Tips handle selesema baby untuk pertama kali.

Tips handle selesema baby untuk pertama kali. | Baby Fael dapat selesema for the first time. Ya Allah! Apa nak buat ni?! Salah satu perkara yang paling berat nak dilalui bagi I sebagai ibu adalah bila anak kecik dapat selesema buat pertama kali. Baby akan jadi tak tentu arah, rasa tak selesa, dan susah nak menyusu. Memang siksa ibu melihatnya ohh..
Baby Fael dapat selesema for the first time.
Baby Fael dapat selesema for the first time.
Apapon, tak guna kita nak beremosi dalam keadaan macam ni. Syu faham sangat, memang kita akan berdepan dengan malam-malam yang panjang, kurang tidur.

Dengan anak menolak menyusu nya, bila dah menyusu, di muntahnya pulak sebab lendir berlebihan dah turun ke tekak. Jangan stress.

Lebih baik kita fikirkan macam mana cara nak bantu mengurangkan ketidakselesaan anak kita dan bertenang, sebab ianya cuma selesema biasa je dan selalunya takkan jadi begitu serius kecuali kalo anak korang ada sejarah athma.

Pakar kanak-kanak menganggarkan bahawa bayi di bawah dua tahun akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali lebih kurang.

So, apa sebenarnya punca selesema ni?

Selesema merupakan jangkitan virus di bahagian saluran pernafasan atas seseorang dan selalunya selesema merebak melalui bersin dan virus selesema akan tersebar ke udara dan permukaan seterusnya menjangkiti orang lain.

Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan, jadi adalah sangat disarankan kita ibu-ibu yang beranak kecil ni sentiasa mengamalkan amalan mencuci tangan dengan kerap terutama kalau kita selesema.

Bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap dalam usia 2 tahun pertamanya, sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang belum lengkap berfungsi bahkan tidak lebih 60 peratus pun yang berfungsinya.


Bagaimana selesema menjejaskan baby korang?

Biasanya masa Naufal, abang kepada si Nufael ni kecik-kecik dulu, bila selesema dia akan ada sikit demam (lebih kurang 38 darjah C), hidung tersumbat dan berair, muntah-muntah, mata merah, sakit tekak dan disertai dengan batuk.

Selain dari tu dia akan meragam, taknak tidur dan menolak untuk makan.

Apa yang jadi masalahnya, bila baby bawah setahun menghidap selsema, diorang tak pandai lagi nak hembus hidung.

Jadi lendir  dan mucus akan terkumpul dalam hidung dan menyukarkan diorang bernafas! 

Tambah pulak, baby Fael bila hidung tersumbat, dia tak pandai bernafas melalui mulut. Syu perasan masa Naufal dulu, umur dalam sekitar 9 bulan baru mula pandai bertindak-balas dengan bernafas melalui mulut bila hidung dia tersumbat.

So, memang ibu kena tolong sedut keluar hingus tu bagi clear lubang hidung diorang. AS pakai jenis Pigeon macam ni ha. Kita sedut macam straw, dan hingus akan terkumpul dalam container tu.

pigeon nasal cleaner
Pigeon nasal aspirator

Memang ada macam-macam jenis aspirator, tapi setakat ni, jenis ni yang menjadi pilihan hati. Sebab aspirator jenis bulb tu (jenis kena pam pakai tangan) anak tak berapa suka, mungkin sebab tekanan dia terlalu kuat sampai menyebabkan diorang rasa tak selesa.

Syu memang standby je aspirator tu tepi katil. Bila baby terjaga je, I terus lap hidung dia dan sedut, bila perlu.

Rutin ni berulang macam waktu DikFael dalam pantang dulu. Dua jam sekali dia akan terjaga sebab tak selesa.

Esoknya subuh-subuh syafiie, belum pun jam 6 pagi I bawak kete pergi keje, tersengguk-sengguk hohoho. Pahala tu, pahala. (moga Allah kurniakan ganjaran buat ibu-ibu seluruh dunia)


Berapa lama selesema akan berlarutan?

Selalunya simptom selesema akan reda lepas tiga hingga 10 hari, tapi bagi baby yang tak menyusu badan mungkin boleh pergi hingga ke dua minggu lamanya.

