penawar sakit belakang-biobax

10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam

1:50 PM
10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam | Ada beberapa kesalahan yang harus kita hindari dalam mendidik anak menurut islam agar anak dapat membesar menjadi anak yang beriman, soleh dan berakhlak mulia. Berikut merupakan 10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam. Jom baca, tambah ilmu!

10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam   1. Memberi didikan yang tidak seimbang Tidak seimbang antara didikan jasmani, rohani (spiritual) dan keilmuan. Ramai ibu bapa yang lebih mementingkan pendidikan ilmu duniawi daripada pendidikan keagamaan.  2. Menegur anak secara negatif


10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam


1. Memberi didikan yang tidak seimbang
Tidak seimbang antara didikan jasmani, rohani (spiritual) dan keilmuan. Ramai ibu bapa yang lebih mementingkan pendidikan ilmu duniawi daripada pendidikan keagamaan.

2. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak ketika kita marah kerana kesalahan yang diperbuat anak. Janganlah kita membandingkan anak kita dengan adik-beradiknya atau anak orang lain.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian yang positif bagi anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa memperhatikan perasaan mereka.

4. Pemantauan yang kurang atau langsung tiada
Pengawasan terhadap apa yang ditonton anak sangat penting, kerana ketika ini banyak rancangan TV menonjolkan akhlak yang kurang baik, seperti pergaulan bebas, pakaian yang tidak sesuai dengan akidah, agama dan perbuatan yang tidak sesuai ditonton anak-anak.

5. Gagal menjadi role model di rumah
Tidak pernah mengajar anak untuk memberi dan membalas salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak.
Rasulullah sering membelai cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.:

    Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Agra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Agra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.

Rasulullah melihat kepada Agra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Menyerahkan tugas mendidik anak kepada isteri sepenuhnya.
Mengasuh dan mendidik adalah tanggungjawab bersama. Sebagai bapa,yakni ketua keluarga kitalah yang akan ditanyakan mengenai anak-anak ketika di akhirat kelak. Oleh itu menjadi kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

8. Bertengkar di depan anak-anak.
Ini  merupakan kesalan terbesar dalam mendidik anak kerana akan menyebabkan anak-anak tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya justeru mereka akan menjauh.

9. Penampilan diri yang kurang baik
Terdapat juga ibu bapa yang tidak menunjukkan contoh berpakaian yang baik di depan anak-anak, contohnya memakai pakaian yang tidak menutup aurat mahupun berpakaian seksi di rumah.

10. Membiarkan orang fasik masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak. Hal ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak.

Demikianlah 10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam yang patut kita hindari sebagai ibu bapa yang berkewajipan mendidik anak menjadi anak yang beriman, soleh dan berakhlak mulia. Semoga entri ini dapat menjadi panduan kepada mommies dan daddies di luar sana.

Assalamualaikum.

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. isnsyaallah akan dipraktikan nnt
    terima kasih annur atas perkongsian

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.