang tak pernah ada facial treatment routine yang tetap pun, cukup sekadar buat di rumah je. Kulit pun jenis tak meragam sangat cuma kadang-kadang hormonal acne je timbul ajak gaduh.haha. Jadi aku sedikit nervous dan anxious juga la bila suami suruh go for a laser treatment. Kitonyo manjo. First time ni kot, mestilah cemas dan takut.yellow laser
review rawatan laser MyClinic
Bukan Nak Cantik, Tapi Niat Untuk Kulit Sihat Untuk Suami
Aku memang tak suka mekap kalau hari biasa. I use only skincare and sunblock je bila keluar pergi kerja. Serius! Sampai diri sendiri tengok muka dalam cermin pun like, "masyaAllah selebetnya!!" haha tak kisahlah, selebet tu di mata sendiri je, tapi di mata suami kemain lagi kata wife dio lawo.hahah bak kata Encek Abe, stay confident je. Percaya je bila suami puji. Jangan malu, tak perlu pakai filter pun bila bergambar. Yang penting kulit sihat bermaya dan glowing. Bila kulit sihat, auto muka nampak segar tanpa perlu ditutupi sebarang solekan.
yellow laser MyClinic
review rawatan laser MyClinic
Analisis Kondisi Kulit dan Nasihat Doktor
Pertama sekali bila tiba di MyClinic, perlu buat skin analysis dulu. Seawal kami tiba, therapist Mira yang menyapa kami dan kami diminta tunggu seketika sementara dia menyiapkan bilik untuk tangkap gambar muka 3D. Dari imej 3D tadi tu, Doktor Estetik iaitu Dr. Hani akan bagi konsultasi tentang kondisi kulit serta masalah yang mungkin jadi concern aku.
yellow laser side effect
Berdasarkan analisis, doktor menerangkan yang mamy mempunyai kulit yang sensitif dan agak nipis terutamanya di sekitar tulang pipi menghampiri mata. Jadi ia sangat prone to redness and irritation. I dinasihatkan supaya go for a skincare yang soothing dan gentle supaya skin barrier stay intact. Skin barrier kena jaga, sebab once it broken, banyak masalah kulit lain akan muncul seperti unexpected acne outbreak, kulit kering dan mengelupas yang membawa kepada kemunculan garis-garis halus.
yellow laser MyClinic
Jadi untuk hari tu, plan doktor untuk tackle masalah kulit mamy adalah SilkPeel, Yellow Laser dan Newest. Tapi untuk Newest, doktor sarankan buat di lain hari, sebab rawatannya agak panjang dan mempunyai downtime. Jadi elok dijarakkan sedikit dari rawatan yang mamy terima hari tersebut.
yellow laser MyClinic
Sedikit Info Tentang Rawatan NEWEST® di MyClinic
Menggunakan teknologi dan formulasi dari Mastelli Aesthetic, Itali, NEWEST® merupakan rawatan paling berkesan merawat penuaan, parut serta kerosakan kulit dengan 3 bahan utama iaitu PN-HPT (polynucleotides-HPT), HA (Hyaluronic Acid) dan mannitol (MN). Ia berkesan dalam meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan untuk kulit yang licin, sempurna dan berseri. Ditambah juga dengan HA untuk meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit, berkerjasama dengam MN yang memanjangkan kesan penghidratan dan keanjalan.
yellow laser MyClinic
Kesannya boleh dilihat selepas seminggu selepas tempoh downtime iaitu tempoh kulit bertindak balas dengan essence polinukletida dan HA untuk menghasilkan sel kulit baharu dengan menjana semula fibroblast dan kolagen kulit.
rawatan laser berkesan
NEWEST® berkesan untuk beberapa skin concern seperti :
• Parut gelap jerawat
• Parut jerawat batu/berlekuk
• Kulit kusam
• Masalah kulit yang agak nipis
• Kulit kurang elastis (kurang kolagen)
• Liang pori terbuka
rawatan laser berkesan
Facial With Extraction dan SilkPeel Dermalinfusion
Sebelum memulakan Silk Peel, muka akan dibersihkan dari sebarang mekap dan impurities terlebih dahulu. Proses membersih ni sangat selesa even maskara pun dicuci dengan kaedah meletakkan sejalur kapas lembap di bawah mata, dan maskara ditanggalkan menggunakan berus kecil yang digosok pada bulu mata tanpa rasa tertekan pada mata, mahupun habuk maskara termasuk ke dalam mata. Seluruh muka pun dicuci lembut tanpa mengenakan pressure yang kuat.
