Urus Anak Seorang Diri. Bagaimana Untuk Terus Gagah Bertahan

10 tugas suami menurut islam,isteri buat semua kerja suami tidak membantu
Assalamualaikum buat semua wanita seluruh dunia yang bergelar ibu. How was your day? Ada ke yang tengah rasa down gila sekarang ni?
 article about family issues in malaysia
ibu-burnout-urus-anak-seorang-diri, hukum suami tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja
Trik: Buka kolam, mak nak ngemas / masak

Kalau iya, jemput baca secebis coretan dari Mamy Syu yang mungkin tak banyak, sikit, boleh membawa you guys berfikir jauh melangkaui apa yang kita sedang berhadapan.
istri cari nafkah suami dirumah
Mommies pernah menempuh tak pengalaman menguruskan anak-anak seorang diri?  
Suami Malas Kerja, Curi Duit Anak Sampai Isteri Tertekan Kena Tanggung 'Biawak Hidup
Syu bukan bercakap tentang pasangan suami isteri jarak jauh, atau pasangan yang sudah bercerai. Tapi lebih kepada mommies yang suaminya out-station atau menghadiri apa-apa kursus jangka pendek. Pernah?
suami pemalas dalam islam
Kalau belum berpengalaman, hmm beruntung lah awak. Tapi bagi yang pernah merasa, Mamy Syu faham sangat bagaimana rasanya berada dalam keadaan ini. *hugs*
ISTERI MENDERITA BILA DAPAT SUAMI PEMALAS
Ada ketikanya memang kita akan rasa terlalu letih dan 'pancit', baik dari segi fizikal apatahlagi jiwa dan emosi. 
isteri malas kemas rumah 
Syu sendiri sebenarnya boleh dikatakan hampir setiap minggu pasti akan ada hari yang amat-amat mencabar. Contohnya hari ini, dalam suasana PKP 2.0 ini, Mamy Syu tetap perlu hadir berkerja.
hukum suami memaksa isteri bekerja
Dan dalam masa yang sama perlu guide homework si Naufal (darjah 2) dan Nufael (pra-sekolah) yang diberikan on daily basis. Homework tu perlu dihantar setiap jumaat, which is tomorrow! Huwaaa tak sempat kejar! 
istri bekerja suami pengangguran
luahan isteri bekerja bercerai
Rutin setiap hari hampir sama je. Awal pagi, sebelum mandi dan bersiap untuk pergi kerja Syu bersilat di dapur menyediakan makanan untuk anak-anak dulu. Kejutkan budak-budak bangun itu dah satu hal. Liat kemain!

Belum cerita lagi bab budak Araa yang asyik moody je pagi-pagi tu. Budak Araa ni baru je nak masuk 3 tahun umurnya tapi dah reti bad mood macam orang besar pula. 

Mungkin ada kaitan dengan proses wean off jugak ni yang membuatkan emosi baby Araa tak stabil.

She seems like craving for attention. Hampir setiap masa.

Sentiasa merengek dan asyik minta didukung je. Jadi ibu nya kenalah buat rutin pagi sambil berkelek anak di lengan. 

Boleh bayangkan tak?
Rasa nak tercabut bahu. Pinggang pula dah tak berasa apa-apa. Kebas.

Eh. Ok la,ok la. 
Selesai la bab di rumah semua tu. Dan akhirnya semua anak dah naik kereta. 

Normally, masa sedang memandu hantar anak-anak ke rumah pengasuh itu la automatik air mata terjun dengan laju sebagai refleks terlalu penat handle everything seorang diri. 

Dan sebab ini jugalah pagi-pagi Syu bawak kereta tak pakai air-cond, sebab angin dari luar boleh tolong wipe my tears away. huu~syahdu


Yerrr. tak dinafikan sepanjang 9 tahun ini, ada je orang yang sesuka hati melabel Syu tak bijak dalam pengurusan masa, sebab itu hidup jadi kelam kabut! 

Hmm.. Syu abaikan je kata-kata macam tu.

Kisah hidup kita tak sama awak!

As for me, buang karan je kalau nak melenting bila ada orang judge hidup kita melalui apa yang dia lihat di depan mata dia. 

Dia tidak duduk dalam kasut kita, jadi dia tak tahu apa rasanya bersepatu duri dan kaca. Dia cuma tahu keadaan bersepatu sutera dan baldu. Selesa. Tenang. Aman.

Syukur pada Tuhan buat kalian yang memang direzekikan dengan keberadaan suami di sisi. 

Tapi keberadaan suami di sisi juga ada banyak 'sisi' tau. 

