penawar sakit belakang-biobax

Lasagna Versi Melayu Mek'in Ganu

lasagna melayu

Lasagna mek'in Ganu (baca sebagai .::.made in Terengganu)

Bahan bahan:
12 kpg roti
8 kpg slice cheese
5 keping cheese diparut
Sos lada hitam cap BumiHijau
*aku suka sos black pepper ni sebab rasa pedas-hangat, masin manisnye seimbang. Tak macam yang lain, kadang rasa pedas-pedas bercampur pedar!*

Bahan Untuk Inti:
2 tin Sardin Pertima
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
10 biji lada semerah dihiris
tomato puree (atau guna je sos sardin tin tu)
sedikit air
garam dan gula
minyak

Bahan untuk Sos Putih :
3 biji telur
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum(dibancuh)
2 keping keju cheddar (guna keju jenama Chesdale)
Sedikit garam

Cara membuat sos putih:
Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan susu, dan akhir sekali masukkan keju cheddar parut serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.

Cara membuat inti:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar. Masukkan tomato puree  dan hirisan lada. dan ikan sardin  (dihancurkan kasar-kasar, jangan lumat sangat),Masukkan sos black paper dengan sedikit air. Masak sehingga kering. ketepikan n biar sejuk.

Langkah akhir:
1.Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter
2.Celup roti kedalam sos putih dan susun dlm bekas sehingga penuh.
3.Tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti dan ratakan. Susun slice cheese keatas inti ikan.
4.Tutup dgn lapisan roti dan siram rata sos putih. Ulang Langkah ini sekali lagi menjadikan 3 lapisan roti keseluruhannya.
5.Akhir sekali tabur cheddar parut pada lapisan paling atas dan baki sos putih disiram diatas roti.
6.Bakar dalam oven pada suhu 180c lebih kurang 40 minit @ sehingga masak. (api bottom sahaja)
7.Dalam 10 minit terakhir barulah ubah api kepada both atas dan bawah untuk garingkan sikit topping lasagna kita

Siap. — Cuba la, sedap.  ^_^

14 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. membaca tajuk entry ini pun saliva sudah hampir menitis apatah lagi menatap gambarnya. resipi mudah yang perlu di sediakan esok pagi. terima kasih! hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kene jaga2..
      sekali dah try, nanti asyik nak buat lagi je.. ^_^
      takut2 kang tak muat seluar kang hee~

      Delete
  2. memang cair lah tengok, belum rasa lagi, singgah petang2 ke sini terus lapar dah hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...ada lagi blog yang lebih "sedap" dari ni..
      Semua post die pasal makanan..ohh tergugat nafsu hihi

      Delete
  3. Tengok gambar pon dah terliurr , nampak sedap hehehe , Nak kena try juga ni ^^ . Thank youuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ kena try buat baru tawu terliur ke x hehehe

      Delete
  4. singgah sini...

    http://fadzlinahamali.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-by-fadzlina.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you lyna ^_^
      Tunggu I plak terjah yer! kejap lagi!

      Delete
  5. Nampak menyelerakan sangat. Nanti nak kena cuba buat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. <3
      Yup..cuba taw..rugiii tak try ^_^

      Delete
  6. Tengok gambar ja dah terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli lasagna pizza hut, xde pulak kat sini pizza hut delivery je..bukan restoran..last2 buat sendiri ^_^

      Delete
  7. cheezy sedapnya nampak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheezy and melty hihihi..kasi bakor line sikit ^_^

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.