Permulaan hari yang baru sebagai seorang Ibu.
8:00AM
Sarapan pagi (menu hospital) dihantar ke katil. Ohh..laparnye..Hampir 26jam Ibu tak makan. Tengok-tengok, bihun goreng, ada telur. huuu..kecewa..tak boleh makan. :( Laparr.. Mujur lah Ayah datang bawak nasi air kat ibu. Alhamdulillah. Nikmatnya nasik. Bila kita tak dapat makan nasik, barulah kita benar-benar bersyukur dengan rezeki yang kita ada, biarpun makan nasi air saje, tanpa lauk, cuma sup kosong.
10:30AM
Doktor datang melawat. Didapati ibu demam (sebab bengkak susu). Jadi seorang nurse berpangkat sister dihantar ke bilik ibu untuk membantu ibu menyusukan baby, konon nye. Bila dah sampai kat bilik ibu, barulah sister tu sedar yg situasinya adalah ibu terpisah dari baby nye. That's why ibu demam susu. Baby berada di NICU! Jadi, penyelesaiannya, ibu diajar perah susu menggunakan tangan. Sebab susu awal sangat pekat, dan tak boleh perah pakai mesin pam. Perah punya perah, ibu dapat collect 3.5 ml colostrum dalam syringe.
1:30PM
Ayah datang melawat, membawa berita tentang baby. Ayah bawak gambar baby yg diambil malam tadi. Ohh..tak sanggup. Penuh wayar berselirat di tubuh baby, tiub di tepek sana sini, tiub di mulut, di hidung..ohh.
Menangis ibu tengok gambar adek. Mesti sakit kena cucuk sana sini.
Walaubagaimanapun, ibu tetap bersyukur kerana anak ibu dapat survive walaupun tanpa bantuan mesin ventilator. Maha Besar Allah. Anak ibu bernafas independently sejurus selepas dilahirkan, cuma dibantu oleh BiPAP, juga sejenis alat bantuan pernafasan tapi yg beza nya, ventilator-pernafasan baby dikawal sepenuhnya oleh mesin manakala BiPAP-membantu baby bernafas.
4:30PM
Ayah membawa ibu ke NICU dengan kerusi roda untuk melihat baby. Alangkah terujanya ibu melihat kebanyakan wayar telah pun dibuang. Dan baby telah berpindah dari unit Intensive Care, ke unit biasa di NICU. Walaupun begitu, ibu masih tak berpeluang memangku dan mendakap anak ibu. Bilalah agaknya ibu dapat berbuat demikian.
6:00PM
Ibu dapat tahu bahawa baby telah diberikan 3ml susu ibu tadi melalui rest tube, dan tindak balas baby sangat memuaskan (tidak muntah). Ibu disuruh memerah lagi susu secara berkala dan dihantar ke NICU. Bermakna sistem pencernaan baby dah pun berfungsi. Alhamdulillah ya Allah. Ketika itu, Ibu dan ayah bersepakat memberikan nama baby, Abu Naufal. Kemudian atas nasihat Tok kami menggantikan Abu kepada Muhammad.
23 januari 2013
Ibu pagi-pagi lagi telah dibawa ayah pergi bertemu Naufal di NICU. Staff nurse bertanya, adakah ibu ada datang membawa susu. Ibu rasa sedikit kecewa kerana ibu belum memerah susu lagi pagi ini.
Mujurlah di NICU ada sediakan mesin mengepam susu. Alhamdulillah, banyak rezeki Naufal. Ibu dapat kumpul 3 bekas plastik untuk sekali pam bersamaan 180ml.
Mujurlah di NICU ada sediakan mesin mengepam susu. Alhamdulillah, banyak rezeki Naufal. Ibu dapat kumpul 3 bekas plastik untuk sekali pam bersamaan 180ml.
Ibu dimaklumkan, pediatrician merancang meningkatkan kekerapan pemberian susu, dimana 3mL setiap kali. Berbunga hati ibu. Bersyukur sangat, progress Naufal sangat memuaskan.
24 Januari 2013
Ibu sudah di discharge dari wad maternity, dan Naufal telah ditukar ke wad 6C. Wad kanak-kanak. Kalau nak berulang dari Gerik ke Ipoh, memang tak mampu. Lebih-lebih lagi luka bedah masih baru. Jadi ibu membuat keputusan untuk tinggal di bilik khas untuk ibu-ibu yang disediakan di wad 6C.
Jadi setiap 2 jam ibu akan pergi ke Nursery untuk menyusukan Naufal. Ya Tuhan alangkah nikmatnya dapat mendakap dan menyusukan anakku buat kali pertama kalinya, hanya setelah Naufal berumur 4 hari. Ohh..ibu sayang kamu Naufal!
11:00AM
Waktu lawatan pakar. Setelah dinilai, Naufal menyusu dengan baik. Doktor memberikan tempoh 8jam, jika Naufal tak muntah, dan buang air besar dengan normal, Naufal akan diberhentikan daripada menerima TPN melalui intravenous. Ibu hepi sangat, sebab ini bermakna line TPN di badan Naufal bakal dibuang!
Ibu tak sanggup dah tengok baby Naufal disakiti dengan bermacam jenis IV line lagi.
Ibu tak sanggup dah tengok baby Naufal disakiti dengan bermacam jenis IV line lagi.
Dah 6 kali ibu tengok tapak IV tu berubah tempat. Alasan doktor, urat baby terlalu kecil dan halus, jadi ia cepat tersumbat dan tak lancar yada..yada..yada..