Fenomena 'Ibu Tunggal tapi Bersuami' Itu Wujud Sekeliling Kita

Akhir zaman ini, betapa ramai lelaki memilih untuk menjadi suami tanpa kualiti. Banyak keluhan dari isteri yang zahirnya bersuami tetapi hakikatnya tidak.

Perhatikan betul-betul dalam media sosial. Sebenarnya ramai orang perempuan berpotensi mengalami penyakit mental kerana menempuh pelbagai tekanan yang tidak putus-putus. 

Ada yang suaminya selalu ada di rumah tapi kaki PUBG atau kaki judi online. Ada yang si isteri diasuh berdikari semacam ibu tunggal sejak mengandung, sampai lah kesudah lelah menguruskan keluarga sendirian. 

Suami?
Ada je. Dia cuma siapkan diri sendiri. Lepak minum kopi sambil main telefon pintar. Cukup time, bila tiba waktu makan, dia pun makan.  Lepastu sambung lagi main game. 

Yang si isteri pula, rupa dah macam mak lampir. Meroyan setiap hari menguruskan itu ini. Tak percaya, pergi baca sendiri luahan para isteri dekat facebook KRT (Kisah Rumahtangga) nuu.
 
Baca sekadar baca je la.

Jangan pula you all join membawang, kutuk dan kecam-mengecam kat sana. Bila kita baca kisah keperitan hidup orang lain, kita insafinya. 

Muhasabah diri. Cuba jadikan ia point untuk kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.

Memang takdir yang menimpa kita ni kita tak mampu nak ubah pun. 

Tapi doa. Senjata kita adalah doa. Syu rasa doa ini perkara paling mudah, tak perlu bayar dan tak melelahkan pun. Dalam hati, tanpa suara pun boleh.

Tapi kenapa kita selalu sangat putus doa kepada Allah? Tak kata pun kat orang lain, Syu kata diri Syu sendiri. 

Padahal kunci kepada setiap permasalahan adalah doa. 

Sebab hanya Allah yang boleh pegang hati manusia dan mengubahnya pada bila-bila masa yang dikehendaki Nya. Betul?

Selain berdoa, minta bantuan Allah, minta Allah pinjamkan kekuatan kepada kita

Selain tu kita juga kena hidup secara bersistem dan terancang. Pengalaman Syu la. 

Bila datang sesuatu perkara adhock, mesti akhirnya akan habis koyak rabak mental nih.
 
Masa tu lah mak kau ni akan terlanjur membuat kesalahan demi kesalahan menempik, membentak-bentak anak macam tarzan dalam hutan. 

Seterusnya dengan penuh emosi, kita akan terdorong untuk sebat anak, 'hanger' kan anak, tak sedar ke diri! (siapa faham, faham lah maksud hanger tu)

So sad! We lost our control.
Situasi macam ni adalah situasi yang sangat menyedihkan buat anak.

Satu yang kita lupa, anak-anak pun ada emosi mereka. isk~ Rasa kurang disayangi, insecure, rindu waktu gembira bersama ayah, rindu kasih dan perhatian ibu yang selalu saja sibuk. 

Jadi jangan tanya kenapa emosi mereka selalu kelaut setiap kali bangun pagi. Kena faham, those tiny little human, are the human too. Mereka bukan hanya perlukan akademik, mereka juga perlu kemahiran insaniah (softskill).


Orang kata Syu sejenis kolot, semua nak ada timeline, semua nak kena detail. Sebab tu aku mudah stress. Hey, buat relax sudah la. Ikut saja flow. kan lebih tenang, katanya.

Syu memang dilatih untuk menjadi seorang yang particular dan buat kerja secara bersistem sejak remaja. Jadi kebiasaan itu Syu bawak sehingga ke alam perkahwinan. 

Cara kerja ni kalau aku tak ikut, at the end of the day aku sendiri akan tertonggeng sedih dan penat tak ketahuan yang tak hilang-hilang. 

Jadi, melalui perjalanan Syu selama lapan tahun menguruskan anak-anak sendirian sebab suami tak selalu ada, Syu cuba bariskan beberapa tip dan panduan bagaimana untuk terus gagah bertahan urus anak seorang diri.

7 tip dan panduan bagaimana untuk terus gagah bertahan urus anak seorang diri


1. Perancangan Awal akan menyelamatkan hari. 

Syu cukup alah dengan perkara adhock dan last minute. Selalunya Syu merancang seminggu lebih awal aktiviti yang nak dibuat. Bahagi siap-siap aktiviti weekdays dan weekend. Plan bila nak mengemas, bila nak berdobi, bila nak menggosok baju, bila nak riadah dengan anak-anak. 