rawatan laser berkesan
Kemudian therapist memulakan facial dengan cleansing dan exfoliates dan seterusnya melakukan extraction iaitu buang semua jerawat dan whitehead dengan menggunakan jarum khas sehingga bersih. Proses ni bagi yang tak biasa, agak tak selesa juga la, lebih-lebih lagi bila dia picit area sensitif seperti hidung dan bawah mata. Tak sakit, cuma kurang selesa la. Selepas selesai cleansing, barulah mesin SilkPeel Dermalinfusion diaktifkan dan dimulakan.
rawatan laser berkesan
SilkPeel machine ini target bukan sahaja epidermis, namun jauh ke dalam dermis juga. Ia menggunakan suction pen yang mempunyai diamond tip yang berfungsi menyingkirkan sel kulit mati secara lembut tanpa melibatkan bahan kimia menghakis kulit. Yang menariknya, mesin SilkPeel ni mampu buat kerja exfoliating, dan dalam masa yang sama, dia deliver pro-infusion serum jauh ke dasar kulit tanpa kita menyedarinya. Amazing kan?!
rawatan laser berkesan
Sesuai la dengan namanya yang bermaksud 'kulit sutera' sebab sebaik sahaja usai menjalani SilkPeel Dermalinfusion ni, serta merta mamy dapat merasakan kulit lebih lembap, licin dan kawasan kering bawah mata looks firmer and plumper. Melihatkan kesan yang segera ini, buat mamy rasa teruja nak mencuba Eye Treatment pula selepas ini. Moga tercapailah hendaknya!
rawatan laser berkesan
Rawatan Yellow Laser untuk Masalah Dehidrasi
Dr. Hani memang dari awal menyarankan mamy buat Yellow Laser ni untuk merawat masalah kulit sensitif mamy yang diakibatkan oleh kekurangan lembapan (dehidrasi), kulit kusam serta pigmentasi. Selain daripada itu, Yellow Laser ini juga dapat tackle masalah kulit berminyak secara berlebihan dan juga sesuai untuk acne prone skin. Semua ini dilakukan melalui kaedah menembak cahaya kuning untuk membaiki kondisi lapisan dermis dengan merangsang kolagen, menggalakkan HA semulajadi kulit serta mengurangkan aktiviti penghasilan melanin.
rawatan laser berkesan
Pengalaman pertama mamy melalui prosedur laser ini nampaknya baik-baik sahaja. Segala ketakutan dan kerisauan mamy pada awalnya hanya sia-sia. Rawatan Yellow Laser ni langsung tak sakit, hanya rasa macam warm warm gitu je semasa ditembak laser. Selain tu, sebelum memulakan prosedur laser, gel akan diratakan ke seluruh muka bagi memudahkan mata laser tu meluncur di atas kulit muka tanpa geseran atau rasa perit.
rawatan laser berkesan
Hasil yang Dapat Dirasai Selepas Rawatan di MyClinic
Selesai laser dalam lebih kurang 15 minit, gel tadi dibersihkan, kemudian therapist mengenakan krim pelembap serta sunblock ke atas muka mamy. Apa yang mamy suka adalah sebaik sejurus selesai laser, mamy nampak efek 'watery gloss' semacam kaca gitu kat muka. Liang pori aku macam invisible terus. Paling obvious nampak pada dahi, tulang pipi dan juga di atas hidung. Ohhoi. Ini lah agaknya yang omputih panggil luminous tu ek? Sukanya!!
review rawatan MyClinic
Selama ni nak dapatkan efek macam ni, aku kena mekap dan apply highlighter bagai, tapi kali ini aku dapat kilauan kulit yang sihat, dalam keadaan bebas minyak mahupun solekan okey?! Ini baru satu sesi, aku yakin kalau aku continue 2 ke 3 sesi lagi seperti yang dicadangkan Dr.Hani, mesti dah macam kulit awek Korea dah..huiii! Bak telur rebus dikupas wa habaq lu!
rawatan laser berkesan
Selain tidak menyakitkan, Yellow Laser ni juga tak ada downtime. So sejurus selepas menjalani rawatan Yellow Laser ni, kita boleh je sambung balik rutin harian kita tanpa sebarang pantang larang. Cuma dalam 24jam ni sebolehnya elakkan la dari terkena direct sunlight kat muka tu. Lagipun dalam keadaan-keadaan biasa pun kita digalakkan untuk mengelak cahaya matahari, right? Sekiranya tak dapat dielak, itulah yang kena lindung kulit dengan sunblock tu.
rawatan laser berkesan
Berapa Kos Rawatan MyClinic?