Tak kisah lah apa pun alasan, ibu tetap tak suka tengok jarum tu ada di mana-mana bahagian tubuh Naufal! isk~
Melihat nya saja pun ibu dah rasa sakit.
Tak kisah lah apa pun alasan, ibu tetap tak suka tengok jarum tu ada di mana-mana bahagian tubuh Naufal! isk~
Melihat nya saja pun ibu dah rasa sakit.
9:00PM
Ibu sedang tidur lena, tiba-tiba ada orang kejut. Oh rupa-rupanya anakku dah sampai untuk rooming-in dengan ibu.
Staff nurse menolak cot Naufal ke bilik ibu setelah 8jam berlalu. Yes! Kita manage to get through this together adik! Adik menyusu dengan baik, and now kita disatukan dalam satu bilik. *hugs & kisses* Ohh puas nya dapat rooming in dengan baby juga akhirnya!
Staff nurse menolak cot Naufal ke bilik ibu setelah 8jam berlalu. Yes! Kita manage to get through this together adik! Adik menyusu dengan baik, and now kita disatukan dalam satu bilik. *hugs & kisses* Ohh puas nya dapat rooming in dengan baby juga akhirnya!
Di wad 6C ni, ibu boleh menyusukan baby secra direct feeding. Tapi doktor tak galakkan baby preemie DF sebab usaha dia nak menghisap susu itu pun dah menggunakan tenaga dia. Dan itu boleh menjejaskan pertambahan berat baby.
So pakar mencadangkan aku perah keluar je susu badan setiap 2 jam. Dan bagi susu lat baby sebanyak 30ml, yang dicampurkan 1 sachet Similac Human Milk Fortifier (serbuk kalori tambahan).
Serbuk HMF ni susah larut tau. Lepas susu badan diperah keluat, aku akan simpan ke dalam peti sejuk bagahian chiller untuk buat stok. So untum feed Naufal jam itu, aku akan ambil keluar sebekas EBM (expressed breastmilk) yang disimpan lebih awal, dan rendam dalam air suam untuk memanaskan susu tu.
Ha masa tu la kena masukkan HMF ni ke dalam susu. Sambil nak tunggu susu ni jadi suam, sambil tu kacau-kacau dengan sudu kecil (aku guna sudu coleslow kfc). Cara kacau pun kena ada teknik nya.
Kalau tak, serbuk HMF ni akan berketul.
Nak bagi HMF ni sebati dalam susu badan, kena kaup serbuk tu ke dinding bekas, dan lenyek-lenyek kan serbuk tu ke dinding bekas sehingga larut. Ha gittew!
Macam nak sebatikan nestum bayi. Lebih kurang cenggitu la. So penyediaan dia memang leceh dan merenyahkan. Tapi apapun aku sanggup demi nak mengejar berat badan baby normal, iaitu 3kg.
Ok. Diringkaskan cerita, kita berada di hospital Raja Permaisuri Bainun selama 13 hari.
Ditahan atas sebab, nak monitor pertambahan berat baby dalam tempoh lagi 5 hari. Dan juga nak pantau antibiotic toxicity dalam darah Naufal.
Sebelum balik, doktor bagi contact number untuk dapatkan stok Similac HMF (human milk fortifier) untuk digunakan di rumah. Benda ni memang kena beli sendiri, sebab hospital kerajaan cuma provide HMF ni semasa baby in ward sahaja.
Hancur tangan adik kesan tikaman jarum IV antibiotik dan blood test |
Sebelum balik, doktor bagi contact number untuk dapatkan stok Similac HMF (human milk fortifier) untuk digunakan di rumah. Benda ni memang kena beli sendiri, sebab hospital kerajaan cuma provide HMF ni semasa baby in ward sahaja.
Untuk maintain pertambahan berat baby preemie ini bukan mudah ye. Thats why doktor pakar paediatrik suruh continue bagi Naufal susu badan yang diperah, dan dicampur dengan HMF ni di rumah.
Kalau ada mommies yang nak cuba bagi HMF ni kepada baby preemie, boleh try cari kat Shopee. Klik [SINI]
Kemudian diorang juga ada bagi temujanji untuk periksa telinga pada 5 Februari di ENT.
Tengok-tengok, berat Naufal turun kepada 1.745kg. Alahai.. Kecewa lagi.
Ibu disuruh pam susu keluar dan campurkan kalori tambahan HMF (Similac Human Milk Fortifier) ke dalam susu ibu dan feed baby menggunakan sudu, cawan dan syringe setiap 3jam sebanyak 35 ml each time.
And Jumaat 1 Februari menjelang, berat Naufal bertambah menjadi 1.851kg.
Yay!
Balik rumah..balik rumah hey!
Berakhirlah 13 hari yang sangat stress, penuh dengan emosi, depresi, kekecewaan, badan yang sakit-sakit, perut bekas czer yang menusuk-nusuk, serta keletihan fizikal yang teramat sangat sepanjang berada di hospital.
Syu : Ketahuilah, andai kamu membaca ini suatu masa nanti, walau ketika itu kamu dah besar, ibu tetap sayang kamu sama seperti kamu masih bayi. You are always "baby" to me Naufal.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Gambar sebelah sidebar kiri dah besar ya?
ReplyDelete^_^ ye betul tu..itulah Naufal..dah 2 tahun dah esok 21/1/2015
Delete