Waima nak berhobi pun I rancang juga tau. Yerr. my hobby adalah berkebun dan membelek pokok-pokok herba yang sekangkang kera belakang rumah tu la. 

Bila semuanya sudah disusun, esok pagi dah tak kalut. Contohnya untuk makanan anak esok pagi. Syu siapkan semua rencah dan bahan masakan ikut portion yang biasa Syu masak, dan bekukan dalam peti sejuk. 


Ikan sayur pun dah asingkan ikut portion sekali masak. Jadi ikan lain takkan rosak sebab kita thaw atau defrost dia secara berasingan. Bukan satu bekas.

2. Anak lelaki perempuan sama je kena tolong kerja rumah 

Bab nak melatih anak membantu dalam kerja rumah harian ini merupakan kunci utama buat isteri dan mak-mak yang ketika ini perlu menjaga anak-anak seorang diri, kerana berjauhan dengan suami. 

Ajar anak-anak dari kecil buat kerja rumah, sebab kalau tak biasa dari kecil, dah besar nanti liat.

Si Araa yang 2 tahun ni pun dah dilatih hantar botol susu ke singki, simpan semula mainan dan masukkan baju sendiri ke dalam bakul baju kotor. 

Yang sebesar Naufal & Nufael tu, ajar lap meja dan kutip nasi yang tertumpah atas meja, dan angkat pinggan ke singki. Si naufal dah 7 tahun, jadi dah boleh ajar basuh cawan sendiri sebaik selepas minum dari air tapis dan membantu tugas-tugas dapur yang lain dengan pemantauan rapat.


Konsep reward bintang akan diberikan, dan sticker bintang yang cukup 10, akan dibawa ke kedai RM2 untuk dapatkan satu mainan pilihan mereka. Siapa yang gagal patuh peraturan, contohnya selepek tuala atas katil saja selepas mandi, tak disidai, bintang dia akan dicabut dari board, maka lambatlah nak cukup 10 bintang.

Bukan mudah ye nak melatih anak lelaki supaya faham yang tanggungjawab menjaga rumah itu, adalah tugas lelaki. Sebab sekian lama kita diajar mengikut adat lelaki kerjanya bukan di rumah, tapi di luar rumah mencari duit.

3. Ambil berat emosi anak dan cuba stabilkan emosi sendiri

Emosi kita mak lah yang kena cantik molek terlebih dahulu, kemudian barulah boleh terpantul pada emosi anak. Amalkan setiap malam, selepas mereka mengaji, peluk-cium lah mereka. Berbual dan tanyakan perasaan mereka pada hari itu. 

Tanya dengan penuh empati, dan berikan perhatian sepenuhnya kepada cerita yang mereka sampaikan. Sebelum tidur, baca umul kitab dan doa bersama-sama dengan suara yang lantang, supaya yang si kecik boleh dengar dan belajar.. 

Time paling lewat mereka masuk tidur adalah 9.30pm. Tapi biasanya jam 8.45 budak-budak ni dah terlena sendiri. Dengan syarat, no gadget. InsyaAllah, awal lah mereka tidur.


4. Policy no gadget bila dengan ibu 

Sorry kids, dengan ayah korang, ada chance la korang main phone. Tapi with me, no! Bukan limited screen time, tapi 100% none of screen time. Yer, I sejenis mak yang kolot, dan desa-desa sangat. But I don't care what people entitled me with! Ini rumah aku, jadi ini rules aku. Titik.

Sebab? Pertama, mereka tak dapat kawal ketagihan mereka. Kedua, mereka cenderung menjadi perengus bila buat homework dan mengaji Iqra'. Terkejar-kejar nak habis cepat je, sebab nak main game. 

Tak kata anak-anak, Syu sendiri pun, mak hanak tigo ini pun tak tenteram emosinya bila berlebihan scroll TikTok, Youtube, Twitter bagai. 
Iyolah. Tengok video happy family, ada suami ada anak-anak, kita sentap sendiri. Halahh payah!


5. Latih anak solat seawalnya

Kat rumah ni, Naufal la selalu jadi imam, si Nufael ikut. Imam pun berpandukan sejadah elektronik yang ada suara setiap bacaan solat tu. 

So maknya akan pantau saja lah kekdahnya. Bila ada masa senggang, umpanya duduk dalam kereta dalam perjalanan pergi ke mana-mana, Syu akan periksa balik sebutan dan perbetulkan mahkraj huruf tertentu dalam bacaan mereka.


6. Jaga diri dan pulihkan mana yang terjejas (self love)

Perempuan yang dah beranak pinak ni kena ambil la makanan tambahan untuk tampung nutrisi yang kurang. Bila hidup seorang diri, plus menguruskan anak-anak pula, waktu makan kita tu cenderung untuk terganggu. 