Secara keseluruhan rawatan mengambil masa sekitar dua jam. Dan kos untuk kedua-dua rawatan ini secara keseluruhannya adalah sekitar 900++. Bagi mamy yang tak biasa buat rawatan klinik estetik begini, mamy tak dapat nak buat kesimpulan sama ada harganya murah, mahal atau berbaloi.
MyClinic treatment price
Plus, the teatment price may vary depending on the specific skin concern.
review yellow laser MyClinic dan harga
Jadi untuk mengetahui harga rawatan Yellow Laser di MyClinic, kalian datanglah untuk tinjau sendiri pakej-pakej yang ditawarkan. Ada beberapa pakej yang mamy nampak, buy 3 session, free 1 session pun ada. Jangan takut nak melangkah masuk pintu depan MyClinic tu walaupun nampak exclusive dan mahal, terjah je dengan muka tak malu macam mamy okey?! haha
review yellow laser MyClinic dan harga
Apa Kata Mamy Syu?
Review Jujur Rawatan di MyClinic Dari Segi Keberkesanan
Memetik semula kata-kata Encek Abe, "Confident je, tak perlu malu, tak perlu filter, yang penting kulit sihat". Betul sangat kan apa yang dikata. Stereotaip orang Melayu kita ni, putih baru dikira cantik, so di situ pun dah create rasa insecure bila diri sendiri tidak berkulit putih. Mamy memiliki kulit sawo matang, bukannya berkulit cerah.
review yellow laser MyClinic dan harga
Tapi semakin dewasa, Mamy semakin faham yang kulit putih belum tentu sihat. Healthy skin is the key. Bila kulit sihat, bersih dan segar bermaya, kita tak takut atau ragu lagi dah untuk keluar tanpa makeup, atau bergambar tanpa filter. Kita pakai filter untuk menampakkan konon kita mempunyai clear skin, gebu dan terpaling flawless kan. Jadi kalau semua tu memang asal-asal dah flawless dan gebu, apa gunanya lagi filter, betul tak?
review yellow laser MyClinic dan harga
So if you guys mempunyai any skin concerns dan memerlukan kesan pantas, just head to any MyClinic yang berdekatan. Ada 10 cawangan MyClinic seluruh Malaysia, dan mamy ada dengar-dengar yang MyClinic bakal membuka cawangan kesebelas mereka di Terengganu. So orang Pantai Timur, tunggu apa lagi, cepat-cepat serbu cawangan baru buka tu. Macam biasa, mana-mana grand opening mesti hadir bersama promo yang best best.
laser kulit berparut jerawat
Review dari Segi Suasana dan Tempat Rawatan
Mamy bagi 9.5/10 bagi dekorasi dan kebersihan. Mamy suka interior design MyClinic yang sangat ringkas, yang mengaplikasikan konsep minimalist dalam setiap sudut. Mata tak serabut tengok. Bau aromaterpi serai lemon di MyClinic cawangan Kelantan ini juga sangat soft dan menyegarkan. Suhu ruangan menunggu dan bilik konsultasi di tingkat bawah mamy rasa sangat sejuk. Mungkin sengaja mereka set suhu rendah begitu kerana cuaca di luar pada ketika itu sangat panas.
laser kulit berparut jerawat
Untuk tingkat atas, suasananya agak berbeza. Rona kelabu dan putih menjadi asas tatarias ruang menunggu dan juga di bilik rawatan. Dekorasi minimal ini diserikan lagi dengan penggunaan warm light yang sedikit malap yang amat menepati konsep bilik tidur yang membangkitkan mood tenang. Tidak hairanlah semasa prosedur Cooling Mask, mamy boleh terlelap dan lena macam bayi. Nak-nak pula suasana di sini sunyi sepi. Cuma kedengaran soothing music sahaja dialunkan sayup-sayup bunyinya.