Kadang-kadang, disebabkan selsema tu selalu sangat berlaku kat baby, sampai kita rasa seolah-olah anak kita tu sepanjang tahun keje duk selesema je memanjang..haha kan?


Cara mencegah baby dari terkena selesema

Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi anak kita sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semulajadi kita.

Tipulah kalau Syu cakap baby yang breastfeed ni langsung tak jatuh sakit. Kita kena paham, untuk mendapat imuniti terhadap sesuatu penyakit, anak kita perlu jatuh sakit dulu.

Baby yang tak pernah jatuh sakit tu bukan bermaksud budak tu sihat! Ingat tu.

Cuma bila anak kita yang menyusu badan tu jatuh sakit, penyakit yang dialami tu ringan je la. Takdelah nak melarat jadi pneumonia sampai rosak paru-paru hingga kena warded, insyaAllah tak.

Cara keduanya, korang kena hadkan aktiviti outing korang tu bagi mengelak baby korang yang fragile tu terdedah dengan orang ramai dan asap rokok.

Bayi dan kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan lebih kerap menghidapi selesema dan risiko ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Syu jujur cakap, sejak Naufal kecik dulu sampai la DikFael lahir, I memang tak suka bawak baby ke pasar minggu. Buat apa cari penyakit kan? 

Satu lagi, kalau ada ahli keluarga kita yang selesema terutama abang/kakak kepada baby tu, kita jauhkan baby dari mereka. Kalau nak jugak main dengan baby, wajib basuh tangan dan pakai penutup mulut.

Segeralah berjumpa doktor jika baby korang:

-    baby berusia kurang dari tiga bulan menunjukkan tanda awal selesema
-    selesema berlarutan lebih dari lima hari
-    suhu badan anak melebihi 39 darjah C
-    kesukaran bernafas dan berbunyi “hiss” (wheezing)
-    batuk berlarutan dan sakit telinga
-    keluar hingus hijau dan pekat dan berlarutan


Apa perlu BUAT dan apa yang JANGAN sesekali buat:


JANGAN sesekali :
-         -  membeli ubat selesema di kedai / farmasi
-        -  memberi sebarang ubat batuk dan selesema tanpa berunding dengan doktor keluarga atau pediatrician
-      -    memberi anak anda baki ubat terdahulu walaupun telah dipreskrib oleh doktor untuk selesema
-          memberikan ubat pembunuh kuman (antibiotik) kepada anak yang selesema

** Antibiotik adalah ubat pembunuh bakteria, manakala selesema adalah berpunca dari virus! Pemberian antibiotik untuk tujuan selesema adalah suatu pembaziran, malah akan menyebabkan resistant (hilang keberkesanan antibiotik).


Apa yang korang sepatutnya BUAT:
-          -Tak banyak yang boleh dibuat kecuali menunggu dan memberikan anak korang banyak rehat dan minum (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).
-          -Kalau baby korang ada demam, boleh berikan sirap PCM (Paracetamol) di bawah seliaan doktor.
-         - Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jadi tinggikan bahagian kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya

** Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

-          -Bagi baby yang menolak penyusuan kerana hidung tersumbat, minta doktor mempreskripsikan larutan bergaram untuk dititiskan di setiap lubang hidung 15 minit sebelum penyusuan.
-          -Wapkan bilik sama ada dengan membiarkan didihan air dari periuk elektrik meruap ke seluruh bilik atau bawak je baby ke bilik air, kemudian buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa tukar pakaian baby lepas selesai mandian wap.

Namun, korang kena cek jugak kalau-kalau baby korang mengalami hidung tersumbat tanpa disertai dengan sebarang simptom lain, mungkin terdapat objek asing di dalam lubang hidungnya. Kadang kita tak tau, baby pun boleh meletakkan benda ke dalam hidung.


Annur: Selesema merupakan sebahagian daripada kehidupan, jangan terlalu bimbang. Lepas korang berjaya mengharungi selesema baby buat kali pertama, next time korang dah tahu apa yang perlu korang buat kalo baby dijangkiti virus selesema lagi.

Enjoy your motherhood adventure! 

Catat Ulasan

0 Ulasan