Kalau makan pun, orang kata tak tenang la. main cagut-cagut saja mana yang dan.huhu. Ketidakhadaman tu memang kerap lah berlaku, sekaligus mengurangkan penyerapan zat ke dalam badan.

Kalau berkesempatan, Syu akan ambil cuti rehat sehari, dan anak-anak tetap dihantar ke pengasuh, kemudian keluar mencari makan dan minum yang Syu teringin makan. ambil masa, nikmati makanan dan minuman tu, chill sorang diri. 

Paling tidak pun, duduk je rumah, buat Nescafe ais segelas, layan sambil tengok Netflix. Bila dah cukup puas bermalas-malasan atas sofa, Syu akan berlama-lama dalam bilik mandi pula. 

Curi kesempatan ini untuk lulur atau scrub seluruh badan, buang daki-daki mana yang tak sempat nak belek sebelum-sebelum ni.

Dan biasanya waktu-waktu macam ni, Syu akan styling my own hair. Sejak dari anak dara lagi Syu dah biasa gunting rambut sendiri dalam bilik air. Siap potong rambut, I akan blow dan buat macam-macam gaya, dan akhirnya gaya rambut ketepi jua menjadi pilihan.


Jangan Tinggal Senaman (self love)

Paling penting, senaman jangan tinggal. Kalau nak jaga mind, body and soul, kena bersenam. Syu kalau tinggal zumba, mesti emosi cepat je jadi tak ketahuan. Ala zumba dalam rumah saja pun, depan TV, buka youtube. 

Tapi biasanya Syu berzumba kalau musim hujan saja. Kalau cuaca okay, Syu suka berkayuh basikal dengan anak-anak pusing-pusing dalam taman perumahan je untuk keluarkan peluh. 

Lagi bermakna, dan anak-anak pun happy dapat spend time dengan mak nye. Apa omputih cakap? The best present for your kids is your presence.

Wrapping up
Jadi sampai sini sajalah bingkisan kali ini. Syu harap bermanfaatlah apa yang Syu share ni. Semua orang akan buat benda yang sama pun rasanya. 

I'm not a superwoman, nor a supermom. Serius cakap, Syu ni sangat lemah, dan mudah kalah dengan amarah. Tapi I cuba to keep inspiring people.

Cuma moralnya di sini, Syu nak kata, kalau you all rasa you all dah cukup susah, fikirlah insan yang jauh lebih susah. 

Kalau rasa penat diuji hidup tanpa suami di sisi, fikirlah mujur masih ada suami berbanding perempuan lain yang berstatus balu, ditinggalkan suami ke dunia yang lain. Hmm lagi lara.

Lagipun, penat itu memang nature kita sebagai hamba. Di dunia ni memang tempat untuk berpenat lelah. Di Syurga nanti baru dapat rehat sepuasnya. 

Jadi, go for it! Usahakan untuk mencapai syurga Allah yang abadi.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. cabaran buat ibu2 semua.. tanggungjawab dan kerja hakiki..
    tabik kepada semua yang bertungkus lumus besarkan anak2.. semoga semua baik2 saja..

    BalasPadam
  2. memang ini antara cabaran untuk suami isteri yang jarang bersama.
    pernah lalui juga pengalaman macam syu ni, memang tak dinafikan I is letih.
    bila anak2 dah tidur malam, barulah dapat stretchkan badan.
    semoga syurga buat semua ibu ....amiin.

    BalasPadam
  3. Memang mencabar kalau tak biasa, saya pun bakal handle sorang2 harap okey Lah.

    BalasPadam
  4. Memnag sangat mencabar ye uruskan anak bila takda suami. Tapi kita peremluan mesti pandai uruskan semua. Bagus sangat syu. Nad baca semua teratus je

    BalasPadam
  5. Memang bukan mudah nk uruskan anak seorg diri bila suami takde.. tp nk tak nak itu hidup kita kan.. yg penting sabar dan bykkan minta pertolongan Allah

    BalasPadam
  6. Betul sibuk macam mana pun senaman jangan tinggal sebab ia sangat membantu dari segi mental & fizikal.

    BalasPadam
  7. Org yg dah biasa lalui kehidupan mcm ni mesti fhm tmsk kak semasa suami bertukar ke perak selama 3 thn jd segala2nya kena pandai urus sendiri tp time tu blm ada lg gahet so xde masalah sgt nak uruskan mereka

    BalasPadam
  8. U inspire me 2 be the best version of myself n be a better ummi...thanks alot lots lots

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y