Buasir dan kehamilan

October 18, 2014
buasir masa mengandung dan bersalin

Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita hamil akan mendapat buasir pada trimester ketiga. Buasir adalah perkara biasa semasa hamil terutama pada mereka yang pernah mengalaminya sebelum hamil. Namun ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semasa mereka hamil.

Kenapa ibu mengandung mengalami buasir?
Jumlah darah dalam badan akan bertambah bila seseorang wanita itu mengandung. Pada masa sama juga, paras hormon progesteron adalah tinggi lalu menyebabkan pengenduran dinding pembuluh darah dalam badan. 

Pembuluh darah di bawah uterus ibu mengandung pula cenderung untuk meregang dan membengkak akibat tekanan daripada berat badan bayi di dalamnya. Inilah sebabnya mengapa ibu mengandung lebih cenderung mengalami buasir. Selain itu sembelit juga merupakan satu lagi masalah yang biasa dialami ibu hamil, dan juga boleh membawa kepada buasir. 

Kenapa ibu bersalin mengalami buasir?
Ia berlaku semasa ibu meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang daripada lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas bersalin. 


Bagaimana untuk mengelakkan buasir?
Cara terbaik ialah dengan meminum air secukupnya dan mengamalkan snek berupa buah-buahan berbanding snek jenis bergoreng atau snek segera. Ini penting bagi memastikan ibu tidak sembelit.


Jika saya mengalami buasir, apa kaedah untuk mengurangkan komplikasi?
-Mandi air yang panas untuk mengurangkan sakit.
-Elak dari menggaru tempat yang terjejas kerana ia hanya akan membuatkannya lebih teruk.
-Gunakan pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
-Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar.
-Selepas mencuci, tekap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Jangan kesat atau gosok.
-Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai wangian.
-Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih ketika mandi. Doktor mungkin memberikan Lignocaine gel untuk digunakan semasa menolak masuk buasir tersebut.


Amalkan tips-tips berikut bagi menjauhkan diri dari terkena buasir
-Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
-Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
-Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
-Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
-Cuba naikkan sebelah kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Baca juga: Kencing kotor dan kehamilan

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.