laser kulit berparut jerawat
Suasana warm light ni buat mata nak pejam..hehe |
Review MyClinic dari Segi Customer Service
Pertama sekali mamy suka cara mereka approach kita. Di MyClinic, mereka cuma beri saranan rawatan yang bersesuaian dengan condition kulit kita, namun akhirnya terpulang pada kita nak proceed atau tak. Tak macam sesetengah klinik estetik lain yang menggunakan pendekatan paksa dan "kepung" tak bagi kita lari.huhu. Disebabkan faktor ini lah ramai orang jadi takut nak masuk klinik estetik, nak-nak pulak orang yang tak berapa nak berduit sanagt macam mamy ni.hihi
Kedua, sepanjang 2 jam rawatan, tak ada sesaat pun mamy kena 'sidai' (baca: dibiarkan menunggu tanpa sebab) oleh therapist. Contoh macam tempoh pakai Cooling Mask adalah 20 minit. Cukup je 20 minit therapist dah standby tepi kita. Pendek kata, dalam tempoh 2 jam tu, masa kita memang full terisi dengan treatment je, bukannya terbazir dengan therapist sibuk ke hulu ke hilir entah kemana. Five star mamy bagi untuk ini!
Ketiga, after sale service pun ada. Mereka sendiri akan reach out kita untuk dapatkan feedback. Selain itu, mereka ada bekalkan ubat-ubatan untuk kita continue di rumah untuk mengatasi kemerahan kulit selepas melakukan rawatan laser.
laser kulit berparut jerawat |
Lepas 3 hari dari hari rawatan, MyClinic get back to me untuk dapatkan feedback |
laser kulit berparut jerawat
Sebelum balik, mamy dibekalkan dengan dua jenis krim dan ubat antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk mengawal minyak dan bakteria di wajah bagi menghalang jerawat berulang. Ia perlu disapu di setiap kawasan yang terdapat jerawat. Ia dapat menghilangkan jerawat dengan cepat.
Recommended or not?
Yes indeed! Recommended! Ini mamy senaraikan beberapa sebab kalian pun patut cuba rawatan SilkPeel & Yellow Laser di Klinik Estetik MyClinic:
- Plan rawatan berlandaskan nasihat dermatologist
- Menggunakan bantuan mesin canggih berteknologi tinggi
- Kesan yang pantas dan selamat
- Berkesan mengurangkan kedutan, garis-garis halus, parut dan jerawat
- Mereka melakukan double cleansing techniques
- Pengekstrakan pengelupasan lembut tanpa kimia keras
- Menggunakan mesin Silkpeel dalam rawatan facial
- Tidak menyakitkan
- Tiada kesan 'downtime'
- Ada face, neck and shoulder massage
- Therapist yang friendly, doktor yang membantu (tak pushy)
laser kulit berparut jerawat
Just sharing with you guys! Kalau nak datang, kena call buat temu janji dulu okay?
MyClinic Kelantan : +609-7422 889
Customer Service : +6012-3089489
General Inquiry Line :
(1) +6012-5139 948 (Everyday from 10am to 6:30pm)
(2) +6012-7189 948 (Mon-Sat from 7pm to 12midnight)
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
assalam mamy..kesan yellow laser ni permanent ke atau kena buat beberapa kali untuk maintain? Tq menjawab persoalan sy..sy berminat
ReplyDeleteWslm. Kalau ikutkan saranan doktor, kena buat rawatan 3 ke 6 sesi selang 2-3 minggu utk hasil yg optimum. So mamy paham, result yellow laser ni bukan permanent. Secara logik nya, memang ia takkan kekal sebab kulit kita akan terus mengalami proses penuaan by time, dan terdedah hari2 dgn bermacam faktor pencemaran..kan .kan.
Deletebetul ke harga dia tak sampai 1K..entah entah 20K
DeleteSesekali memanjakan diri best jugakkan .
ReplyDeletekalau beruwang..memang nak berkali kali kali kali memanjakan diri hehe
DeleteBetul. myclinic is the most trusted aesthetic clinic that u can trust dan selesa juga. staf pun baik2. tak macam klinik dr.c**** staf kerek layan nak taknak je n kuat sidai customer which i will not come back walaupun treatment dia lagi murah
ReplyDeleteKan.. mamy pun pantang kalau kena sidai seolah-olah masa kita ni tak berharga
Delete